FOLLOWERS

Saturday 21 May 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS / MENGUBAH PENYATAAN BERSUMPAH !!!!

[1994] 3 MLJ 285
Ng Hong Choon v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05–213–92
Judges GUNN CHIT TUAN (MALAYA) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
WAN YAHYA SCJ

Date 27 AUGUST 1994
Citation [1994] 3 MLJ 285


Catchwords:

Criminal Procedure — Trial — Defence — Point of law raised at the trial itself even though not specifically pleaded — Allegation of non-compliance with the mandatory provisions of the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 — Whether appellant entitled to raise such point of law — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 s 3(2)(c)

Criminal Procedure — Appeal — Additional evidence adduced by prosecution after time for filing evidence closed — Whether evidence properly admitted — Whether trivial in nature — Whether appellant entitled to take advantage of any technical imperfection invalidating restrictive order — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 s 3(2)(c) — Criminal Procedure Code (Cap 6) s 425

Criminal Procedure — Habeas corpus — Preventive detention — Affidavit failed to specify actual date on which report was submitted to the Minister — Whether fatal — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 s 3(2)(c)

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (‘Akta itu’) dan suatu permohonan telah dibuat untuk mendapatkan writ habeas corpus. Pada pendengaran permohonan itu, keterangan pembetulan dan tambahan telah dikemukakan oleh responden melalui afidavit tambahan yang mengeksibitkan dokumen selepas peguambela perayu telah menutup kesnya dan memulakan penghujahannya. Di dalam afidavit tersebut, saksi sumpah itu hanya menyatakan bahawa beliau telah menerima laporan mengenai penangkapan dan penahanan perayu daripada pegawai penyiasatan dan seterusnya beliau telah memberitahu Menteri. Afidavit itu gagal menetapkan tarikh sebenar bila laporan itu telah diserahkan kepada Menteri.

Isu di dalam kes ini adalah sama ada keterangan itu telah diterima dengan betul oleh Mahkamah Tinggi dan jikalau tidak, sama ada keperluan s 3(2)(c) Akta itu telah dipatuhi atas dasar keterangan afidavit yang telah difailkan di mahkamah pada permulaan perbicaraan itu apabila penghujahan lisan oleh peguambela telahpun bermula.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Keterangan tambahan itu tidak boleh diterima di bawah s 425 Kanun Acara Jenayah (Bab 6) kerana s 425 jelas dimaksudkan untuk terpakai kepada suatu perbicaraan yang melibatkan keterangan lisan (‘viva voce’) di mana saksi-saksi boleh diperiksa, diperiksa balas dan diperiksa semula. Lebih-lebih lagi, sekalipun peruntukan itu dipakai, peruntukan yang bersifat budi bicara dan imperatif di dalam seksyen itu mesti digunakan hanya di dalam kes yang luar biasa di mana keterangan yang ingin dikemukakan telah ditimbulkan secara ex impromptu atau keterangan tersebut tidak boleh didapati dengan ketekunan yang munasabah pada masa bila keterangan kedua-dua pihak telah ditutup.

(2) Sesuatu pihak boleh menimbulkan suatu perkara undang-undang pada perbicaraan itu walaupun ia tidak dijadikan pli secara spesifik. Di sini, perayu secukupnya berhak untuk menimbulkan suatu isu undang-undang sebagai satu daripada alasannya berkenaan dengan suatu pengataan ketidakpatuhan dengan peruntukan mandatori Akta itu. Tidak boleh dinafikan bahawa berdasarkan keterangan yang ada apabila keterangan afidavit ditutup, responden jelas telah memungkiri peruntukan Akta itu, iaitu mereka telah gagal mematuhi keperluan mandatori di dalam proviso (c) kepada s 3(2) Akta itu.

(3) Muslihat untuk mengubah suatu pernyataan bersumpah melalui satu afidavit lanjutan dan pengubahan perkataan melalui satu afidavit lanjutan kemudian untuk mengelak daripada kuasa suatu penghakiman yang tidak dapat diramalkan, selepas masa untuk memfailkan keterangan telah ditutup, bukanlah suatu perkara yang bersifat remeh-temeh. Di dalam kes seperti ini, perayu berhak mengambil kesempatan daripada sebarang ketidaksempurnaan teknikal yang berkesan untuk mentidaksahkan perintah tahanan itu.
Obiter

Berdasarkan keterangan afidavit, seperti yang tercatat dan sepertimana yang dikemukakan kepada mahkamah pada pendengaran permohonan untuk habeas corpus, tidak boleh dipertikaikan bahawa kecacatan di dalam afidavit itu kerana gagal menetapkan tarikh sebenar bila laporan itu telah diserahkan kepada Menteri itu membawa padah.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR