FOLLOWERS

Tuesday, 3 May 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : TUNTUTAN DIHALANG HAD MASA !!!!!!


[1994] 3 MLJ 419
Mariam bte Shaik Mohd Omar v Ong Chin Poh
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PULAU PINANG) — CIVIL APPEAL NO 11–73–91

Judges ABDUL HAMID J
Date 27 JULY 1994
Citation [1994] 3 MLJ 419


Catchwords:


Civil Procedure — Pleadings — Striking out statement of claim — Whether defence of limitation was a ground for striking out — Rules of the High Court 1980 O 18 r 19

Civil Procedure — Limitation — Whether Limitation Act 1953 must be expressly pleaded — Whether sufficient to plead that claim is time-barred or statute-barred — Limitation Act 1953

Bahasa Malaysia Summary:


Perayu telah memfailkan suatu tindakan pada 13 Mei 1987 berkaitan dengan kerosakan yang dialami oleh harta tanahnya sebagai suatu akibat langsung daripada kerja pembinaan yang telah dijalankan di atas harta responden yang berhampiran. Kerja pembinaan tersebut telah berakhir pada tahun 1979. Responden telah menimbulkan had masa tindakan sebagai pembelaannya dan hakim mahkamah sesyen telah membenarkan permohonan beliau untuk membatalkan pernyataan tuntutan perayu. Perayu telah membuat rayuan, dan menegaskan, antara lain, bahawa responden tidak boleh memohon untuk membatalkan suatu tuntutan atas alasan had masa dan bahawa Akta Had Masa 1953 perlu dinamakan secara nyata sebagai suatu pli.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Responden boleh bergantung pada pembelaan had masa untuk membatalkan tuntutan perayu.

(2) Akta Had Masa 1953 tidak perlu dinamakan dan adalah mencukupi jika responden menyatakan bahawa tuntutan itu dihalang oleh had masa atau dihalang oleh statut.

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

2 comments:

  1. Maka ingat2lah semoga kita tidak sekali2 lalai mengenai aspek had masa ini didlm undang2. Apa2 jua kes2 tuntutan yg mahu dikemukakan hendaklah bertindak dengan kadar yg segera. Jika kurang pasti daptkanlah nasihat2 dari biro2 tertentu.

    ReplyDelete
  2. kes jenayah tiada had masa. hanya tuntutan awam sahaja atau tuntutan gangti rugi.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR