Dipetik dari blog : Dato Hafarizam
Friday, December 30, 2011
Karpal Masuk Perangkap Sendiri, Niat Jahat Burukkan Institusi Kehakiman Demi Anwar
Pengerusi DAP, Karpal Singh telah terjerumus
dalam perangkap politiknya sendiri apabila cuba mengheret institusi kehakiman ke
kancah politik dan cuba menimbulkan keraguan dalam kredibiliti instutusi
tersebut dengan membuat aduan kononnya terdapat hakim yang melakukan
plagiatrisme.
Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun
melihat tindakan yang dilakukan oleh Karpal Singh dibuat kerana telah ketandusan
idea dalam melakukan pembelaan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Saya melihat YB Karpal Singh telah kehabisan idea dan isu dalam
mewakili ketua pembangkang, YB Datuk Anwar Ibrahim dalam kes-kes yang melibatkan
ketua pembangkang tersebut, justeru itu sebagai suatu taktik pengalihan
(diversion) dengan beliau terpaksa membangkitkan isu kredibiliti Hakim ini agar
institusi kehakiman akan sentiasa dilihat tidak bebas dan sentiasa dipengaruhi
oleh tangan-tangan ghaib,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama
UMNO-Online.
Hari ini, Pejabat Hakim Negara telah mengeluarkan kenyataan
berkenaan dakwaan plagiarisme oleh Hakim Datuk Malik Ishak selaku Hakim Mahkamah
Rayuan yang kononnya telah dikatakan telah membuat plagiarisme terhadap salah
satu keputusan yang beliau telah beri sewaktu beliau menjadi hakim di Mahkamah
Tinggi sebelum ini.
Isu ini telah hangat diperkatakan sehingga Karpal
Singh telah cuba untuk membawa satu usul di Parlimen untuk didebatkan dan
terbaru, semalam Karpal Singh sekali lagi membangkitkannya dalam akhbar The Sun
(halaman dua).
“Hari ini saya telah dimaklumkan bahawasanya isu itu tidak
timbul malahan ianya tiada merit berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh
Pejabat Hakim Negara yang dengan Yang Arif Ketua Hakim Negara telah pun
menyiasat dan berpendapat bahawa dakwaan itu adalah dakwaan yang tidak mempunyai
merit dan aduan itu telah pun ditolak.
“Karpal Singh juga difahamkan
telah dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini daripada pejabat Ketua Hakim
Negara. Saya kesal terutamanya tuduhan yang melulu ini tanpa ususl periksa dan
tidak berdasarkan fakta yang terperinci dan meyeluruh telah dibuat oleh seorang
pengamal undang-undang yang sangat berpengalaman dan senior,”
katanya.
Ujar beliau, nyatalah bahawasa Karpal Singh telah hilang
pertimbangan selaku seorang peguambela dan peguamcara apabila telah
mencampuradukkan isu perundangan dan profesionalisme seorang peguam dengan
kepentingan politik.
“Saya berpendapat bahawasanya YB Karpal Singh telah
terjerat dalam permainan sendiri yang beliau cuba untuk mengheret institusi
kehakiman secara amnya dan secara khususnya untuk mengheret Yang Arif Hakim
Datuk Malik Ishak ke kancah politik yang akhirnya telah memakan diri beliau
sendiri.”
Aduan Karpal Singh menyatakan bahawasanya beliau telah mendapat
maklumat Yang Arif Hakim Datuk Malik Ishak telah membuat satu plagiarisme
penghakiman dengan mengambil secara keseluruhan penghakiman yang ditulis oleh
seorang Hakim di Singapura iaitu Yang Arif Hakim GP Selvam, yang mana menurut
siasatan yang telah dibuat Yang Arif Hakim GP Selvam daripada Singapura itu
telah menafikan dengan menulis satu surat kepada Ketua Hakim Negara pada sekitar
bulan November 2011.
”Surat yang telah ditulis tersebut jelas bahawasanya
Hakim yang dituduh memplagiat penghakiman Hakim daripada mahkamah Singapura
telah pun diheret ke satu kancah politik yang kotor yang bermaksud untuk
membuatkan beliau dilihat sebagai seorang Hakim yang tiada
kredibiliti.
“Serangan peribadi YB Karpal Singh ini juga saya percaya
telah mengakibatkan Hakim itu terganggu dari segi fikiran dan juga perasaan
beliau terutamanya keluarga beliau. Jadi saya menggesa terutamnya YB Karpal
Singh memohon maaf secara bertulis dan terbuka kepada Yang Arif Hakim Datuk
Malik Ishak berkenaan tentang serangan peribadi yang langsung tidak profesional
dan tidak memeriksa asal usul perkara ini.”
Tegas Hafarizam lagi, apa
yang boleh simpulkan daripada kenyataan rasmi ini dan juga fakta-fakta yang
telah merangkuminya, Karpal Singh juga telah mengelirukan Parlimen Malaysia
dengan membangkitkan perkara yang remeh, tidak benar dan langsung tidak
berasas.
“Pada pendapat saya, telah timbul satu kejadian atau kelakuan
yang menghina kemuliaan Parlimen Malaysia. Oleh itu, saya menggesa kepada
ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen Malaysia supaya suatu aduan rasmi dibuat ke
atas YB Karpal Singh kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen Malaysia
agar kenyataan beliau yang sebelum ini berkenaan isu plagiarisme Hakim Yang Arif
Datuk Malik Ishak diperbincangkan secara menyeluruh, terperinci dan seterusnya
keputusan dibuat dalam peringkat jawatankuasa dan akhirnya dibawa ke dewan
sidang Parlimen Malaysia agar suatu tindakan yang bersesuaian diambil terhadap
beliau bagi memberi makna dan juga mesej yang jelas bahawasanya setiap ahli
Parlimen perlu mematuhi peraturan-peraturan sebagai ahli Parlimen Malaysia dan
tidak membawa isu-isu yang boleh menyeleweng kepada Parlimen Malaysia pada
masa-masa akan datang.
“Saya juga menggesa supaya Lembaga Tatatertib
Peguambela dan Peguamcara dan juga Majlis Peguam Malaysia memandang serius akan
perilaku dan amalan ketidakprofesionalan YB Karpal Singh selaku peguambela dan
peguamcara dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan Akta
Profesion Undang-undang 1976.”
Tambah beliau lagi, isu tersebut sangat
serius kepada institusi kehakiman, profesionalisme kepeguaman dan yang paling
penting kepada kemuliaan Parlimen Malaysia khususnya.
“YB Karpal Singh
tidak boleh bebas daripada segala tindak-tanduk beliau dan kenyataan rasmi ini
telah membuktikan ianya tidak bermerit dan tidak ada asasnya. Oleh itu, saya
berharap bahawasanya isu tentang plagiarisme oleh Hakim Datuk Malik Ishak akan
diberhentikan daripada dibicarakan sama ada dalam media atau di Parlimen.”
Peguam turban yang berhati khianat. Harus dimansukhkan professionalism nya. Peguam tiada credibility.
ReplyDeletepemguambelot dan peguamcarut ... itulah klass karpal sink!
ReplyDelete