[1996] 5 MLJ 184
SKI Leasing Sdn Bhd v Public Prosecutor & Ors
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (TAWAU) — CRIMINAL
APPEAL NO 08 OF 1995
Judges IAN CHIN J
Date 14 MARCH 1996
Citation
[1996] 5 MLJ 184
Catchwords:
Criminal Procedure — Disposal of property — Release of
seized property — Magistrate’s order for release of seized property — Whether
there is right of appeal against magistrate’s order — Criminal Procedure Code
ss 413 & 307
Criminal Procedure — Seizure of property — Whether
sufficient ground to seize — Whether seizure lawful — Factors considered —
Criminal Procedure Code ss 20 & 413
Bahasa Malaysia Summary:
Pihak perayu menyatakan bahawa mereka adalah pemunya tiga
buah kenderaan yang telah disewa kepada Pulumaju Sdn Bhd dan atas keingkaran
yang dilakukan oleh mereka, ketiga-tiga kenderaan itu telah dirampas oleh pihak
perayu daripada penjagaan seorang yang bernama Peter Chia. Dua daripada
kenderaan-kenderaan itu disewa oleh penentang kedua sementara yang satu lagi
disewa oleh penentang ketiga kepada Peter Chia tersebut. Tiga hari kemudian,
Peter Chia bersama seorang lagi telah membuat laporan polis mengenai perampasan
tersebut. Pihak perayu, melalui pekerja mereka juga telah membuat laporan
polis. Berdasarkan laporan-laporan ini, pihak polis telah membuat penyitaan
konstruktif ke atas kenderaan-kenderaan itu. Pihak polis telah kemudiannya
melaporkan penyitaan tersebut kepada majistret. Majistret, dengan bertindak di
bawah s 413 Kanun Acara Jenayah (‘KAJ’) memerintahkan bahawa
kenderaan-kenderaan itu dihantar-serahkan secara sementara ke dalam milikan
penentang-penentang kedua dan ketiga atas syarat bahawa bon disimpankan. Perayu
kini merayu terhadap keputusan majistret itu. Isu-isu di hadapan mahkamah
adalah (i) sama ada penyitaan itu adalah mengikut undang-undang walaupun ianya
dijalankan di bawah s 20 KAJ yang tidak terpakai; (ii) siapakah yang berhak
kepada milikan harta yang disita; dan (iii) sama ada terdapat hak untuk merayu
daripada perintah majistret.
Diputuskan:
DiputuskaN, mengetepikan perintah majistret dan membenarkan
rayuan:
(1) Di dalam kes ini terdapat alasan yang mencukupi untuk
polis mengsyaki bahawa suatu kesalahan mungkin telah dilakukan oleh kerana
penegasan bahawa nombor-nombor cesi telah diusik. Oleh itu, adalah tidak
penting bahawa pihak polis telah tersilap dalam menyatakan bahawa perkara itu
jatuh di bawah s 20 KAJ kerana juga terdapat penegasan bahawa terdapat
penipuan, penegasan yang mana akan melingkungi ketidakjujuran, suatu unsur
penipuan. Pihak polis adalah dengan itu mempunyai justifikasi untuk menyita dan
melaporkan penyitaan kenderaan-kenderaan itu kepada majistret menurut s 413 KAJ
(lihat ms 188F–G).
(2) Fakta bahawa perayu adalah yang terakhir sekali
mempunyai milikan adalah mencukupi untuk menyendengkan imbangan memihak perayu,
terutamanya apabila penentang-penentang kedua dan ketiga tidak dapat mendirikan
bahawa milikan oleh perayu sejurus sebelum penyitaan oleh pihak polis adalah
tidak mengikut undang-undang, memandangkan adalah merupakan undang-undang bahwa
kenderaan-kenderaan itu adalah biasanya dipulangkan kepada orang daripada siapa
mereka disita (lihat ms 190A–C); UMBC Finance Bhd lwn Amtek Motors Sdn Bhd
& Satu Lagi [1993] 4 CLJ 428 diikut.
(3) Suatu perintah yang dibuat oleh majistret di bawah s 413
KAJ boleh dirayu terhadap atau boleh disemak oleh Mahkamah Tinggi. Dalam
apa-apa keadaan pun, s 307 KAJ membenarkan rayuan terhadap perintah majistret
yang dibuat di bawah s 413 (lihat ms 192D); UMBC Finance Bhd lwn Amtek Motors
Sdn Bhd & Satu Lagi [1993] 4 CLJ 428 dibeza.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
Ce citer bangunan UMNO Simpang Taiping kena sita.
ReplyDelete