Kalau kata merapu...mungkin ada yang tidak sedap dengar tetapi terdengar ada kalangan wartawan yang buat liputan berbisik sesama sendiri ...sah merapu.
Datuk Nik Aziz Nik Mat sepatutnya memimpin bacaan doa sahaja diakhir Konvensyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) tengahari Isnin.Sebelum itu manifesto PRU13 Pakatan Rakyat dilancar.
Namun beliau mencelah untuk berucap ringkas sebelum baca doa itu.
Pada kesempatan itu Musyridul Am PAS itu antara lain relaks saja mendakwa menjadi matlamat UMNO agar Islam tidak ada tempat diatas dunia.
Yang lawaknya beliau cakap begitu di depan pimpinan DAP termasuk Lim Guan Eng yang turut hadir dalam konvensyen itu.
Bukankah Guan Eng yang cadangkan dibenar terjemah Kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu dan bukankah Karpal Singh yang kata langkah mayat jika PAS nak laksana Negara Islam di Malaysia.
Bukankah PAS dan DAP beberapa kali bergasak dan tidak selesai-selesai sampai hari ini bab itu?
Nampaknya Tok Guru tidak tengok kiri kanan...nak melepas geram dan dendam kesumat tidak kena tempat apabila membebel begitu.
Beliau cuba mengambarkan bagaimana Islam tidak ada tempat di semua negara yang berbilang kaum di dunia ini.
Katanya pergi kemana-mana ke Amerika...ke Eskimo..,akhirnya Islam tidak layak dimana pun.
Ini konon-kononya nak tunjuk PAS lah sahaja yang perjuangkan Islam diatas muka bumi ini.
"Ini kehendak UMNO...UMNO kehendaknya Islam tidak ada tempat diatas dunia ini yang berbagai bangsa...apa bezanya dengan komunis...komunis kata Islam tidak boleh ...komunis buat masjid juga ...UMNO buat masjid,"katanya.
Beliau sebelum itu dakwa PAS dan DAP semakin popular diterima di semua tempat sekarang berbanding waktu dulu.
Katanya perkara ini tidak dapat ditentang oleh sesiapa.
Dakwanya satu ' khianat UMNO' Islam tidak layak di Malaysia kerana berbagai bangsa.
Beliau dipercayai nak kata UMNO tidak terima Negara Islam dibentuk di Malaysia (seperti diwar-warkan oleh PAS) kerana penduduk negara ini ada berbagai kaum.
Nampaknya Guan Eng dan Karpal Singh boleh tersenyum lebar dan buat kenduri besar-besaran meraikan gelagat Tok Guru yang nampak kuman di seberang laut tetapi kelabu mata pada gajah dan harimau yang tengah mengaum di depan mata.
Apa kata Tok Guru tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR yang cukup takut undi bukan Melayu lari...mereka setuju tidak dengan hajat PAS nak tubuh negara Islam?
Suruh Anwar jawab dulu ( kalaulah beliau berani jawab ) ...baru Tok Guru boleh teruskan membebel.-25/2/2012-OLEH ROSLAN BIAN
Penghuni Gua : Pok Nik merapu lagi. Nyanyuk dah kot. Jadi sedar dirilah................. Tak pulak dia bantai Karpal dan LGE yang dok bantai Islam dan PAS semenjak , dua menjak ini. Pok Nik Pok Nik.... tak habis-habis merapu. Buat malu aje !!!! Kah kah kah !!!!!
KUAK NYANYOK MERAPU NI
ReplyDeleteNik ajis dah mengarut!
ReplyDelete