Dapatkan restu ahli Pas, Melayu Kelantan
Oleh NADZIR AWANG AHMAD
Oleh NADZIR AWANG AHMAD
KENYATAAN terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 telah mengejutkan pelbagai pihak terutama sekali orang Melayu.
Nik Aziz menyatakan kesediaan Kerajaan Pas Kelantan untuk meminda atau menggubal undang-undang bagi membolehkan orang bukan Melayu memegang tampuk pemerintahan Kelantan sebagai Menteri Besar amatlah mendukacitakan dan mengguris perasaan orang Melayu khasnya Melayu Kelantan. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Mungkin TGNA khayal atau mamai lagi. Tok khabar kot.
2. Kepada TGNA, jangan meminda tak tentu fasal undang-undang tubuh Negeri Kelantan. Yang nak dipinda itu adalah asas penubuhan dan kedaulatan negeri Kelantan yang dibuka oleh orang Melayu.
3. Inilah menunjukkan ketuanan Melayu. Pindaan ini amat bahaya jika TGNA ingin teruskannya. Mungkin ia akan membawa akibat yang amat besar dalam jangka panjang. Anak cucu kita nanti akan terus menyumpah seranah ( seperti yang di ajar oleh TGNA kebiasaanya ) TGNA sepanjang zaman .
4. Jangan pinda , TGNA, jangan. Ini amat merbahaya. Kesannnya amat besar. Politik-politik juga , perkara asas kedaulatan orang Melayu jangan dipinda sembarangan. Negeri ini bukan mak bapak kita punya dan bukan mak bapak dan TGNA yang punya. Ia adalah kepunyaan kami juga.
5. Tetapi PG melihat dalam Harakah dan blog-blog PAS , tak ada pun mereka menuliskan perkara ini. Mungkin mereka rasakan pandangan TGNA itu satu kesilapan dan merugikan politik PAS. Sebab itu Harakah terutamanya tidak menyentuhnya langsung perkara sebesar ini untuk diulas. Mereka tahu ia akan merugikan PAS. TGNA nak tarik semula kenyataan ini tak boleh , nak korner baring pun tak boleh.
6. Kepada pengundi melayu : lihatlah pemerintah ini atau kepimpinannnya. Mereka sanggup membuat apa sahaja termasuk menggadaikan hak Melayu demi mencapai maksud politik. Berilah alasan apapun. Pindaan ini amat bahaya dan mempunyai implikasi yang amat besar.
7. Perak pun hampir tergadai kepada DAP. Mujurlah undang-undang tubuh negeri itu dapat menghalang DAP dari menjadi MB pEARK. Jika tidak tergadai le negeri Perak sekali lagi. Ada sebab mengapa undang-undang tubuh di Perak dan Kelantan mempunyai peruntukkan yang mewajibkan orang Melayu sahaja menjadi MB. Fikirkanlah..........
betul ke orang melayu kelantan kecewa dengan kenyataan tgna?
ReplyDeletejangan main main dengan tgna woo..pengikut dia ramai, sekali dia seru, beribu yang datang hehehe.
itu maknanya orang kelantan tak kisah langsung perbuatan tgna ni. janji masuk syurga pas.
Wahai saudaraku
ReplyDeleteKetahuilah, bahawa apa yang penting dalam pemerintahan adalah Islam dan bukannya Melayu.
Ketuanan Melayu adalah perjuangan bangsa dan ini dilarang sama sekali orang Rasulullah SAW.
Perjuangan bangsa adalah perjuangan jahilillah.
Rasulullah SAW bersabda :
"bukanlah dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" (HR Abu Daud).
Bangsa tiada nilai di sini Allah kelak.
Apakah hujah kalian dengan menyokong perjuangan jahilliah ini di depan Allah kelak.
Sebagai menjernihkan pemahaman mengenainya...
Rujuk
http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/1074-sn177-pemerintah-tidak-wajib-melayu-tetapi-wajib-muslim
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua kejalanNya.
Jebbat
hanya seorang hamba Allah
jebbat.blogspot.com
Kepala NAjis dah tak boleh berfikir lagi....
ReplyDeleteHanya fikir nak dapat sponsor pergi Mekah je yang dia tahu.
TGNA ni nampak jelas nak jual negara kpd DAP Komunis. Sebab itulah dia dah beri jalan utk DAP masuk serta dlm takbir raya, majlis berkhatan, membaca ayat2 Quran.
ReplyDeleteTak kanlah orang2 PAS tak nampak muslihat ini?
rupa-rupanya inilah malaun yg nak runtuhkan kerajaan dan kekuasaan melayu...
ReplyDeleteharap2 orang pas x sokong idea gila ini...
diorang ni semua dah giler la......dah nyanyuk.....kalau nak ikutkan ketua diorang ni pun dah mati akal....tengok la apa janji2 anwar dulu....16 september akan diwujudkan sebuah kerajaan baru....kat situ pun dah tahu..siapa yang bermimpi di siang dan malam hari....
ReplyDeletesitua kutuk ulamak' bangsat ni dah lah melacurkan agama Islam sekarang ni nak mengubal dan meminda undang2 orang bukan Melayu membolehkan tampuk pemerintahan Kelantan sebagai MB ........ hina nya seorang bangsat yang mengelar dirinya mursyidul 'am dan ulamak di Kelantan
ReplyDeleteTGNA tu orang politik dia suka buat gimik politik
ReplyDeletebiar semua orang melayu melatah. Nak buat macam mana penyokong pas pun rasa tok guru tu betul. Lepas ni boleh DAP tubuh cawangan di negeri Kelantan lepas tu kalau PR menang boleh bagi perintah negeri kelantan.
Assalaamu 'alaikum PG & sdra-sdai yg melayari blog ini,
ReplyDeleteKita boleh saja tidak setuju dgn sesuatu idea. Namun, selain mencemuh idea itu, apa cadangan balas drp kita supaya kelihatan sedikit cerdik daripada idea asal yang dicemuh itu? Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang mahu melihat semua perkara mesti Islamik.
1 Boleh saja bukan Melayu menjadi ketua bagi umat Melayu/Islam, dengan syarat dia Muslim yg 'berniat dan berusaha' untuk meletakkan hukum-hukum syara' [syariah] sebagai landasan perlembagaan & undang-undang pemerintahannya.
2 Tidak ada mulianya [di sisi Allah] seorang
Melayu [tulen-tulen Melayu] jadi pemerintah atau ketua bagi umat Muslim, namun bukan saja
tidak berniat untuk menerapkan hukum syara', malah sebaliknya berusaha agar hukum-hukum syara' itu tidak akan dizahirkan sebagai
nizam [ideologi] yang menjadi dasar/tuntunan di dalam pemerintahannya.
3 Juga tidak ada kemuliaan bagi umat Muslim yang mengambil kaum kuffar [spt yang kedua-dua UMNO dan PAS lakukan] sebagai jalan utk meraih kekuasaan, & agar kekal memerintah, sekalipun
dengan melanggar banyak perintah-perintah serta larangan-larangan Allah mereka.
4 Kalau saja umat Islam benar-benar berpandu
kpd al-Quran & as-Sunnah di dalam semua hal [termasuk di dalam berhujah], kerosakan pemikiran berpolitik seperti ini pasti tidak menjadi bencana. Malangnya, inilah natijah kepada umat yang sudah mapan dengan ideologi kufur - Sekularisme.