FOLLOWERS

Tuesday, 15 December 2009

SIASAT DR HASSAN ALI : TUAN IBRAHIM MINTA NYAWA !


MStar Online


Selasa Disember 15, 2009
Tuan Ibrahim: Beri Kami Ruang Siasat Hassan Ali


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau meminta agar pihaknya diberikan masa untuk membuat penelitian dengan terperinci berhubung perkara berkenaan.

"Saya harap jangan ada pihak yang buat apa-apa andaian lagi, bagilah kami ruang untuk teliti perkara ini dengan lebih mendalam.

"Jangan buat spekulasi berhubung siapa yang salah atau siapa yang betul, kita perlu buktikan dahulu dengan fakta. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pandai pulak si Tuan Ibrahim dan PAS ini minta tangguh dan meminta dia diberi ruang dan masa untuk menyiasat dengan teliti kes Dr Hassan Ali dan kerajaan Perpaduan. Juga beliau merayu semua pihak jangan berspekulasi siapa yang salah dan betul serta berikan masa untuk nya buat siasatan terperinci.

2. Nampaknya Tuan Ibrahim meminta talian hayat. Kepada Tuan Ibrahim : ini bukan kes jenayah atau rasuah. Apa yang lama sangat nak siasat. Bukan kena hantar barang kes ke forensik pun. saksi pun bukan orang lain yang perlu dicari hingga ke lubang cacing. Semuanya pemimpin dan ahli PAS.

3. Kalau kerajaan atau kes yang melibatkan pengawai penguatkuasa anda dan PAS bukan main mengecam kata kerajaan lambat, tidak proaktif, macam kura-kura, ada agenda sebab tu lambat, ada tangan ghaib sebab itu lambat siasat, makan duit haram sebab itu lambat siasat dan berbagai penghinaan lagi penghinaan dan maki hamun anda kepada pegawai kerajaan yang menyiasat kes-kes jenayah.

4. Kena tang anda : macam siput bab dan kura-kura aje kemajuan siasatannya. jadi lain kali lebih baik diam le dalam hal komitmen, proaktif dan kecekapan kerajaan dan pegawai penguatkauasa seperti SPRM dalam membuat siasatan. Siasatan anda dalam kes tatatertib pun memakan masa hampir 3 bulan , pun tak kemana lagi pun.

5. Piiiirahhhh. Cakap aje lebih. Mahfuz juga sama! Jangan cakap pada orang le bab kecekapan dan kelembapan kerajaan dan pegawai penyaiasat kerajaan. Baiknya si Mahfuz ini berikan nasihat dan maki hamunnya kepada Tuan Ibrahim. Itu lebih afdal.

6. Punggung sendiri pun penuh tahi. Jadi jangan nak cuba intai punggung orang lain le. Sudahlah.............Meluat kami dibuatnya.

4 comments:

  1. sape yang tauliah kan Tuan Ibrahim sebagai pegawai penyiasat ni ? Tau ke dia buat penyiasatan ? Macam muka orang bodoh je...

    ReplyDelete
  2. Kurap kecil di ketiak orang nampak, kurap satu badan sendiri tak nampak. nilah Parti Ajran Songsang dan pemimpin2 dan Ustaz2 pokemon mereka yg terencat akal. Mereka rela jadi barua kepada komunis dan Yahudi. Mereka rela dipersundalkan oleh komunis dan peliwat. Agama dan maruah bangsa tiada makna dalam jatidiri mereka, yg ada hanya temolok pewot kembung dan nafsu serakah mereka yg membuas lebig teruk dari binatang. Sedarlah dan insaflah ahlul2 PAS, anda semua dipersundalkan oleh pemimpin2 pokemon.

    ReplyDelete
  3. apahal PAS nak siasat? SPRM siasat terus!

    ReplyDelete
  4. Bior la dia nak siasat sampai 7 tahun ke...Siapa nak dengor hasil siasatan dia. Dah tentu Tuan Berahim akan selamatkan kawan-kawan....hehehe.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR