FOLLOWERS

Friday 7 January 2011

AHLI PAS BARU TAHU KEDUNGUAN MAHFUZ / MAHFUZ " POLIGAME " !!!!!! KAH KAH KAH KAH !!!!





Buat Saudara Mahfuz Omar, bekas pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd dam ahli parlimen Pokok Sena yang telah lama saya kenali, dari setor Lapangan Terbang Bayan Lepas hinggalah berjaya menjadi ahli parlimen dan naib presiden PAS.

Ramai yang kagum atas perjalanan dan pencapaian karier politik saudara. Saudara bijak menempatkan diri di celah-celah ruang yang muncul dari pergerakan politik semasa, walaupun ruang dan peluang itu bukan dicipta dari cetusan idea, kerja keras atau keberanian saudara.

Saudara berjaya spin momentum politik untuk menempatkan nama, hingga saudara diberi jolokan “poligame” – politik + gambar + media.

Tak kira apa isu yang dicetuskan atau tercetus, saudara akan mencelah sebagai hero. Poligame telah melonjak karier politik saudara selama ini, tetapi saudara juga membuat kesilapan dan poligame itu akan memakan diri saudara.

Kemunculan saudara berpoligame dalam isu perletakan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd yang terlibat dalam pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal memakan diri.

Tindakan saudara itu hanya berasaskan emosi dan perspektif sempit sehingga mencemarkan maruah kerajaan negeri yang sedang dipetahankan oleh ahli dan pimpinan PAS yang lain di Kedah.

Hal ini tidak boleh diterima sebagai mempertahankan prinsip, tetapi satu tindakan bodoh yang memberi kesan buruk kepada maruah kerajaan dan parti.

Nampaknya ada kepentingan lain yang saudara 'sandarkan' pada kalimah 'prinsip' yang membuatkan saudara cuba berlagak sebagai hero membakar 'rumah tangga' saudara sendiri.

Ternyata kedangkalan ilmu dan pengalaman dalam pengurusan syarikat berprofil tinggi serta projek-projek besar membutakan mata hati saudara untuk memandang kerajaan negeri Kedah sebagai taman yang lebih besar dan lebih penting untuk dipelihara.

Keutamaan Kedah

Saudara perlu ingat bahawa ilmu dan kemahiran pengurusan syarikat tidak mungkin diperolehi melalui poligame, tetapi poligame saudara bisa menghakis kepercayaan dan memporakperandakan 'rumah tangga' saudara.

Saudara Mahfuz, izinkan saya membetulkan perspektif dan 'prinsip' yang kononnya saudara cuba pertahankan dalam isu Insaniah supaya saudara dapat belajar sesuatu yang real dalam dunia perniagaan, berbanding khayalan syok sendiri dalam politik poligame.

Saudara dilantik sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) – sebuah anak syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) yang menguruskan pembinaan kampus baru Insaniah.

KSSB dilantik sebagai kontraktor utama projek itu bukan melalui tender terbuka, tetapi kerana KSSB adalah anak syarikat BDB.

Dalam isu yang saudara poligamekan kini, saudara seolah-olah gagal faham beberapa perkara pokok yang menjadi aulawiyat (keutamaan) dalam kerajaan Kedah.

Aulawiyat ini diletakkan oleh parti yang membentuk kerajaan, yang turut disertai oleh saudara sebagai timbalan peserujaya PAS Kedah.

1. Pendidikan tinggi untuk melahirkan rakyat berilmu/ berkemahiran melalui Insaniah adalah pemacu utama pembangunan Kedah kini dan di masa depan. Kedah perlukan rakyat yang terpelajar dan mampu bersaing di pasaran untuk menjamin masa depan sosio-ekonomi dan sosio-politik negeri ini.

Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan 'tong kosong'. Kedah perlukan rakyat dan pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah.

Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Ustaz Azizan Razak meletakkan pendidikan senarai teratas untuk membaiki taraf hidup rakyat. Ia boleh dicapai melalui pengukuhan institusi pendidikan seperti Insaniah, maka kampus baru untuk menampung 20,000 pelajar pada satu-satu masa dibina disamping menambah program-program baru di Insaniah.

Agenda ini didokong dan disokong oleh semua pimpinan parti yang membentuk Kerajaan sekarang, kecuali saudara yang selesa dengan poligame.

2. BDB adalah listed company yang sahamnya dipegang oleh PKNK sebanyak 54% dan selebihnya oleh pemegang saham bebas. Pengurusan BDB perlu memelihara kepentingan pemegang saham dan krebiliti syarikat dalam melaksanakan sebarang urusan yang membabitkan prestasi syarikat.

3. Pemilik projek ialah Insaniah, bukan BDB dan bukan Kedah Sato. BDB dan Kedah Sato hanyalah kontraktor dan sub-kontraktor.

4. Pembinaan kampus ini adalah 'bayi' kerajaan negeri. Kerajaan telah berjanji kepada rakyat untuk siapkan kampus baru Insaniah pada 2012 dan memulakan sesi pengajian pada 2013.

Ini janji kerajaan kepada rakyat. Dengan apa cara sekalipun, janji ini mesti ditunaikan kerana rakyat meletakkan harapan pada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Ustaz Azizan.

5. Pembiayaan projek melalui pinjaman Bank Islam menghadapi masalah teknikal sehingga BDB terpaksa memperuntukan modal permulaan lebih RM30 juta untuk memenuhi kehendak kerajaan supaya kampus siap pada masa yang dijanjikan.

6. Kerja-kerja yang diserahkan kepada Kedah Sato sebagai sub-konttaktor (yang juga tidak melalui tender terbuka) tidak pernah ditamatkan. Hanya fasa dua dan tiga yang menelan kos RM180 juta daripada RM330 juta kos keseluruhan terlibat dengan perlantikan sub-kontraktor baru.

7. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, BDB berikhtiar dengan apa cara sekalipun untuk menyiapkan kehendak pelanggan yang menekankan projek tersebut perlu siap pada 2012 – hanya dua tahun dari sekarang.

Tidak hadir

Saudara patut tahu bahawa keseluruhan projek ini dibiayai oleh pinjaman dari Bank Islam yang hanya dapat menyelesaikan aspek teknikal pembiayaan projek ini pada akhir November 2010.

Oleh kerana itu, BDB terpaksa mencari sebuah syarikat alternatif yang berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan modal sendiri dan syarikat yang berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan ialah IJM. Mereka dilantik secara rundingan bagi menyiapkan kerja-kerja dengan pembiayaan awal mereka sendiri bernilai sekitar RM180 juta.

Selain itu, IJM juga menawarkan (in-return) kerja-kerja membekalkan bahan batuan dan pembinaan jalan kepada BDB dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mana IJM adalah kontraktornya. Ini adalah perkongsian bijak dalam dunia perniagaan.

Saudara,

BDB tidak meninggalkan kontraktor bumiputra. Banyak yang diserahkan kepada kontraktor Melayu/ bumiputra, malah IJM juga membuat komitmen untuk membuat tawaran kepada kontraktor bumiputra bagi kerja-kerja yang sesuai.

Saudara,
Langkah membuat rundingan dengan IJM tidak dibuat semberono. Ia telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah BDB dan Kedah Sato sendiri.

Diberitakan bahawa semua lembaga pengarah Kedah Sato yang terdiri daripada ahli-ahli dalam bidang perniagaan bersetuju kecuali saudara yang berlatar belakangkan poligame, malah saudara tidak hadir.

Muncul di gerai pulut udang

Tindakan saudara meletak jawatan atas alasan prinsip mempertahankan kaedah tender terbuka sebenarnya dibayangi faktor-faktor lain.

Kebanyakan faktor itu muncul di gerai pulut udang Stadium Darulaman tempat saudara mengutip idea dan pandangan bagi meneruskan karier politik saudara.

Saudara juga mungkin teruja dengan rayuan tauke-tauke besar ynag mengidamkan projek dalam pembinaan Insaniah.

Sepatutnya dari awal lagi saudara menentang pelantikan Kedah Sato Sdn Bhd yang juga mendapat kontrak pembinaan melalui rundingan, bukan tander terbuka.

Saudara,
Masalah saudara ialah politik poligame telah membawa saudara menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur berbanding Kedah. Politik sebenar saudara hanya berlegar di Pokok Sena.

Saudara tidak peduli tentang politik negeri Kedah dan PAS Kedah walaupun saudara adalah timbalan Pesuruhjaya.

Malah, saya yakin saudara tidak pernah menjelajah kompleks PAS di Batu 9 termasuk bangunan DAYA sepanjang saudara menjadi TPJ.

Bakar kelambu

Saudara juga tidak pernah melawat tapak projek di Kuala Ketil, sejak majlis pecah tanah hingga kini.

Saudara hanya hadir mesyuarat bulanan, datang lewat dan balik awal. Saudara tidak berupaya menyelami susah payah sahabat pimpinan yang lain. Malah saudara langsung tidak peduli apa yang sedang ditanggung oleh pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, exco kerajaan dan wakil-wakil rakyat di Kedah.

Poligame telah mengheret saudara ke medan yang mendapat liputan wartawan, lensa kamera dan TV. Dunia glamor itu menenggelamkan fokus sebenar saudara dalam PAS.

Saudara tidak peduli lagi kesan yang bakal menimpa sahabat dan pimpinan negeri akibat poligame kegemaran saudara itu. Inilah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh saudara tanpa disedari. Orang sedang tersenyum sumbing melihat gelagat yang terpamer dari poligame itu.

Sekian sahaja lontaran paling ikhlas buat saudara dari saya yang memerhatikan gelagat politik pemimpin-pemimpin politik sejak puluhan tahun.

Pesanan akhir saya, jangan bakar kelambu untuk menghalau nyamuk. Selamat maju jaya dalam karier politik saudara dan mencapai target saudara dalam kerier itu. Saya akan terus memerhati.

Sungai Petani Kedah.

Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Baru ahli PAS sedar akan kedunguan Mahfuz dan sifat kepentingan diri Mahfuz. Mahfuz ini main bantai aje. Bukan sekolah pun dia ini. SRP aje standardnya. Tapi kalau bab cakap, jangan kiralah. Profesor di Universiti pun kalah dibuatnya kalau penyokong tegar dan bodoh sombong mendengarnya.

2. Semua benda dan perkara nak disentuhnya. Tetapi bila kita kaji, hapah pun tak ada isu dan fakta. Hanya pandai putar belit aje. Sama jugalah dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, ketua penerangan PAS tu. Kalau bab cakap ..... Peeerrrrggggghhhh!!!!!! Kosong !!!

3. Tapi kalau fikir balik, padan muka kepada penyokong tegar PAS ini. Termakan kencing Mahfuz hari hari. Padan muka mereka kena temberang dik Mahfuz jual minyak ini. Kerjanya dulu ialah penjaga STOR lapangan Bayan Lepas aje rupanya !!!!

4. Kah kah kah kah klah kah kah !!! mahfuz, Mahfuz. Padan muka juga MB Azizan , yang kena perbodohkan Mahfuz kaki temberang ini. Ada ke dia melantik si mahfuz yang dungu ini jadi pengerusi syarikat berjuta nilainya dan " listing company lagi. Kesian !!!

5. Tapi apa nak hairan, MB Kedah tu pun bukan tahu apa. Yang dia tahu , hanya " tak tau, tak tau, tak tau!!!!Itulah aje yang dia tahu !!!!!!

6. PAS dan Mahfuz, siapa tak tahu. Semuanya penuh dengan kaki temberang. cakap aje lebih !!!!

9 comments:

  1. Baru depa tau siapa dia Mahfuz tu.
    Kalu dah tau dungu,buatpa hangpa semua
    dok tunggu lagi... chau laaaaa
    Bingai sungguh !

    ReplyDelete
  2. tok tok tok... patut le, otak kosong si mat put bapa mat ketum ni. Kalu jual pakai kati mesti berharga sbb byk ruang kosong yg tak digunakan, tp kalau otak mat put ni nk buat batu permata, mesti sape2 pun x hingin, buruk sgt rupenye. Kah kah kah..

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah.. ape bekas penjaga setor airport je ke? Patut le dungu bile pegang jawatan peng-kerusi Kedah Sato. Orang ni ke yg anwar nak lantik jadi menteri kalau Fuckatan menang pilihanraya nanti (dlm mimpi boleh la!!!). Abis malaysia jd lingkup ade menteri 'sebijak' mat put.

    Kah kah kah kah kah.....

    ReplyDelete
  4. hai!
    wan terasa dingin betul malam ni
    laaa banjir lagi rupanya
    ini projek sape pulak ni
    ini pas punya pasal la ni
    doa tak betul, asyik minta turunkan bala
    dah le jubori tu satu hal
    mandikan air banjir pon, rendam ke
    bukan tolak bala
    bencana 1negara
    doakan lagi lah lge tu
    buat lah fitnah terus
    karam la lu kapal sink pecah

    -1Malaysia-1jijah-

    ReplyDelete
  5. salam tuan...

    Tuan Ibrahim Tuan Man bukannya Ketua Penerangan PAS sebaliknya Pesuruhjaya PAS Pahang. Yang jadi Ketua Penerangan PAS Pusat adalah adik kepada tok khatib yang baca doa untuk Lim Guan Eng di Pulau Pinang itu hari... Idris Ahmad...

    ReplyDelete
  6. ITULAH KUALITI KEPIMPINAN YANG BERJAYA DILAHIRKAN OLEH PAS....BEGITU RENDAH TAHAP EQ DAN IQ NYA....BEGITU RENDAH DAYA FIKIR,PEMIMPIN YANG TIDAK MAMPU UNTUK MERANGKA SESUATU YANG BESAR,PEMIMPIN YANG SYOK SENDIRI,PEMIMPIN YANG HANYA BERMUKIM DI BAWAH TEMPURUNG'''ITULAH MAHFUZ ,,,PEMIMPIN YANG HANYA LANTANG MEMPERJUANGAKAN ISU-ISU SAMPAH.....PEMIMPIN YANG HANYA BIJAK.... BERPOLEMIK.......FIKIR-FIKIRLAH PENGANUT PAS

    ReplyDelete
  7. sori cucu tok wan.

    betul tu. maaf tuan ibrahim tuan man. yang PG maksudkan ialah idris ahmad si otak kosong tu. dia tu sama sebiji dengan si mahfuz tu

    ReplyDelete
  8. GEMPARRR!!!!!!!!! Mahfuz telah dirisik untuk menggantikan Rowin Atkinson bagi memegang watak Mr.Bean. Menurut sumber, hanya beliaulah paling layak memegang watak tersebut berdasarkan kebodohan dan kedungungan yg ditunjukkan beliau sepanjang menjadi YB PAS ini.Gempar beb!!

    -Nicky Arjiss-

    ReplyDelete
  9. KAH!KAH!KAH
    JAGA STOR?KAH!KAH!KAH!
    SEKOLAH BERAPA TINGKAT DOL?
    KAH!KAH!KAH!
    STANDET MESIA LA DOL?
    YG BAHALOL SEKOLAH X HABIS PUN BOLE JD KM MELAKA
    STENDET MESIA DOL?APA LANCAU PUN BOLE DOL?
    SENDRI KEJE PETROL PUMP XMAU KIRA KA DOL?
    KAH!KAH!KAH!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR