FOLLOWERS

Friday 7 January 2011

NOTA-NOTA LAMA PERLEMBAGAAN : RINGKASAN KES-KES MENGENAI HAK KEBEBASAN !!!!


Kes-kes di bawah artikel 5 –kebebasan.

1. ANDREW s/o THAMBOOSAMY v SUPERINTENDENT OF PUDU PRISONS, Kuala Lumpur [1976] 2 MLJ 156.

Sabjek telah ditahan di bawah akta Immigresen. Pihak Immigresen tidak dapat menghantarnya pulang kerana sabjek tidak memberi kerjasama. Sabjek telah memohon Habeas Corpus.

Keputusan : Menolak permohonan. Pihak berkuasa tidak tidak berupaya menghantarnya pulang bukan bermakna tahanan adalah tidak sah.

2. RE TAN BOON LIAT @ ALLEN & ANOR; TAN BOON LIAT & ANOR v MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI, MALAYSIA & ORS [1977] 1 MLJ 39.

Sabjek telah di tahan di bawah EO. Mengikut ordinan ini reprentasi hendaklah dibuat kepada YADP sebelum 3 bulan oleh badan penasihat mengenai penahanan sabjek dan oleh itu tahanannya adalah tidak sah.

Keputusan : menolak permohonan : Held while the procedural requirements had not been complied with in this case, valid orders of detention were in force against the two applicants and their detention was therefore legal.
[tatacara tidak dipatuhi,tetapi arahan tahanan masih berkuat kuasa dan dengan itu tahanan adalah sah].

3. YEAR HOCK SENG @ AH SENG v MINISTER FOR HOME AFFAIRS, MALAYSIA & ORS [1975] 2 MLJ 279.

Sabjek telah dituduh di Mahkamah kerana kesalahan membunuh. Walau bagaimanapun tuduhannya telah digugurkan dan sabjek telah ditangkap dan ditahan di bawah seksen 4 ISA. Sabjek memohon Habeas Corpus atas alasan tahanannya adalah berniat jahat ( mala fide).

Keputusan : Menolak permohonan kerana sabjek gagal membuktikan tahanannya adalah berniat jahat.

4. YIT HON KIT v MINISTER OF HOME AFFAIRS, MALAYSIA & ANOR [1988] 2 MLJ 638.

Sabjek ditangkap dan ditahan di bawah seksen 3 EO. Sabjek memohon Habeas Corpus kerana beliau tidak diberitahu alasan/sebab penahanannya.

Keputusan : Membenarkan permohonan. Sebab dan kuasa di bawah undang-undang perlu diberitahu kepada orang kena tangkap secepat mungkin.

5. MINISTER OF HOME AFFAIRS v CHU CHOON YONG & ANOR [1977] 2 MLJ 20.

Sabjek telah ditahan dipenjara lebih dari 6 tahun dengan arahan untuk buang negeri. Namun begitu tidak ada waran dikeluarkan oleh menteri oleh kerana tidak ada negara yang sanggup menerimanya.Mahkamah tinggi memutuskan ianya tahanan yang tidak sah. Rayuan telah dibuat ke Mahkamah Persekutuan.

Keputusan : Menerima permohonan dan sabjek telah ditahan semula. Adalah atas budibicara menteri untuk membatalkan arahan buang negeri atau tidak dan penahanan adalah sah.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar dalam memahami serba sedikit mengenai hak kebebasan yang diperuntukkan di dalam perlembagaan. Tq.

2 comments:

  1. Mahkamah Allah Maha Adil.

    ReplyDelete
  2. Mahkamah Allah Maha Adil. Tidak nafikan. Akan ada selepas mati. Hukum dunia kena jalankan jugak seadil-adil yg boleh walaupun insan tak lari dari buat kesilapan...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR