FOLLOWERS

Monday 24 January 2011

PENDERHAKA SRI MUDA POHON MENGADAP !!! ABAIKAN !!!!





SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei mengesahkan telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan dan memohon maaf berhubung kenyataannya menerusi satu laman blog.

Shuhaimi berkata surat berkenaan dihantar secara serah tangan oleh wakilnya kepada pihak istana pagi ini.

"Saya akan menunggu perkenan daripada pihak istana," katanya kepada emberita ketika ditemui semasa sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat di sini, Isnin. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Maaf lah. Dah semput dan tak tahu ke mana arah nak dituju, penderhaka ini akhirnya mohon perkenan nak mengadap DYMM Tuanku. Semuanya kerana tujuan politik. Beliau dah tak ada kawan. Lihat ke belakang semua rakannya tak menyokong penderhaka ini apabila mengecam dan menghina DYMM Selangor.

2. Maaf le. Boleh jalanlah. Jangan nak melibatkan Tuanku Sultan lagi. Jangan nak pergunakan Institusi ini lagi untuk memulihkan politik anda.

3. PG pohon perkenan DYMM Tuanku, abaikan sahaja permohonan mengadap penderhaka ini. Kepada Setiausaha Sulit DYMM Tuanku Selangor, bakul sampahkan sahaja permohonan penderhaka ini.

4. Naik menyampah dah melihat muka penderhaka dan lembu DAP ini. Inilah sebahagian Melayu yang berjaya dilembukan oleh DAP. Senarai makin bertambah. Abaikan sahaja mereka ini.

24 comments:

  1. Sekiranya Pakatan Rakyat mengatakan yang mereka pembela serta mengembalikan kuasa raja2 terutamanya di selangor,pihak mereka patot melucutkan ADUN yang terang2 menderhaka pada tuanku Sultan yang jadi payung Selangor,tp kenapa diam seribu bahasa bila tp senang jer lucut ADUN Pelabuhan Klang..mana prinsip yang diamalkan

    ReplyDelete
  2. DIA PUNYA PASAL LAH NAK MOHON MAAF..YG KO BISING2 BUAT APA PG?

    TU YG UMNO TOLAK USUL KEMBALIKAN KUASA SULTAN TU BUKAN DERHAKA KE?

    ReplyDelete
  3. 20 ADUN UMNgOk Be-eNd + 1 ADUN Katak bukan derhaka tapi mereka telah meMURTABAKkan darjat Sultan-Sultan.....

    UMNgOk Be-eNd dah dewrhaka pi tuduh kat orang plak! Bapa PenDERHAKA - MamakBendahara MahaTAIK aka MAHAFIRAUN!

    ReplyDelete
  4. Kepala Opah ko la kata UMNO yg DERHAKA???
    Sebenarnya Menteri Besar bukan mahu memberikan kuasa kepada Sultan Selangor, tetapi dia mahukan kuasa dalam keputusan yang dibuat oleh baginda melalui ‘nasihat daripada Menteri Besar’. Disinilah dilihat bagaimana MB Khalid cuba menghadkan kuasa Sultan sebenarnya dan bukan " mengembalikan " kuasa Sultan!
    Jadi disini tidak timbul soal UMNO atau BN menolak atau tidak menghormati sultan sebaliknya yang 'menderhaka' adalah kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid kerana sampai sekarang enggan menerima pelantikan SUK yang telah direstui oleh baginda!

    Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri SELANGOR 1959 dengan jelas menyatakan bahawa, “maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan pelantikan ke jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan”.
    Ini bermakna Sultan dan Menteri Besar sebenarnya tidak mempunyai kuasa dalam isu pelantikan SUK. Kuasa pelantikan terletak di tangan Jabatan Perkhidmatan Awam [JPA] dan telah menjadi amalan biasa pelantikan tersebut akan dimaklumkan kepada Sultan untuk mendapat perkenan baginda.

    ReplyDelete
  5. “Pindaan yang akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

    “Dengan SYARAT sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan NASIHAT MENTERI BESAR dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”

    ReplyDelete
  6. PARTI KELENTONG RAKYAT ... Dari rakyat hingga ke Sultan , semua nak belit.

    ReplyDelete
  7. Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 jika diluluskan dan diguna pakai akan menjadikan Sultan Selangor sebagai rubber stamp atau tukang cop sahaja dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.
    Menteri Besar boleh menolak nama calon itu seterusnya memberi nama lain dan sultan langsung tiada kuasa untuk menerima atau menolak 'perkenan' Menteri Besar itu.

    ReplyDelete
  8. Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

    Kata beliau, Pakatan Rakyat tidak pernah merasakan kehadiran Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausah Kerajaan Negeri sebagai satu masalah tetapi masalah sebenar ialah Umno-BN memilih untuk melangkaui kerajaan negeri Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.


    "Yang kami timbulkan dalam perbahasan ini dengan mendapat perkenan Tuanku ialah cita-cita murni Datuk Menteri Besar untuk memperbetulkan sistem yang dirosakkan oleh Umno itu sendiri, itu sahaja!" tegas beliau.

    Beliau menjelaskan, pelbagai helah dan tohmahan telah dilempar oleh Umno-BN bagi mengagalkan usaha pembangunan PR di Selangor.

    "Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Persoalannya, apakah Umno faham dan menghormati undang-undang?" tanya beliau.

    Katanya lagi, Kerajaan Negeri Selangor merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan mendapat mandat dan amanah dari rakyat melalui proses demokrasi dan ini terbukti pada 8 Mac 2008 di mana majoriti rakyat Negeri Selangor menolak parti UMNO dan BN yang bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa dan keangkuhan pemimpin.

    "Derhakakah Umno jika Umno menolak dan lari daripada pindaan rang undang-undang ini? Sudah jelas lagi disuluh, Umnolah penderhaka Institusi Diraja," tegas beliau lagi.

    Azmin seterusnya menjelaskan, rata-rata warga Selangor semakin celik dan golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang Umno sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan kerana mereka makin tidak tahu apa itu kebodohan.

    "Siapakah yang memansuhkan kuasa Tuanku Sultan untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat Menteri Besar ? Pastinya, UMNO telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Sekaligus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi," kata beliau.

    ReplyDelete
  9. Memansuhkan kuasa Paduka Tuanku untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat Menteri Besar?

    Atau

    Memasuhkan peranan menteri besar menasihatkan Tuanku berhubung nama-nama calun yang dicadangkan oleh KSU?

    Setahu aku sebelum ini KSU akan mencadangkan kepada Sultan. Sultan akan suruh MB semak dan nasihatkan Baginda. Lepas itu Tuanku akan perkenankan.

    Sekarang, KSU akan cadangkan nama kepada Tuanku untuk dipilih dan diperkenankan. Selepas itu akan diserahkan kepada MB untuk tindakan selanjutnya.

    Kedua-dua di atas memerlukan PERKENAN TUANKU
    Kalau Tuanku tak setuju maka nama calun lain akan dihantar oleh KSU. Sama juga kalau tuanku tak nak perkenankan calun MB jadi kena hantar nama calun lain.

    Yang adun Sri Muda memandai-mandai menempelak Tuanku ape hal? Tuanku lebih arif dan bijaksana dalam hal ini kerana masih mampu memberi nasihat kepada kedua-dua pihak.

    aku rasa buat demo bantahan ADUN Sri Muda mengadap tuanku lagi baik. Buang masa Tuanku sahaja nak layan orang yang lupa diri.

    ReplyDelete
  10. HABIS SELAMA NI, SULTAN PUN JD RUBBER STAMP JUGA YG TELAH DIRUUBER STAMP OLH UMNO TAHUN 1993..

    SULTAN/RAJA/AGUNG HANYA TERIMA KEPTUSAN SAHAJA ATAS NASIHAT PM,MB,KM MENGENAI SESUATU PERKARA..

    SULTAN/RAJA/AGONG TDK BOLEH BUAT KEPUTUSAN SENDIRI MELAINKAN DINASIHATI OLH PM,MB,KM...

    UMNO LAH YG MENGHADKAN KUASA RAJA..UMNO DURHAKA LAMA DAH!!!

    ReplyDelete
  11. MB seolah-olah hendakkan kuasa sebagaimana Resident British miliki semasa Inggeris berkuasa diTanah Melayu. Ingatkah lagi kisah Resident Birch BirchPerkataan "dengan syarat" seolah-olah menghakis kedudukan Yang diPertua Negeri Selangor DYMM Sultan untuk berbincang dengan MB.
    Takde masaalah,terpulang pada Sultan untuk perkenankan atau tidak itupun jika dapat sokongan 2/3 majoriti dalam DUN dulu.

    Baguslah kalau Adun itu minta maaf - setidaknya kini dia sudah sedar bahawa dia sekadar wakil rakyat. Lain kali cakap jangan pakai lepas. Berterimkasih aje bila dilantik Sultan jadi ahldi DUN - itu prerogatif Sultan bukan hak wakil rakyat.

    ReplyDelete
  12. AGAK2 LA DOL
    DEHAKA JD POINT
    NAK MINTAK MAAP PUN JD POINT
    APE THE BEST SOLUTION DOL?

    WEI HINDU KOMEN CKIT

    ReplyDelete
  13. PG Hindu tengah mikio macamana la kuda yg ditunggangnya jauh bebeno cordiknye dari dia... dan macamana plak, boleh BoNgok bebenonya PG dari kuda yang ditunggangnya!

    ReplyDelete
  14. NO POINT KOMEN DALAM BLOG NIH! PG DIBAYAR UTK BUAT KEJE2 NI...

    ReplyDelete
  15. Puok2 ko la langsi pedesak kpd kuasa sultan2 raja2 jadi ruber stamp jer. Ko kelen taik mok ko koh camna. lisut... ngok... ngong. belajar baca pelembagaan. fahamilah maksud kandungan apa sebab nak pinda...

    ReplyDelete
  16. FUIYOOOH!
    BeNgap 13:06 NAK SEMBANG BAB PERLEMBAGAAN
    APE YG KO TAU DOL PASAL PERLEMBAGAAN NI DOL?
    KAH!KAH!KAH!

    ReplyDelete
  17. Anon 13:06...

    Nko gunakan sepenuhnya ejaan ngok dan ngong tu! Tapi pastikan huruf B dan N pakai huruf besar (BN)... so BoNgok; BeNgong... aku tambah lagi BeNgap; BaNgang; BiNgai... cukup? Sesuai bebeno dgn huruf BN! Sebab tu tak tahu ape2 pasal perlembagaan... kalo tahu pun diputar habis mcm LoyarBuruk cari makan duit haram si Hafarizam.

    Datuk Hafarizam dok sokong bebeno UMNgOk utk dapatkan title Datuk dan juga lubang2 bisnes sebab tu dah kaya-raya skrg ni!

    ReplyDelete
  18. Org Selangor semakin cerdik, setelah fucktan menerajui semakin lecah bilah, mereka tidak mahu lagi dijadikan sebagai rakyat Selangok kerana pemimpin mereka yang asik membontot jer.

    ReplyDelete
  19. Lebih baik berMBkan Khalid berbanding KhirToyol yg jauh lebih Toyol dari toyol dl menoyol harta rakyat Sgor... pemerintah BN di Sgor sebelum ni penuh dgn RASUAH... KRONISME... dan skandal!

    ReplyDelete
  20. Bro.... aku terbaca posting ni. Agak baik utk didengari dan difahami... nak terima ke tidak, ikut pegangan politik masing2 la! Cube try test dengo.....

    http://kerajaanrakyatphotos.blogspot.com/2011/01/dr-danial-in-video.html#more

    ReplyDelete
  21. Pendapat ostat wolly triumphah boleh dikira baik. Peliknya nape anu wau tak mau dibakul sampah untuk jawab sumpah. Nampaknya pihak berkusa tiada buktilah lepas ini, nak tangkap orang khlawat dihotel2. Polis pun tak perlulah susah2 cari bukti kalau berlaku kes rogol. Serah kepada lansi(ur). Bagaimana ia berlaku terhadap kaum keluarga mu... Wanauzubillah...!!!

    P5B...

    ReplyDelete
  22. HA..HA..HAAAA
    PANGLIMA KALAU SUDA BUNYI
    KAH!KAH!KAH!

    PAKAI AYAT BAGAIMANA LA PULAK...KE DOL?
    APSAL X GUNA AYAT KALAU DOL?KAH!KAH!KAH!

    PANDAI WANAUZUBILLAH DOL?
    KAH!KAH!KAH!
    LU WANAUZUBILLAH APE DOL?

    ReplyDelete
  23. P5B... Pang 5B - BNgap; BNgai; BNgang; BNgong dan BNgok...!

    Standard kefahaman nko ni.... nampak gaye setaraf dgn PG yg lebih byk BAHLOLnya dari kuda yg dia tunggang!

    Gi dengo baik2 video clip ustaz tu... kalo tak faham jugak, nko gi menuntut dgn Ustaz MCA Be-eNd yg berlakon film PORNO. (Chua Seks Let agaknya kata salam tak salah sebab dia sendiri pun sampai buat filem porno pun Be-eNd masih angkat jadi Presiden....)

    Ape punya moral la parti2 dlm Be-eNd ni!

    Peguam MCA bantah seruan AZAN utk umat Islam menunaikan Rukun Islam Ke-2... lepas tu mohon maaf siap buat Press Conference back ground bendera UMNgOk dan Be-eNd, diiringi pemimpin UMNgOk... Dgn penuh bangga dimaafkan dan disanjung!

    Chua Porno mempermainkan hukum bersentuhan (bersalam) dgn bukan muhrim... didiamkan. Chua menakutkan pengundi Cina dgn negara Islam... diNgokkan aje!

    Bukan takat tu... MB Johor yg Islam pun sama menekankan bahaya kemenangan PAS yg bakal membawa negara Islam, pun disengapkan aje!

    PG... PG... kat mana nko berdiri? Mana perjuangan Islam nko... lebih perjuangkan Melayu dari Islam ke?

    Sori la DOL... aku lupa, PG Hindu yg lebih hindu dari hindu!

    ReplyDelete
  24. TAU XPA..
    BUAT PENGUNDI2 MALAYA YG BERAKAL & BERFIKIRAN WARAS RENUNG2KAN KOMEN DR BRO LANGSI!
    SELAMATKAN MALAYA DOL?
    ADA OTAK PK DOL?
    ADA MATA TGK LA DOL?
    ADA HATI SNDRI KASI JUDGE LA DOL?

    RENUNG2KAN!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR