FOLLOWERS

Thursday 13 January 2011

TAHNIAH DR HASAN ALI !!!! ANDA ADA OTAK !!!!!





KUALA LUMPUR 12 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dinasihatkan supaya memohon maaf kepada Istana Selangor ekoran kenyataan kontroversi yang disiarkan melalui blognya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, kenyataan Shuhaimi itu telah melukakan hati institusi diraja Selangor serta pihak-pihak yang terlibat dalam proses pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

"Dia (Shuhaimi) orang muda, bila dalam suasana sedemikian, dibandingkan dengan saya yang banyak uban ini, agaknya temperamental (anginnya) berbeza sedikit.

"Kedua, kenyataan yang dibuat itu sudah tentu melukakan hati pihak berkenaan," katanya pada sidang akhbar khas bagi menyatakan pendirian Pas Selangor berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin di Gombak dekat sini hari ini.

Hasan yang juga Exco Selangor ketika ditanya, mengakui 'pihak berkenaan' yang dimaksudkannya itu merujuk kepada institusi diraja Selangor.

Shuhaimi sebelum ini dibidas pelbagai pihak kerana mengkritik pelantikan Mohammed Khusrin melalui blognya dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan biadab terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Walaupun Shuhaimi kemudian menafikan kenyataan itu ditujukan kepada sultan, namun terdapat puluhan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh pelbagai pihak sehingga beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan.

Hasan memberitahu, beliau akan menemui Shuhaimi dalam waktu terdekat ini bagi menasihatkan ADUN Sri Muda itu supaya memohon maaf kepada semua pihak bagi menjernihkan keadaan.

"Saya yakin, mengenalinya (Shuhaimi) beliau tiada masalah untuk memohon maaf bagi menjernihkan keadaan," jelasnya.

Katanya, Pas juga telah mengarahkan para pemimpin parti berkenaan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin kerana khuatir ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada Pas yang mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu itu baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pas Selangor.

"Kita tidak ada cara nak sekat mana-mana orang sama ada dari dalam atau luar parti untuk beri input kerana ia datang daripada pelbagai kelompok," ujarnya.

Hasan menambah, beliau secara dasarnya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Mohammed Khusrin kerana memahami tugas seseorang pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan dan yakin sebarang isu dapat diselesaikan dengan bijak.

Dalam perkembangan berkaitan Hasan berkata, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bersedia ke mahkamah bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk membolehkan kuasa melantik SUK dikembalikan kepada Menteri Besar dan sultan.

Katanya, pindaan itu akan cuba dibuat serta diluluskan semasa sidang tergempar DUN pada 24 Januari ini dan sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut, kerajaan negeri bersedia berhadapan dengan mereka di mahkamah.

Penghuni Gua : Tahniah Dr Hasan. Tahniah. Anda lebih gentelment dan berpijak di bumi nyata. Tapi yang pasti, lepas ini, anda pasti dikenakan amaran keras oleh PAS agaknya !!!!!!

5 comments:

  1. Seorang dpd pelakon PAS yang menjadi munafik dan merupakan barua kepada cina...ckp ugama pandai tapi hakikat nya lidah lagi berbelit pada org india..layak men dapat award kerana kepandaian menipu dgn mengguna wajah pakaian dan ugama dia................

    ReplyDelete
  2. Shuhaimi Shafiei tu bekas kontrektor ke?

    ReplyDelete
  3. Walau dicemuh oleh Golongan Jahiliyyah Assobiyyah Sekular UMNO,
    Bravo Suhaimi Shafie, anda telah tunaikan perintah Rasulullah SAW ...

    Mafhum sabda Rasullallah SAW:
    Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan pemerintah yang zalim.

    Bravo Suhaimi, anda telah menegur Sultan & Ketua Agama Islam negeri anda ... supaya tidak bersikap EGO dengan hanya kuasa pinjaman Allah taala itu... supaya kembali bertindak berasaskan kepada kebenaran bukan berdasar prasangka atau hasutan manusia2 hipokrit opportunis disebalik istilah "Melayu & Islam" ...

    Jangan layan gelagat pengampu2 hipokrit UMNO/ kaki bodek brahim ali tu..... masa krisis perlembagaan 1983 & 1993, masa mahathir mamak iskandar kutty lanyak raja2 melayu dulu.. masa krisis terbaru perlantikan MB trengganu 2008, budak2 UMNO menyebut "Nnate!! (binatang!!) kepada sultan terengganu/YDPA sekarang .. apa UMNO buat????? ..hipokrit & opportunist UMNO...

    Bravo Suhaimi, Allah sentiasa bersama dengan pejuang kebenaran & keadilan ...... berjihad menentang kebatilan & kezaliman...

    Semoga Raja2 Melayu sebagai Ketua Agama Islam dinegeri masing2 sentiasa beriman & taat kepada perintah Allah dalam setiap urusan seperti akhlaknya, tindak tanduknya dan tadbirnya ….. Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  4. Isu sekarang,siapa perlu akur siapa?

    Bukankah perlantikan SUK Selangor mendapat perkenan Sultan? Soal hendak mengembalikan kuasa Sultan tidak timbul.

    Persoalannya ialah samada Sultan menghendaki MBnya diberikuasa lebih sehinggakan Sultan hendaklah akur dengan kemahuannya dan kuncu-kuncunya.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

    Khalid 'pembaca skrip' Guan Eng
    KUALA LUMPUR 8 Jan. -

    ...... Beliau berkata demikian dalam entri terbaru laman blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

    Menurut Syed Ali, secara realitinya, Guan Eng dan rakan-rakannya dalam DAP begitu seronok melihat pemimpin Melayu seperti Abdul Khalid, bergaduh dengan sultan mereka.

    "Inilah sebenarnya perancangan halus DAP supaya orang Melayu bergaduh sesama sendiri dan akhirnya DAP yang mengaut laba politik," tambahnya.

    Tegas beliau, apabila seseorang Menteri Besar dilihat tidak sehaluan dengan sultan atau raja, mereka akan meletakkan jawatan bagi mengelak berlakunya krisis pentadbiran.

    ............

    ReplyDelete
  5. ALAMAK..DOK MENJILAT LA PULAK
    ITU HARI CONDEMN BKN MAIN LG

    BTL HINDU LA KO NI PG
    WEI X JILAT BINI YG KEREPOT TU KE?
    KAH!KAH!KAH!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR