FOLLOWERS

Tuesday 30 August 2011

TAKTIK LAMA !!!!!








Selasa, 30 Ogos 2011 02:12 ROSLI ISMAIL . .Tiga hari berlalu sejak kontroversi kenyataan celupar Mohamad Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong dan pertikai sejarah kemerdekaan...anihnya belum ada seorangpun pemimpin PAS lain yang tampil backing Timbalan Presiden PAS.

Jika signal itu tidak cukup,Isnin Pengerusi DAP Karpal Singh tampil dengan satu kenyataan mengakui apa yang dikata oleh rakan politiknya itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

Karpal berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

“Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka. Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden PAS) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar," kata Karpal.

Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

"Kenyataan yang didakwa itu, sekiranya benar, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan," kata Karpal dalam kenyataan.

Katanya adalah salah untuk mengatakan bahawa Onn dan Tuanku Abdul Rahman adalah pegawai British kerana kedua-dua personaliti telah diangkat sebagai ikon negara dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara, merupakan pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak boleh diragui dan dipertikaikan.-29/8/2011

Penghuni Gua
: Karpal pun bukan ikhlas nak pertahan pejuang ini pun. Beliau kata begini sekadar nak pulih sokongan dan koyak rabak yang telah dibuat oleh Mat Sabu . Itu je. Nak baiki kerosakan yang dibuat oleh Mat Sabu terhadap bantahann yang dibuat oleh rakyat Malaysia terhadap isu ini.

2. Itu aje. Habis isu Mat Sabun dan Karpal ini nak pusing. Selama ini Karpal diam je. Politik punya hal terpaksa " cover Mat Sabu " kerana untuk pancing undi Melayu. PG dan kami di luar ini dah tahu lama dah taktik ini.

3. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan!!!! Puak ini akan lacurkan semua perkara. Janji untung dalam politik. Fikirkan.

1 comment:

  1. sebenarnya....PEMIMPIN PAS SEMUA BACOL DAN ISTILAH YG SENANG...TAK ADA TELOR KOTE

    ReplyDelete

PETA PELAYAR