FOLLOWERS

Thursday 25 August 2011

TITAH DYMM TUANKU PUN NAK DIBELITKAN !!!!



Dipetik dari blog : Dato Hafarizam




Wednesday, August 24, 2011
Cuba Heret Sultan Ke Kancah Politik, Khalid Tiada Etika Selaku Menteri Besar


KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah bukti bahawa beliau tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menganggap apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid adalah bertentangan dengan etika selaku Menteri Besar Negeri Selangor yang memegang kuasa eksekutif di negeri tersebut.

“Tindakan Menteri Besar ini ibarat mengheret Baginda DYMM Sultan Selangor ke kancah politik sedangkan Baginda sebagai ketua negeri bertanggungjawab penuh untuk perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam, adat istiadat orang Melayu serta lain-lain perkara yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO Online berhubung kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menafikan perkenan Sultan Selangor dalam penubuhan Majlis Penasihat Syura.

“Sultan Selangor akan dinasihati oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pejabat Mufti Selangor dalam hal-hal berkaitan, justeru tindakan untuk mewujudkan Majlis Penasihat Syura adalah satu usaha untuk melemahkan lagi kuasa JAIS dan Jabatan Mufti yang ada di negeri tersebut.

“Tindakan berkenaan dengan menafikan sama ada permohonan boleh dibuat untuk mendapat perkenan daripada Baginda DYMM Sultan Selangor tidak boleh ditimbulkan kerana tidak ada sebarang peruntukan berkaitan hal tersebut.”

Dilaporkan Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lepas kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.

“Tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar ini telah membuktikan bahawa beliau tidak tegas sebagai pemimpin dan sanggup tunduk kepada tekanan politik Dap dan PKR khususnya dalam hal-hal yang membabitkan agama Islam.

“Sekiranya Majlis Penasihat Syura ada wakil orang bukan Islam sedangkan mereka tidak mengamalkan agama Islam jadi bagaimana mungkin mereka akan bersetuju dengan apa yang orang Islam lakukan termasuk dalam isu yang membabitkan gereja ini.”

Dalam kenyataan Mohamad Munir memberitahu bahawa Abdul Khalid telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor yang berhasrat untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.

Ia dibuat bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu dan beliau bercadang untuk membawa bersama Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, katanya.

Dalam hal ini, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Mufti Selangor tetapi Baginda menasihatkan Menteri Besar menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.

Posted by anisahmaisarah at 12:57 AM 0 comments


Penghuni Gua
: PKR dah berkudih dan dah sopak dah. kantoi !!!!!!! Fikirkan pengundi muda . Fikirkan.

6 comments:

  1. Masa Titah DYMM SPB YDPA bersetuju untuk menerima BERSIH menghadap menyerahkan memorandum...sape pulak yang sibuk mengheboh dan menjerit menyatakan gabungan HARAM...perhimpunan HARAM?

    Mula2 cakap nak bagi stadium... bila mintak Stadium Merdeka, terus kecut telor taknak bagi!

    Takut ka...apa?

    ReplyDelete
  2. Saya IC kalu bagi... BeYen juga nanti ada undi! Saya pun orang Msia. Saya punyaa anei...ada sini banyak dalam UMNO apa... itu Azeez, Naina Merican, Mahataik, Kadeer, NorYacup, ...banyak la!

    Saya sikit juga mau jeriiit...HIDUP MELAYU!

    Berapa banyak IC mau bagi??? Saya belakang kawan nanti mari borang boleh kasi isi ka??? Dia orang mau kasi jerit...HIDUP MELAYU, PERTAHAN TANAH AIR!!!

    ReplyDelete
  3. Pak,

    Bila kita warga asing mau diberikan IC. Sudah nggak sabar ngundi BN. Nanti bila kami sudah ramai di Malaysia kami akan jadi pemerintah. Warga asing didulukan, warga tempatan diketepikan...

    ReplyDelete
  4. Kalau orang Melayu di Malaysia tak boleh bersatu, biarlah kami mat2 Indon yang memerintah.

    ReplyDelete
  5. Anon 10:59...

    Itu idea bannyyyyaaaak ada cantik! itu 1 Malaysia kalu, kasi IC sama kita Bangla kalu, Nepal kalu, Indon kalu, Felepin kalu, Kemboja kalu... kasi punuh satu kapal, baru jadi 1 Malaysia!

    Baru slogan ada butul... 1 Malaysia - Warga asing didulukan, warga tempatan diketepikan...

    ReplyDelete
  6. anon2 di atas. repot ajelah. jangan dok finah. berdosa. cakap lebih . kah kah kah kah. Pengundi hantu ini dalam pemilihan PKR yang ramainya. kah kah kah kah kah

    ReplyDelete

PETA PELAYAR