Hukum Hudud Tidak Mungkin Dilaksanakan Dalam Tempoh Terdekat – Salahuddin
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak membincangkan secara terbuka mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Sebaliknya Salahuddin berkata, pakatan pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama serta usaha untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Tidak perlu lah kita berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan... semua pihak kena faham perkara ini,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Apa bezanya. Dulu UMNO dan BN cakap macam tu juga. Tapi bila Tun Cakap , belum masanya hudud dilaksanakan , bukan main PAS mengecam Tun pada masa tu. Sampai satu peringkat mengkafirkan Tun. Tun cakap bukan tak mahu laksanakan hudud cuma belum masanya.....Tapi habis ayat puak PAS kafirkan UMNO dan TUN. Sembelihan orang UMNO pun tak boleh dimakan. Nikah kahwin antara anak orang PAS dan UMNO ada yang dibatalkan. Kini.........PAS jilat ludah dan kahak mereka semula.
2. Kini, Salahuddin dan PAS cakap perkara yang serupa. Tak kafir ke?
3. Apa bezanya. PAS..............bukan semua tak tahu. Semua halal kalau mereka yang cakap dan buat. Tak gitu ?
No comments:
Post a Comment