KOTA BAHARU 25 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 Sept lepas, ke bahagian pentadbiran jabatan itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terlibat dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.
"SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terlibat dalam perbuatan jenayah.
"Justeru tindakan telah diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini.
Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 Sept lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Zakaria berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal.
Beliau berkata ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29). - Bernama
Penghuni Gua : Harapkan pagar, pagar makan akar-akar padi. Bukan kecil anak mereka yang melakukan kerja ini. semuanya lepasan Universiti dan bergred pengurusan dan profesional.
2. Apa nak dikata. Bubar aje SPRM ini. Atau balik ke keadaan asal. Biar jabatan / orang luar SPRM menjaga dan mengendalikan SPRM. Dulu PG lihat pegawai kanan dari PDRM yang mengetuainya. Ok juga. Ini sejak SPRM menjaga sendiri, macam-macam hal. Menyusahkan kerajaan ade le !!!
3. Akhirnya kerajaan juga yang dipersalahkan. Tengok-tengok lah sikit orang bawah tu. Kalau ada masalah jangan sapu bawah karpet. Aduan mengenai SPRM " pukul dan bantai orang pun , kerap kali didedahkan. Tapi semuanya habis dan senyap begitu aje.
4. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh tak pulak orang mengata...............
5. Tak gitu ? Tukarkan ketua kepada 3 mangkok ini bagus juga kerana gagal menyelia pegawai bawahanya. Akauntibiliti tetap pada mereka. Bukan main cuci tangan aje !!!!
Salam tuan PG & Sema2...,
ReplyDeleteHARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN AKAR-AKAR PADI !!!!!
Lama sangat dah tak berpeluang mengintai dan bersapa dengan PG. Tup tup, rupanya2, Syawal kian menghujung, musim haji dah bermula. Tahun 2012 dah mula mengamit. Peristiwa demi peristiwa mencoretkan sejarah negara, termasuk hitam, merah, kelabu dan kurang yang puteh.
Sejarah tetap sejarah jangan diungkit2 lagi.
Mengenai Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 Sept lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penahanan ketiga2 mereka sebagai siasatan awal. Belum tentu mereka bersalah.
P5B setuju sangat2, SPRM ini dibubarkan atau kembalikan kepada status asal. Dulu dipanggil (BSN) - Badan Siasatan Negara, (BPR) - Badan Pencegah Rasuah, sekarang SPRM. Sebelum/selepas itu mungkin ada nama jelmaan yang lain, itu kurang pasti.
Sekali lagi P5B bersetuju, harapkan pagar akar2 padi habis dimakan, sepatutnya, nama SPRM ini bukan calang2 statusnya di Malaysia yang sebaris dengan PDRM ajensi penguatkuasa utama negara. Apakan daya, prinsip 5 rukun negara, keluhuran perelambagaan salah satu cermin yang mesti diwarisi dan dihayati telah diketepikan.
P5B rasa elok sangat, SPRM ini dikembali seperti yang pernah menjulang gah namanya sewaktu ada penglibtan seperti pegawai/anggota dari PDRM mengepalai dan menguatkuasakan peraturan dan cara2 bekerja seperti yang terdapat di dalam PDRM, cth terbaik dalam PDRM dimana Special Branch sehingga kini masih utuh dan digerusi disegani bukan sahaja di kalangan masayarakat bahkan oleh badan PDRM sendiri. Tapi sayang ISA telah dihapuskan.
P5B, sekadar coretan...
Corr.. the 2nd last after dan digeruni disegani...
ReplyDeleteTq.
Sama aja 2 x 5 bila dah ada kuasa gunakan tidak bertempat. PG pun serupa juga cuma bernasib baik aja..
ReplyDeleteSPRM - Suruhsaya Promote Rasuah Msia
ReplyDeletePDRM - Polis Dapat Rasuah Melulu
BPR - Badan Peningkatan Rasuah
P5B - Pang5B -BNgok; BNgai; BNgang; BNgap; BNgong
Bagi la ape name pun... asal aje UMNgOk Be-eNd yg memerintah, tetap BN - Binasa Negara! Manba tidaknya semua institusi negara dipaksa tunduk mengikut kehendaknya...diktator!