FOLLOWERS

Saturday 17 September 2011

DAH MULA NAIK MENYAMPAH NI !!!!


Penghuni Gua
: PG dah mula naik menyampah. Menyampah kerana kerajaan mula menggunkan pendekatan populis. Nak menang PRU , maka ISA di kambing hitam. Nak menang PRU, PM boleh pulak jumpa dengan puaka Nawawee.

2. Persoalannya, apa yang kerajaan dapat dari pembangkang dan undi bukan Melayu? Takkan mereka ambil pot pun. Mereka tetap selamanya begitu. Orang macam Nawawee pun boleh kerajaan dan PM begitu lembut.

3. Apa motifnya? Kami di luar ni mengeleng kepala dan mengeluh melihat kelemahan dan tak ada ...........................nya kerajaan. Kerajaan dilihat macam kartun. Tak boleh fikir tentang keutamaan. Perancangan dan tindakan kerajaan semuanya dilihat untuk tindakan jangka pendek.

4. ISA dihapurkan. Sepatutnya gubal dulu undang-undang lain bagi mengantikan ISA , kemudian barulah ISA dihapuskan . Ini terbalik. ISA dihapuskan dahulu. Jika terjadi apa-apa , adakah kita dan kerajaan mampu menanganinya?

5. Dengan ada ISA pun kerajaan sukar nak kawal keselamatan dan sebagainya. Inikan pulak jika tiada.

6. Kepada kerajaan dan PM..................dengar rintihan dan keluhan kami ini................. Tak perlu dengan desakan mereka pun. Tak ada faedahnya. Merereka hanya wakili sekelompok kecil sahaja. Buat apa pun, mereka tetap selamanya begitu.

7. US gubaL PATRIOT. Kita pulak undur kebelakang. DUTA Besar Indonesia ke Malaysia sekarang ini pernah memberitahu hadirin dalam satu seminar , bahawa jika Indonesia mempunyai ISA seperti Malaysia, maka tidak adan terjadi pengeboman Bali dan JW Marriot. Ini beliau yakini.

8. Kita mengundur kebelakang hanya kerana untuk menagih satu undi yang belum tentu diperolehi dari puak ini. Negara ini teguh berdiri kerana 3 institusi yang ada. DYMM Raja-Raja, PDRM, dan Melayu. Puaka politik ini tahu, jika nak tawan negara ini , 3 perkara ini perlu dilemahkan dahulu. Dan itulah yang mereka sedang lakukan. Dan mereka hampir berjaya setalat ini. Kerajaan pulak , berotak kecil. Takut pada hantu sendiri dan bayang sendiri. Letih memikirkannya.

9. PG masih menyampah dan semakin menyampah..............Menyampah sangat. Apa salahnya ISA? Kalau tak buat salah , apa yang nak ditakutkan? PG tak ditangkap ISA pun dan tak takut dengannya pun.............. Tak gitu ? Meluat !!!!

11 comments:

  1. aku setuju ngn pg . isa dihapuskan krna nk tarik undi cina . najib tkkan dpt undi cina . cina dh bertekad nk memerintah tanah melayu ini.aku bengang betul dgn najib ni , makin bangang .aku rindukan sangat era pemerintahan tun dr mahadir. aku rasa aman sgt semasa pemerintahan beliau .

    ReplyDelete
  2. dalam hal ni kita jangan mengalah takakan kerana ni kita terus nak membiarkan pembangkang terus memerintah buruk padanya kita terus fedup taknak sokong kerajaan taknak mengundi atau pun undi lain itu bahaya terus kan berjuang Ds najib berkata akan di gantikan undang2 lain walaupun tak sama sangat jangan berundur BRO teruskan berjuang kami terus menyokong anda bloger2 pro kerajaan selagi kerajaan tak lah telampau teruk

    ReplyDelete
  3. Hishamuddin pun dah kata dua akta baru itu tidak akan mengambil masa yang lama. Pastinya sebelum membuat ucapan malam 15 Sept itu, mereka sudah berbincang. Bukannya main cakap tanpa dirancang. Kan? Dua akta baru itu masih lagi kita tidak tahu. Jadi bersabarlah buat seketika. Negara masih lagi dalam keadaan selamat. Bagi saya, kerajaan bukan mengambil pendekatan populis tetapi mencari jalan penyelesaian agar rakyat tidak lagi berdemonstrasi. Memanglah ini berpunca dari pihak pembangkang. Mana tidaknya, setiap kali ada pemimpin yang bersuara (ideologi politiknya yang berlainan), terus ditangkap. Jadi dimanakah yang dikatakan negara kita ini mengamalkan demokrasi? Lagipun ini bukan zaman kerajaan tahu segalanya. Tidak lagi, minda masyarakat kita telah berkembang maju. Bukan lagi cetek ilmu I.T. Mereka juga boleh mendapatkan maklumat di internet mengenai ISA kan?

    Usah gusar dengan pemansuhan ISA ini. Jika telah ditakdirkan BN akan gugur di PRU 13, maka gugurlah BN. PR pula diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara. seperti pepatah orang inggeris,

    "You deserve the government you deserve"

    Inilah adalah pilihan rakyat. Masa depan negara bergantung sepenuhnya pada rakyat. Jika rakyat bijak memilih, selamatlah negara. Jika tersalah pilih, maka hancurlah negara. Bijak memilih tidak terpengaruh dengan maklumat/informasi yang tidak tepat. Tidak dipengaruhi emosi, dendam dan segala yang bertentangan. Dan itulah tugas orang pro kerajaan harus lakukan untuk membersihkan segala kekotoran yang ada dalam BN.

    Chill! :)

    ReplyDelete
  4. jangan mimpilah PR nak memerintah. cuma aku pun menyampah dengan pemansuhan ISA oleh Najib ini.

    ReplyDelete
  5. JANGAN CEPAT BENGANG...JANJI NAJIB UNTUK MANSUHKAN ISA TELAH DI TUNAIKAN...NAJIB JUGA JANJI AKAN GUBAL 2 AKTA BARU MENGEKANG JENAYAH DEMONTRASI HARAM DAN HASUTAN HARAM...KITA NANTIKAN LAH...

    ReplyDelete
  6. LEPAS NI KALAU BLEH AKTA BARU TU LAGI TEGAS DARI SEBELUMNYA. KITA TAK NAK ADA RAKYAT KITA JADI MANGSA TERORIS PUAK KOMUNIS ALAF BARU! HARKKK PTUIHHH

    ReplyDelete
  7. kita jangan cepat gelabah macam pemimpin pembangkang ngan penyokong2nya kita tengok 1 ISA dimansuhkan 2 ISA diujudkan

    ReplyDelete
  8. Menghapuskan ISA dan menghapuskan undang-undang pencegahan (Artikel 149 & 150 Perlembagaan Persekutuan)seperti ISA perlu dibezakan.

    PM hanya bercadang hapuskan ISA bukannya undang2 pencegahan. ISA hanya satu dari beberapa undang-undang pencegahan. ISA yang merupakan undang-undang pencegahan ini digantikan dengan dua. Bermaksud, bukan dihapuskan tetapi ditambah dengan satu lagi. Bezanya, akta-akta baru itu mempunyai tempoh tahanan polis lebih pendek (kini 60 hari sebelum masuk karung) kepada 30 hari kot dan perintah remand memerlukan perintah Hakim bukan polis semata-mata.

    Seperti PG kata "Sepatutnya gubal dulu undang-undang lain bagi mengantikan ISA , kemudian barulah ISA dihapuskan . Ini terbalik. ISA dihapuskan dahulu. Jika terjadi apa-apa , adakah kita dan kerajaan mampu menanganinya?"

    Dr Abdul Rani

    ReplyDelete
  9. Salam tuan PG & Sema2...,

    DAH MULA NAIK MENYAMPAH NI !!!!

    Aku juga menyampah sangat2. Bila ISA dihapuskan sekelip mata. Gubal dan wujudkankan akta baru, tidak semudah menggali lubang kubur dan ubah batu nesan atau batu sempadan tanah. Bacaan kali pertama, kedua di Parlimen. Di baca dan dibahas peringkat rang undang2, di angkat ke Parlimen kemudian di bahasakan dalam mesyuarat parlimen oleh dewan negara dan dewan rakyat. Cukupkah kuata untuk meluluskan undang2 yang lebih bijak berperanan dari ISA, Akta Polis, Akta Buang Negeri. Jika Police Act dibubar dimana Polis nak berpijak.

    Serahkan kepada kebijaksanaan YAA Tuan Hakim, mereka juga manusia biasa tentu berpijhak di bumi nyata. Ingatlah bahawa pihak Polis sebagai agensi penguatkuasaan utama undang2 negara telah kesekian lama merenung jauh langkah penguatkuasaan undang2 negara. Pihak keluarga Polis telah lama makan hati berulam jantung kerana tiada tempat hendak mengadu setelah orang disayangi terkorban akibat pengganas komunis, angkara penjenayah termasuk jenayah jalanan/jalanraya. Tiada pembelaan. Muka tebal dimaki hamun dan dicerca dalam ceramah2 politik, kuliah agama disurau2 masjid boleh disifatkan seperti makan "gula@ saja tak ambil pot pon...

    ISA Masih relevan, kerana mak cik pak cik di kampung2 mereka tak tahu pun ISA kecuali Pak Isa dan waktu "isa" (isyak), mereka hanya mahu tahu berapa harga getah, sawit, pisang, tanaman kontang. Berapa haraga barangan keperluan harian, seperti beras gula, tepung, minytak dan tembakau... Mereka tak takut dengan ISA tetapi mereka takutkan Pak Isa lebai sekiranya tidak menunaikan solat "isa".

    Sudah banyak kemenangan diperolehi melalui tuntutan yang kurang sihat seperti Bersih 2.0, penggunaan kalimah Allah, ketelusan SPR, laungan azan, tazkirah di masjid oleh pihak "berdener" tanpa mengira masa "bendera merah". Banyak lagi, isu Mat Indera juga telah mencapai kemenangan di peringkat global. Banyak lagi jika nak direaksikan. Harap tuan PG lebih arif dalam hal ini.

    Namun ada sedikit kegembiraan kerana baru2 ini PDRM mengistiharkan seramai 30,000 anggota PDRM berpangkat Lance Copral akan dinaikankan ke pangkat Koperal tanpa melalui tempoh temuduga. Namun sebilangan dari mereka masih ada yang berdukacita masih gagal mengecapi kemanisan itu. Ada sebilangan anggota PDRM yang berpangkat Lance dah berpuluh2 tahun dah nak pencen pun masih lagi berkedudukan konstabel atau lance, alasan mereka ini tidak mempunyai kelulusan undang2. Ini diberitahukan sesetengah anggota yang peranh berkhidmat sebagai anggota pasukan Polis Hutan sekitar tahun 1970an/75. Katanya mereka setelah tamat latihan peperiksaan undang2 mereka tak diiktiraf. Bayangkan selama mana mereka berada di dalam hutan, tiada masa untuk mengambil pemeriksaan demi menjaga kseselamatan negara/sempadan dari anasir komunis/penyuluhan.

    Agak menghairankan katanya selepas tahun2 berikutnya semua pelatih2 dari pusat latihan telah diiktiraf pula kelulusan undang2 mereka oleh pihak latihan. Takkanlah mereka ni esok lusa nak meninggalkan PDRM mahu terus belajar untuk lulus periksa undang2 jabatan PDRM. Mustahil dah tua2 bangka nak lulus lagi... Mahu tak mahu mereka ni, berpencen dengan konstabel atau lance koperal.

    ISA dan Akta Polis masih relevan...

    P5B...

    ReplyDelete
  10. HA..HA..HA..H...

    TAHNIAH PAKATAN RAKYAT YG BERJAYA "MELEMBIKKAN" DAN "MENAKUTKAN" NAJIB DAN BN DGN MENGHAPUSKAN ISA..BERKAT PENENTANGAN ANDA BERTERUSAN MAKA NAJIB TIDAK ADA PILIHAN MELAINKAN HAPUS ISA...

    NAMUN...HARUS INGAT, BHW UMNO/BN BUKAN BOLEH PERCAYA, MRK AKAN GANTI 2 AKTA BARU...YG MANA MAKSUDNYA TUKAR BAJU JER..RE-BRANDING SEMULA ISA..MATLAMAT SAMA IAITU PENAHANAN TANPA BICARA!!

    SAMA JER, KITA NI MEMANJANG JER KENA BODOH KAN DEK NAJIB!!

    JIKA BENAR2 NAJIB IKLAS HAPUS ISA, KENAPA TDK DIBEBASKAN TAHANAN ISA SEKARANG DAN ROBOHKAN KEM KEMUNTING...

    TU LAH..PENIPU PUAK2 NI..JGN TERUJA SGT LA!!!

    ReplyDelete
  11. Salam Penghuni Gua, tak terkata kata
    , hanya mampu dengan mengucapkan selamat pergi kepada ISA, ISA, ISA, ........

    Pada pendapat kamai, bahawa isu ISA tidak banyak mempengaruhi dalam ISU PRU 13, kerana kerana Akta ISA adalah peruntukan Perundangan Akta dalam sistem pentadbiran dalam negara yang sekian lama digunapakai, hanya untuk mencegah tindakan pihak yang bertindak mengecam keselamatan negara.

    Apa sekalipun keputusan yang dibuat, semoga dengan kebijaksanaan dan kewibwaan PM dapat menilai lebih mendalam kesan kesannya dalam masa jangka panjang, kerana negara semakin melonjak membangun lebih canggih kearah global, keadaan corak iklim politik masyarakat hari ini semakin mencabar, akal manusia semakin canggih, kedudukan sosial ekonomi dunia semakin bergelora, dan Malaysia tidak ketinggalan dalam berhadapan dengan keadaan iklim social ekonomi dunia yang tidak menentu itu, namun semua ini juga perlu diambil kira dari setiap sudut latarbelakang masyarakat dinegara ini sedang berhadapan dengan iklim politik, ekonomi, dan sosial dan keselamatan dalam negara.

    Akta ISA sebelum ini, hanya lah satu satunya Perisai Mutlak Akta pencegahan yang cukup efetif digunapakai mengatasi beberapa perkara penting, jika ianya benar benar mengecam keselamatan negara. Dalam soal desakan pihak tertentu selama ini , kami fikirkan pihak Kerajaan tidak perlu tunduk atas desakan itu, kerana AKTA ISA tidak sepatutnya menjadi isu dan pihak yang berpolitik seharusnya tidak mengheretkan isu akta ISA dalam isu Politik tanah air. Dalam perkara ini, kami berharap apa yang penting, agar kedua dua akta baru itu mempunyai kedudukan lebih tegas dari ISA demi kepentingan keselamatan negara ini.

    Kami Yakin, PM mungkin sudah memikirkan semasak masaknya dan mungkin telah mendapat pandangan swajarnya dari para panasihat-penasihatnya sebelum membuat keputusan sebelum mengumumkan Akta ISA itu akan dimansuhkan pada 15hb September 2011 lalu.

    Salam Berjuang PG. semperna bulan SAWAL ini kami mengucapkan Salam Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.....


    Dari


    Pelanggi Banjaran Titiwangsa & Kroker Borneo

    ReplyDelete

PETA PELAYAR