FOLLOWERS

Monday 5 September 2011

MAHASISWA TAK EMPOK !!!!!!!!!!!!!!!!!









Perkumpulan mahasiswa menganggap isu sekitar kontroversi ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikatakan pro-komunis sebagai isu kecil berbanding perbahasan berkaitan sejarah Malaysia sendiri.

"Bagi mahasiswa, kenyataan Mat Sabu merupakan isu yang sangat kecil berbanding isu sejarah Malaysia yang selama ini penuh misteri dengan fakta-fakta yang sama ada tersembunyi atau disembunyi," kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Otak mahasiswa ini kosong sebenarnya. Tak empok lagi disebabkan dikencing dan terminum kencing peliwat-peliwat politik. Tak empok lagi. Nasi tak masak. Kalau separuh masak ok juga.

2. Isu kecil? Sah , mahasiswa ini hanya baca komik dan majalah hiburan sera dengar ceramah politik pembangkang sahaja. Sebab itu , pendirian mereka ini nampak dangkal. Kepada mereka ini : Belajar dululah. Markah belajar di U pun cukup makan dan di Sains Sosial sahaja. Kerana kerajaan tolong, tidaknya tak layak pun ke U. Untuk makluman mahaisiwa tak empok ini, sejarah bukan ditulis oleh orang politik tetapi pengkaji sejarah. Mereka mahir dibidang mereka.

3. Mahasiswa ini belajar tak habis, sebab itu semua nak dipolitikkan. Itu yang keterangan pakar seperti DNA pun tak hendak diterima pakai kerana dikatakan pekak dan bisu.

4. Kesian dengan mahasiswa berotak sampah ini. ..............Inilah jadinya kalau masuk U hanya dengan markah dan kelulusan cukup makan. Yang lembab di sekolah ini, memang selalunya cakap banyak dan nak tunjuk pandai lebih. .........................

5. Tak gitu ? Doktor, Jurutera, Sains , mana nak cakap lebih sebab mereka lebih dan terlalu bijak. Mereka kerja lebih , cakap kurang.................... Untuk mahasiswa ini, PG cadangkan mereka rujuk kenyataan pakar sejarah negara di KLIK

39 comments:

  1. Mahasiswa bakal pelingkup negara. Dah tak pandai nak bezakan isu kecil dan isu besar. Barangkali, sebab-sebab beliau dilahirkan pun dikira isu kecil kalau berjaya. Kalau gagal, kelahiran mahasiswa ni mungkin isu besar.
    Item 4 tu, saya mau tambah sikit. Kalau mahasiswa ni ada bantuan PTPTN ka, lebih baik bagi kat anak aku ni. Anak aku dah masuk tahun tiga, minta bantuan PTPTN pun tak pernah dapat. Kalau ada jaminan masuk SSPN 20 ringgit boleh dapat PTPTN okay juga. Tapi aku rasa ini semua gimik PTPTN saja.
    Walaupun pangkat aku tinggi, anak aku ramai yang masuk universiti, kos pembelajaran dan belanja tinggi, income tax kena bayar lagi. Duit balance tiap-tiap bulan ada 160 ringgit saja- yang tulah saja yang ada nak beli makanan.
    Kalau dah ditakdirkan jadi macam ni, nak buat macam mana. Samalah dengan mahasiswa ni, dah ditakdirkan beliau jadi macam tu.

    ReplyDelete
  2. Benarlah kata orang-orang yang berilmu. Hanya si bodoh yang pantas mengiktiraf kerja bodoh yang dilakukan oleh si bodoh yang lain yang akhirnya melahirkan masyarakat yang cenderung membuat keputusan yang bodoh-bodoh belaka.

    Belajar tak habis lagi, tapi dah pandai nak beri pendapat. Pasal persatuan-persatuan pelajar di universiti tempatan ni, aku memang tak pernah peduli apa yang mereka suarakan. Pasal apa? Pasal ini suara PAS sejak dari dulu lagi. Mempergunakan pelajar-pelajar universiti untuk kepentingan mereka. Kesian, memang kesian termasuk beberapa kawan-kawan aku yang telah dibuang universiti kerana terlalu terpengaruh dengan parti laknat ini.

    ReplyDelete
  3. SIAPA MAT INDERA?

    Sebelum kita sibuk mempertikaikan adakah Mat Indera pejuang kemerdekaan atau tidak, rasa eloklah kita kenal siapa Mat Indera sebenarnya. Kita jangan jadi seperti Mat Sabu yang berkokok keliling kampung tentang Mat Indera tetapi tidak mengenali siapa Mat Indera.

    Nama sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat, Johor. Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Ibunya Maimunah bt Daud berasal dari Batu Pahat. Selain itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar. Beliau mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat, Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.

    Selepas British mengambil alih semula Malaya daripada Jepun, Mat Indera telah menubuhkan Malay Nationalist Party (MNP) pada tahun 1947 di Muar dan turut menjadi setiausaha Muar Malay Harbour Board Labour Union. Memandangkan modus operandi PKM merekrut kader-kader baru komunis melalui kesatuan sekerja, Mat Indera turut dijadikan sasaran apabila beliau mula direkrut oleh G.H Jasman, wakil Seksyen Melayu PKM bermula pada bulan Januari 1948 yang sering melawatnya dan berusaha mendoktrin Mat Indera dengan ideologi perjuangan komunis sehingga mendapat simpati Mat Indera.

    G.H Jasman turut memberikan beberapa buah buku berkenaan komunis kepada Mat Indera yang antaranya bertajuk What is MCP yang ditulis oleh Komrad Wright@Lai Tek sendiri. dan buku bertajuk Dialectic Materialism. Walaupun teori tentang komunis yang cuba diketengahkan oleh buku-buku tersebut jelas bertentangan dengan Islam, G.H Jasman akhirnya dapat mempengaruhi dan memujuk Mat Indera menerima perjuangan komunis dan menyertai PKM dengan alasan komunisme berbeza dengan agama dan Mat Indera turut dibenarkan mengamalkan Islam selagi tidak menjejaskan aktiviti komunis. Mat Indera akhirnya menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM dan terus menjalankan aktiviti komunis dalam usaha meresapi dan menyusup dalam masyarakat orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat melalui surau dan masjid. Latar belakang sebagais eorang guru agama Mat Indera telah dieksploitasi komunis dalam usaha merekrut orang Melayu menyertai komunis dan memberi sokongan kepada perjuangan komunis yang telah banyak menzalimi orang Melayu terutama di era Bintang Tiga hingga mewujudkan kebangkitan orang Melayu melalui Perjuangan Pahlawan Parang Panjang. Akibat keganasan dan kezaliman komunis semasa Bintang Tiga terhadap orang-orang Melayu, PKM@Bintang Tiga telah dicop sebagai musuh utama orang Melayu pada waktu itu.

    Mat Indera turut terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama menjadi orang tengah meminta polis menyerah diri kepada komunis. Pada 14 Oktober 1952 Mat Indera telah ditangkap oleh orang-orang kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Mat Indera telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 18 November 1952 kerana memiliki senjata api secara haram. Rayuan Mat Indera supaya hukumannya diringankan ditolak pada 2 Disember 1950 dan hukuman gantung terhadapnya telah dijalankan pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya telah dikebumikan di Kg. Jambu Air, Taiping. Untuk makluman juga, Mat Indera pernah dipenjarakan selama 2 bulan pada tahun 1946 kerana menjual beras secara haram.

    PG, MINTA DILANJUTKAN KEPADA BEBUDAK SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA TU .... BIAR DIA TAHU SIAPA ORANG YANG BERIIA-RIA SANGAT MEREKA PERTAHANKAN!

    ReplyDelete
  4. kominis tetap kominis, kominis tidak mempercayai agama, perjuangan mereka bukan utk menegakan islam, mereka membunuh ramai pejuang islam dan menentang pemerintah islam sehingga tahun 1989, mereka musuh negara dan islam sampai bila2..
    mujurlah pihak tentera dan polis berjaya mematahkan pejuangan kominis ini kalau tidak negara ini akan menjadi negara kominis.
    inikah yg hendak dibanggakan oleh org melayu pengkianat.
    kepada org2 melayu yg menyokong kominis mereka ini adalah pengkianat kepada agama islam, bangsa dan negara..

    jgn ambil mudah nk salahkan org lain utk membela kominis, itu menunjukan keturunan melayu itu adalah keturunan pengkianat dari dulu hingga sekarang..

    pejuang2 negara majoritinya org2 melayu bermandikan darah dan berkorban nyawa utk membebaskan negara ini dari penjajah kominis sehingga ada yg terkubur dihutan belantara tidak dpt dikesan sehingga kini semata2 utk generasi bangsa melayu boleh hidup aman dinegara ini tetapi teramat sedihnya generasi melayu kini yg telah hidup aman hasil dari pengorbanan pejuang2 melayu telah mengagung2kan dan membela kominis sebagai pejuang negara..
    org melayu pengkianat ini perlu meminta maaf kpd pejuang2 melayu yg masih hidup maupun yg telah meninggal dunia.

    sekiranya kominis mengangkat senjata kembali adakah melayu pengkianat ini sanggup menyokong dan terus menjadi barua kominis utk menentang pemimpin islam dan sanggup membunuh org islam sendiri dan seterusnya merelakan fahaman kominis bertapak di negara ini? dan terus selamanya menjadi barua kominis.

    jgn bangga jadi pengkianat nnti anak cucu akan meludah diatas kubur yg dikenali sebagai kubur pengkianat melayu

    ReplyDelete
  5. yes! yes! yes!
    UMNO akan terjatuh terkakang lagi,
    bakal cerdik pandai mula bersuara,
    mereka dah nampak bulan,
    mereka dah melihat mentari,
    kajian mereka mula digeruni,

    kini dan sekarang,
    si barua Inggeris,
    si ejen British,
    si perisik kepada queen,
    si pengugut bagi pihak penjajah,
    si kerani anggok musuh,
    54 tahun menjadi penipu,
    merogol dan mengkhianati,
    sejarah dan hikayat suci,
    milik murni bani melayu,
    telah ...
    terketar dagu berpeluh tubuh,
    bagai terkena deman kura,
    bangkai garah telah berbau,
    sembunyi muka jubur terdedah.

    si barua hasil benih penjajah,
    siang malam berkerja,
    untuk ......
    membolot sejarah rakyat,
    menimbus kebenaran jelas,
    mendedah cerita dongeng,
    sebagai jampi serapah,
    diratip dan dijaja,
    supaya mereka digelar wira,
    dilihat indah sebagai seorang juara.
    ciiiiiiis! kau sebenar barua Inggeris.

    lihat jenayah kamu ...
    menukar pejuang jadi pengganas,
    membalik pembebas jadi pengkhianat,
    menukar barua British bagai pemimpin,
    menobat ejen penjajah bagai manusia hebat,
    mensejarahkan perisik Inggeris tokoh rakyat,
    mengambarkan penyamun lelaki patrotik,
    mengelar perompak dengan pelbagai bapa,
    masa si barua penjajah akan tamat,
    kuasa rakyat kuasa keramat.

    ReplyDelete
  6. kuasa rakyat? hihihihi ... sudah 54 tahun merdeka, PAS tetap jadi pembangkang yang bebal. Disebabkan apa? pasal kuasa rakyat menidakkan PAS untuk berkuasa di dalam tanahair tercinta ini.

    PAS hendak tegakkan negara Islam? hihihihi ... PRU13 nanti cuma akan letak calun di 60 kerusi parlimen sahaja dari 222 kerusi yang akan ditandingkan. sama sepertimana pelihanraya 1955, meletakkan cuma 11 dari 52 kerusi.

    Janganlah bermimpi panjang wahai pencacai PAS, kini keadaan kamu semakin gentir semenjak timbulnya isu komunis baru-baru ini.

    BODOH TIDAK BOLEH DIAJAR!

    ReplyDelete
  7. TERHARU BILA BACA PUISI HIBA DARI PENCACAI PAS DI ATAS.

    BEGITU SEDIH SEKALI BILA SUARA RAKYAT MASIH TIDAK BERPIHAK KEPADA MEREKA.

    TAPI RINTIHAN BAGI SESEORANG YANG BUTA SEJARAH INI, SEPERTIMANA IDOLANYA MAT SABU TIDAK HARUS DIBERI SIMPATI.

    PASAL APA?

    PASAL PAS DARI DULU LAGI, SEJAK SEBELUM MERDEKA LAGI ADALAH BARUA BRITISH. ORANG MELAYU BERMATI-MATI MAHU MEMBEBASKAN TANAHAIR, ADA SEKELOMPOK MELAYU YANG KHIANAT DENGAN BANGSANYA DENGAN MENJADI PENCACAI BRITISH.

    MEMANG BANGSAT SUNGGUH PARTI TALIBARUT PENJAJAH INI!

    ReplyDelete
  8. APA ITU PARTI KOMUNIS MELAYA?

    TERIMAKASIH KEPADA anginperubahan.blogspot.com/ UNTUK ARTIKEL INI.

    Sejumlah 4,338 nyawa terkorban dari kalangan pasukan keselamatan dan orang awam (1865 pasukan keselamatan dan 2473 orang awam) serta 6,711 pengganas komunis dalam tempoh 12 tahun tempoh darurat di Tanah Melayu. Termasuk dalam statistik ini mungkin ada juga kaum keluarga daripada pemimpin pakatan pembangkang? Mungkin jika pemimpin pembangkang tersebut tidak memiliki saudara mara di Tanah Melayu ini kerana memiliki kad pengenalan berkod 71. Inilah jumlah angka korban pengganas yang hari ini dipuja sebagai hero oleh PAS.

    1 Julai 1948, seorang pegawai jajahan berbangsa Cina dibunuh oleh komunis di Perak, kemudian pada 12 Julai 1948, Pengganas beruniform merampas lombong arang batu di Batu Arang Selangor. 5 pekerja China dibunuh dan loji dimusnahkan. Komunis membunuh ramai orang awam. 17 Julai 1948, mereka menyerang Balai Polis di Gua Musang. Kampung dan sawah-sawah telah diganggu oleh pengganas komunis. Pejuang kemerdekaan apa jika membunuh orang awam? PAS sudah hilang akalkah?

    Ahli-ahli PAS sudah buta sejarah. Fahaman Komunis di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1923. Beberapa sekolah malam telah ditubuh dan digunakan untuk menyebarkan dakyah kebangsaan Cina serta Komunisme. Di samping itu, pertubuhan-pertubuhan buruh Komunis telah juga muncul pada tahun 1926. Pada tahun tersebut, di Negeri Sembilan sahaja di mana terdapat ramai suku Hailam (suku Hailam dikatakan pendokong utama fahaman Komunis), terdapat tidak kurang sepuluh pertubuhan pekerja yang berkait rapat dengan pihak Komunis.

    Perkembangan seterusnya telah membawa kepada penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 di atas arahan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Communist International atau Comintern) yang dipengaruhi oleh Rusia. PKM dikehendaki mendapatkan sokongan orang Melayu (terutamanya kaum petani) dan orang India. Bagaimanapun PKM merasa terdesak mendapatkan sokongan orang Cina kerana permusuhan di antara negeri China dan Jepun semakin serius di antara tahun 1931-1937.

    Oleh yang demikian, PKM cuba menjuarai kempen anti-Jepun di kalangan mereka dan kurang memberi perhatian kepada dasarnya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Bagaimanapun PKM tetap meneruskan kegiatannya menghasut kaum pekerja di ladang-ladang getah dan di bandar-bandar dengan matlamat mewujudkan kegelisahan perindustrian. Sepanjang lewat 1930an, mogok berlaku di merata tempat di samping rusuhan akibat kempen anti-Jepun.

    ReplyDelete
  9. SAMBUNGAN ....

    Pada masa pendudukan tentera Jepun, kedudukan PKM menjadi lebih kuat kerana permuafakatan mereka dengan pihak British untuk menentang Jepun. Ahli-ahli PKM berpeluang mendapat latihan dan kemahiran dari segi ketenteraan daripada pihak British. British menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura di bawah Kolonel Spencer Chapman untuk melatih beberapa pegawai dan anggota PKM bagi menjalankan kerja-kerja sabotaj dan penentangan terhadap tentera Jepun. PKM telah menghantar empat kumpulan mengandungi 165 orang anggota dengan setiap kumpulan menjadi teras kepada pasukan gerila di Selangor, Negeri Sembilan, Johor Utara dan Johor Selatan.

    PKM mula mengatur strategi dengan menubuhkan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA). Dari empat kumpulan yang asal, tentera tersebut berkembang menjadi lapan unit dengan tiap-tiap satunya menjalankan gerakan di setiap negeri. Setiap unit ini berhubung dengan Jawatankuasa Tentera Pusat PKM. Orang-orang Cina pula sentiasa bersedia memberikan sokongan tenaga manusia, wang ringgit, makanan, bekalan dan maklumat kepada MPAJA kerana bencikan layanan kasar askar-askar Jepun.

    SEAC (Southeast Asia Command) yang menubuhkan Force 136 juga telah bersetuju membekalkan alat-alat senjata, wang, bekalan dan pegawai-pegawai untuk melatih orang-orang PKM menggunakan senajata-senjata baru. Sebagai balasannya, MPAJA setuju memberikan kerjasama menentang Jepun. Pada Julai 1945, sebanyak 3,500 senjata kecil, peluru dan 500 pegawai dan anggota diberikan kepada MPAJA. Latihan juga dimulakan dengan bersungguh-sungguh tetapi gerakan tidak pernah dijalankan. Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1945. Apa tujuan MPAJA? Hendak lawan Jepun atau hendak perintah Malaya secara sendiri?

    Dalam tempoh dua minggu di antara masa Jepun menyerah kalah dan pihak Tentera Berikat mendarat untuk menduduki semula Tanah Melayu, Bintang Tiga /MPAJA mengambil kesempatan keluar dari hutan dan merampas senjata-senjata Jepun dan Tentera Kebangsaan India. Mereka menguasai Tanah Melayu seolah-olah rejim komunis telah berkuasa sepenuhnya. Mereka menubuhkan 'Mahkamah Rakyat' dan menjatuhkan hukuman bunuh sewenang-wenangnya. Pentadbiran Tentera British (BMA) yang ditubuhkan pada 12 Disember 1945 terpaksa bertindak segera menghentikan aktiviti MPAJA dan memaksa pasukan tentera tersebut dibubarkan. Komunis membunuh dengan sewenang-wenangnya seperti apa yang berlaku di Kemboja.

    Namun begitu, semasa pemerintahan BMA, PKM tidak diharamkan. Kedudukannya yang agak bebas berbanding masa sebelum perang, menggalakkan PKM bergerak secara terbuka sebagai sebuah parti politik. Di antara tahun 1946 hingga awal 1948, PKM cuba memperkukuhkan kedudukannya dari segi politik meskipun masih memberi perhatian utama kepada pergerakan buruh.

    PKM cuba mempergunakan parti-parti radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union, Malayan Indian Congress (MIC), Hizbul Muslimin dan Saberkas (Kedah). PKM juga memainkan peranan penting dalam perjuangan PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat – All Malaya Council of Joint Action) untuk mengagalkan gagasan politik yang diperjuangkan oleh Raja-raja Melayu-UMNO-British. Kini ada parti yang menyokong sama tindakan radikal komunis. Apa yang berlaku dahulu berulang kembali antara DAP dan PAS.

    Fakta ini membuktikan bahawa komunis telah berpakat dengan pertubuhan radikal Melayu untuk melawan Raja-Raja Melayu pada waktu itu. Ini kerana perjuangan komunis adalah perjuangan yang tidak mempercayai Tuhan dan mahu menghapuskan sistem beraja untuk wujudkan Republik Malaysia. Apakah ini yang dimahukan oleh orang-orang Melayu? Pengampunan telah diberikan kepada sebahagian besar anggota komunis pada 9 September 1955. Selepas 54 tahun merdeka, hari ini ada lagi komunis yang disanjung oleh orang Melayu sendiri yang lupa sejarah. Mereka lupa siapa komunis yang membunuh datuk nenek moyang mereka.

    Posted by Azrinizam Ibrahim

    ReplyDelete
  10. Mungkin mereke itu bukannya mahasiswa fakulti sejarah dan kalaupun ia, tahap analisa mereka belum mantap. Sekiranya komunis itu berjaya, Islam letak diatas kepala mereka atau diselitkan diketiak komunis mereka? Atas kepala dan diketiak bukan isu kecil.

    ReplyDelete
  11. Mat Sabu memetik cerita bukit kepong dalam ceramah di tasek gelugor, penang. dia ceritakan bagaimana kononnya seorang melayu bernama mat indera yang dia gambarkan sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

    mat indera kononnya ketuai operasi menyerang balai polis british di bukit kepong itu.

    macam kenal saja jalan cerita ni. parti komunis yang majoriti cina meletakkan seorang melayu untuk menyerang polis-polis melayu yang pertahankan tanah melayu.

    mereka hanya tukang tembak sampai mampos melayu-melayu lain. tembak dari jauh.

    kalau ada yang mampos dulu, mestilah melayu yang diserang atau seorang melayu yang menyerang tadi.

    sama macam cerita sekarang. ada satu geng melayu yang pertahan tanah melayu.

    ada satu geng cina yang mahu tanah ini untuk mereka sendiri.

    ada satu geng melayu yang blur. orang nak berperang dia pun nak berperang.

    dulu ikut cina lawan jepun, lepas tu ikut cina lawan british. kalau nanti puak orang asli memerintah, dia lawan orang asli pulak.

    geng melayu tak ada arah ni pun nak perintah gak. dia tak buleh tengok orang lain perintah. sapa pon dia lawan lagi dia tak buleh naik untuk memerintah. :)

    cubaan untuk politikkan sejarah tanah melayu adalah satu perbuatan nak paling jijik.

    dengan mengutuk sejarah pemimpin umno memperjuang kemerdekaan Mat Sabu dalam tidak langsung, berkata tentera dan polis yang lawan jepun dan komunis yang mahu menawan negara ni adalah sia-sia kerana berjuang untuk umno dan tidak untuk pas dan pakatan.

    padahal ketika sebelum merdeka, tidak wujud lagi parti-parti politik dan pilihanraya! cuma ada gerakan-gerakan melayu yang mahu menegakkan kemerdekaan untuk semua orang melayu di tanah melayu ini.

    malah Mat Sabu juga berikrar untuk ubah sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas putrajaya. katanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar.

    mungkin cerita yang diubah lepas ni ialah parti komunis malaya adalah hero sebenar kemerdekaan kerana berjuang melawan penjajah jepun dan british.

    mungkin lepas cerita ni, banyaklah ahli pkm yang diangkat menjadi hero negara. chin peng dibawa balik ke tanah melayu.

    malah mungkin tentera dan polis melayu dulu akan dilabel sebagai pengkhianat tanah melayu kerana berkhidmat untuk british?

    melayu hanya dok saja, tunggu tanah dijajah. nasib baik ada cina tolong lawan jepun dengan british.

    lepas ni bolehlah kit siang naik jadi perdana menteri.

    MAT SABU NI NAK TERJUN DENGAN LABUNYA ... BIARKAN ... BIARKAN ....

    ReplyDelete
  12. peniiiiiiing! lepas raya pun tak dapat cinta yang berwarna merah jambu,

    kenapa PAS mesti menang pru13?,
    kenapa UMNO mesti menang PRU13,
    sedangkan kuasa rakyat mutlak akan melanda,
    membadai titisan mani Inggeris,
    penjajah bani melayu kali kedua,
    menipu dan menyamun,
    menjadikan bani melayu hamba abdi,

    hebatnya gelombang tsunami rakyat nanti,

    umpama gelombang rakyat di Medan Tahrir,
    menumbangkan keegoan UMNO Mesir,
    merebahkan najib mubarak yang perkasa,
    menyekat kemewahan suzan mansur,

    ibarat menghitamkan mimpi indah Ben Ali,
    berlatar belakang kekebalan anjing-anjing,
    taring anjing tersungkur dgn sorakan rakyat,
    UMNO tunisia mati lemas dipadang pasir,

    seperti rakyat Libya melaknat Gadafi,
    perompak harta rakyat telah kehilangan ego,
    rakyat dibuta tanpa segan dibisukan,
    akhirnya kekuasaan UMNO libya menyembah bumi.

    mereka menang setiap PRU1 hingga PRU 17,
    peratus tinggi mencecah 90,
    Akhirnya SPR Mesir tunisia dan libya,
    ditunggeng punggung dibuan ke laut.

    rakyat Malaysia juga rakyat Mesir,
    semangat Tunisia darah perjuang kestaria Libya.

    ReplyDelete
  13. Pening pil kuda,

    Apa yang kau meroyan nih,..musibat !!

    Kau pening ke..atau kau gila ?.

    ReplyDelete
  14. PG cerita pasal komunis yang diangkat jadi penjuang kemerdekaan.

    tapi si pening di atas langsung tak mengulas tentang hal yang sama.

    mahu cerita tentang libya, mesir, tentang PRU13, tentang SPR ...

    nampaknya sudah ketiadaan modal bila nak mengulas tentang hal yang dibincangkan ...

    hihihi ... serupa dengan idolanya yang asyik lupa tentang apa yang diperkatakan.

    bila kita katakan tentang hal ini, terus divert ke arah hal yang lain pula. serupa dengan pemimpin-pemimpin PAS juga ... bila buntu dengan hal murtad, terus pesong pasal hal komunis dan bukit kepong. semalam pula, pesong pula pasal kematian wartawan pula.

    lawak ... memang lawak ...

    ReplyDelete
  15. orang takde modal untuk berbahas.. mulalah merapu macam-macam. orang bodoh namanya, atau mungkin sudah gila.

    rakab, aku biasa jumpa orang macam ni. kalau di kedai kopi, bila dah habis modal, terus angkat kaki. teh yang tak habis diminum pun, tak sempat nak dibayarnya.

    macam anon yang menulis di atas .. Hanya si bodoh yang pantas mengiktiraf kerja bodoh yang dilakukan oleh si bodoh yang lain yang akhirnya melahirkan masyarakat yang cenderung membuat keputusan yang bodoh-bodoh belaka.

    nyatalah ... SI BODOH BILA DAH PENING PASAL TELAN PIL KUDA, MULA LA MERAPU-RAPU .. HIHIHI ... SIAP BUAT LIRIK LAGU TU!

    ReplyDelete
  16. Bila bicara pasal Libya, Mesir, Afganistan, Pakistan dan Iraq, semua orang akan tudingkan jari kepada AMERIKA, BRITISH, NATO ...

    Dah berabad-abad penjajahan dari Amerika, British, Belanda, Sepanyol telah berlaku di kawasan dunia sebelah sini. Ini yang dinamakan penjajah oleh Mat Sabu sendiri.

    Tetapi bila ada pemberontakan kuasa di Libya, Mesir, Afganistan, Pakistan dan Iraq yang terang-terang kuasa-kuasa asing AMERIKA, BRITISH, NATO menaunginya, Pening Pil Kuda di atas bukan main mengagung-agungkannya.

    Samada dia mengambil iktibar terhadap penguasaan kuasa-kuasa barat ini untuk menguasai negara-negara tersubut, aku rasa dia memang tak tahu.

    Jangan dilayankan sangat mamat bodoh dek penangan pil kuda ni ...

    ReplyDelete
  17. Aku syak ...

    PeningPilKuda = Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab.

    Dia guna nickname tu pasal nak pertahankan hujah basi dia.

    ReplyDelete
  18. PeningPilKuda tengah mengarang puisi lagi tu... hahaha. mungkin kali ni pasal peliwat agungnya pulak

    kita nantikan saja ......

    ReplyDelete
  19. Saya ada SATU soalan besar yang harus dijawab oleh ahli/penyokong PAS :

    Kita sedia maklum, PKM itu berdiri atas ideologi komunis yang menolak sebarang pegangan agama. Rakyat bangsa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu sememangnya beragama Islam, termasuklah juga yang bertugas sebagai anggota-anggota polis, tentera dan pengawal keselamatan kampung. Penjajah British sejak dari dahulu tidak pernah menghalang kebebasan rakyat Melayu dan Islam untuk mengamalkan ibadah Islam. Di sebaliknya, PKM pula bertindak menyerang rakyat melalui perang gerila mereka dan mempengaruhi ramai orang melayu untuk menerima ideologi tidak beragama mereka.

    Persoalan saya : Salahkah bila anggota polis dan tentera yang ada ketika itu, terutama di Bukit Kepong, memerangi pihak yang menyerang rakyat demi menyelamatkan akidah dan mempertahankan penduduk dari pengganas yang berfahaman komunis yang menolak sama sekali kepercayaan beragama?

    Wajarkah mereka yang sanggup berkorban untuk negara dan agama ini kamu tuduh sebagai pihak yang bersalah?

    Kamu harus ingat, selama ini kamu katakan kamu berjuang atas nama Islam. Tetapi kini, tindakan PAS jelas bertentangan dengan prinsip mereka di mana pengganas komunis yang mempunyai fahaman berbeza kamu angkat pula sebagai penjuang.

    Jawablah, saya inginkan penjelasan.

    ReplyDelete
  20. Puak pro ulamak pas tersenyum sinis melihat puak pro anwarinas bertungkus-lumus mempertahankan Mat Sabu.

    Seluruh negara sedang memerhatikan gelagat bodoh mereka.

    Mempertahankan benda yang palsu memperjuangkan perkara yang salah dan menafikan sesuatu yang hak.

    Penuh kecelaruan serta penuh kekeliruan.

    Setelah mengutuk arwah-arwah polis Bukit Kepong sebagai barua British,..Hari ini Mat Sabu cuba merasuah keluarga mereka dengan menawarkan khidmat guaman percuma demi mendapatkan sedikit kesenangan di dunia.

    Apa dah jadi dengan Pas sekarang ?

    Rakyat semakin keliru kerana Pas semakin celaru !!.

    ReplyDelete
  21. BeNgap dan BaNgang punya PG Hindu anak Omar...

    Kalo yg tak memihak kat diorang... habis diseranahnya! Terima la hakikat, org mude memang tak berkenan dgn puak UMNgOk Be-eNd ni. Yg tinggal hanye yang TOTOK-TOTOK dan yg berkepentingan sebab bergantung hidup kat sedara-mara dan cari makan sara hidup bawah bendera UMNgOk Be-eNd...

    Sejarah keMERDEKAan negara diputarbelit dek British dan dgn mudah diberikan melalui UMNgOk yg lebih mengikut British berbanding dgn PKMM dan lain-lain parti pejuang yg berlandaskan Islam exp. Hizbul Muslimin;PUTERA;AMCJA dsbnya!

    Awat takut bebeno nak berdebat tentang keMERDEKAan sebenarnya...jgn sekadar berani berkokok sendiri2 tapi dipihak PR langsung tak diberi ruang untuk bersuara memberi penjelasan di media KERAjaan!

    Takut dgn kebenaran dan kenyataan? Setakat KJ... korang suruh dia cari tempat dlm kabinet la sebelum berkokok!

    ReplyDelete
  22. PG Hindu anak Omar... kalo OTAI sambung master dlm Sains Sosial tapi setakat dapat CGPA 3.5 toksah nak berkokok la, buat malu kaum aje!

    aku rase mahasiswa yg tak empuk tu jauh lebih berkualiti pemikirannya dari ngko!

    Aruah Noramfaizul tu... bukan kah hanya setakat nak cover story Putera UMNgOk? Safety element langsung tak diberikan... bagi alasan MONYET, kononnya baju kalis peluru pun tak dpt menangkis peluru yg besar? BaNgang... kalo mcm tu baik takyah pakai safety belt atau helmet sebab dah tentu tak dapat menghalang kematian kalo accident!

    Nape la BoNgok; BiNgai; BeNgong; BeNgap dan BaNgangnya puak2 UMNgOk Be-eNd ni... memang layak pun, berpadanan dgn huruf besar BN tu!

    ReplyDelete
  23. komunis ni rata-rata ideologi yang ketinggalan zaman dan hayatnyapun sepintas lalu. Betapa banyaknya masjid-masjid baik diChina dan Soviet Union yang dihancurkan pada zaman pemerintahannya. Sedarlah sape-sapae yang angkat tinggi menjulang komunis-komunis itu.

    ReplyDelete
  24. P - Parti
    A - Asuhan
    S - Syaitan

    Kenapalah bengap sangat pencacai PAS ni. Dah le buta sejarah tapi masih nak terkaung-kaung sambil menunjukkan dirinya memang bengap, tolol, bodoh, keledai. Mahasiswa apalah malangnya kamu ni semua digelar mahasiswa?? Budak Tadika pun tau Komunis memang jahat dan zalim.
    Totok-totok penyokong PAS tu yang tak tau tajuk perbincangan ni nak sibuk-sibuk masuk Blog orang lain apa hal?? Kalau dah bengap tu memang bengap le.
    Komunis itu PAS dan DAP
    Idologi Komunis memang dah resap dalam PAS anak didik DAP.
    Komunis memang anti Islam dan sesiapa yang menyokong PAS ibarat menentang Islam.
    Alhamdulillah sejak kebelakangan ini ramai penyokong PAS peringkat akar umbi dah sedar bahawa PAS memperjuangkan dasar-dasar Komunis. Itulah hikmahnya kebodohan Mat Sabu Pemimpin No. 2 PAS. Tunggu aja PRU 13 wahai Totok-Totok PAS.

    ReplyDelete
  25. Tambahan..

    Ramai juga dari kalangan Penyokong PAS merupakan bekas-bekas Pejuang Negara (Datuk atau Bapa Mereka) sebelum ini. Kerana kepentingan politik Mat Sabu rela menghina Pejuang Negara maka hukumannya secara tidak langsung mereka rasa terhina. Tahniah Mat Sabu 121

    ReplyDelete
  26. Mahasiswa tak perlu berpolitik. Fikiran mereka masih sempit. Fikiran mereka belum matang. Apa minda mereka boleh buat sekarang hanyalah menghafal teks-teks dan bahan untuk kelulusan ijazah mereka. Politik adalah kehidupan dan pengorbanan. Sudah tentu dengan umur yang masih mentah mereka tidak mempunyai pengalaman untuk berpolitik. Apa yang ada pada minda dan jiwa mereka adalah polimik dan memberontak kerana mereka masih beramarah muda......

    ReplyDelete
  27. Tok Janggut; Tok Bahaman; Datuk Maharajalela;
    siPuntum; Rentap... tu sume penderhaka ke?
    Cer citer... cer citer...

    ReplyDelete
  28. Kalo orang Melayu di Malaya ni susah sangat nak bersatu, berilah kami Mat2 Indon memerintah. Dulu Malaya dijajah mintak nak merdeka. Bila dah merdeka tak mau bersatu pulak. Memang la orang Melayu ni tak sedar diri dan tak akan sedar diri...

    ReplyDelete
  29. Aku setuju... dan bagi pun. Bagi IC; status samada warganegara atau PR yang penting undi UMNgOk Be-eNd!

    Gadai negara pun takpa janji dapat satu undi... ade 2 juta undi menunggu hasil dari program 6P.

    1 Malaysia-Warga Asing Didahulukan, Undi diutamakan.
    Kat mana UMNgOk bertempat, kat situ Melayu merempat!

    ReplyDelete
  30. PG Hindu anak Omar...

    Tolong betulkan fakta Prof. Kho Kang Kung ni... Mat Indera bukan lahir kat seberang, dia orang msia lahir kat Johor.

    Betul ke... British tak jajah Malaysia/Tanah Melayu!
    Kalau tak dijajah kenape pulak declare kemerdekaan pada 1957... siap turunkan bendera Union Jack dan naikkan bendera Malaysia!?

    Nape plak Tunku dok teriak MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Baik teriak mase Jepun serah diri....

    Kenape plak siap bergolok-bergadai menghadap Queen kononnya menuntut kemerdekaan. Kalo tak dijajah tak perlu la ke England tuntut kemerdekaan.... Tak perlu lah dok teriak merdeka...merdeka...
    Mahathirka?

    Prof Kho Kang Kung aka Kho Koo Kang! Jgn lupa suruh Ass-so-chirit Pro-PISSer Shame-r-yu plak bagi komen kat sini!

    ReplyDelete
  31. Apa yg telah terjadi pada orang Melayu dan Agama Islam hari ini adalah hasil dari pemerentahan 54 tahun PUAKA UMNO dan 500 tahun pemerentahan Bapak PUAKA UMNO iaitu PUAKA BRITISH.Jangan nak salahkan orang lain yg baru 2 tahun lebih memerentah. Kuasa yg ada di tangan kerajaan negeri pun tak sampai 20% aje.SISTEM pendidikan dan Sistem Ajaran Islam PUAKA UMNO ini lah yg melahirkan beribu-ribu anak luar nikah.. Murtad.. Anak bunuh bapak, bunuh mak, rogol, rempit, bohsia, bohjan...DAH BERPULUH tahun perkara ni berlaku bukan setahun dua ini... jangan jadikan 2 tahun lebih pemerentahan PR di Selangor dan Pulau Pinang sebagai Kambing Hitam..Hasil didikan PUAKA UMNO inilah lahirnya mazhab bini tak betudung,perempuan tudung tapi berjambul.. Melayu merempat kat Pulau Piang adalah hasil BERPULUH TAHUN pemerentahan GERAKAN yang menunggang PUAKA UMNO. PUAKA UMNO P Pinang di kuasai oleh kumpulan Mamak dan Mami.. mana Melayu nya..

    ReplyDelete
  32. Komunis dah jadi sejarah.. masih ada lagi penempatan bekas komunis di Selatan Thai. Pemimpin UMNO telah mengikhtiraf Komunis ini. Pemimpin UMNO dah buat perjanjian dengan komunis ini dan kerajaan Thai. Bukan Mat Sabu atau PAS atau PKR atau DAP yg buat perjanjian dengan komunis ini tapi UMNO serta menteri menteri UMNO... Komunis ini telah menjadi sejarah.. UMNO juga akan menjadi sejarah.. sejarah baru akan bermula..

    ReplyDelete
  33. Komunis UMNO "Abdullah Ahmad pernah merengkok di penjara selama lima tahun di bawah ISA (Julai 1976- 22 Julai 1981) di zaman pentadbiran Tun Hussein Onn kerana dipercayai terbabit dengan anasir subversif - komunis. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau ditahan di bawah ISA bersama Kassim Ahmad (7 tahun), Syed Hussein Ali (7 tahun) dan [Abdullah Majid]] (4 tahun) dan Tan Sri Abdul Samad Ismail . Ketika itu terdapat 900 tahanan ISA yang terbabit dengan komunis. Beberapa pemimpin UMNO cuba menyelamatkan beliau dari ditahan di bawah ISA seperti Dr Mahathir Mohamad , Ghafar Baba,Musa Hitam,Abdul Rahman Yaakob dan Syed Nasir Ismail.Pada Februari 1977 sepatutnya Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid mengadakan sesi pengakuan di televisyen berhubung pembabitan mereka dengan komunis.Ramai yang dibebaskan ketika Dr Mahathir Mohamad mula dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada Julai 1981.Selepas dibebaskan dari tahanan politik, beliau menulis artikel dan buku termasuk yang 'menghentam balas' terhadap Ghazali Shafie." Alahai UMNO..Sejarah tidak pernah lupa..

    ReplyDelete
  34. "Kem Mahathir's memenangi kes mahkamah apabila mahkamah mengishtiharkan UMNO haram dibawah akta pertubuhan kerana ada cawangan UMNO yg tidak didaftar.Kes yg dibawa oleh tengku razaleigh adalah tidak sah dan mahkamah juga mengishtiharkan tidak pelu diadakan pemilihan semula. Mahathir dengan seta merta menubuhkan "UMNO (Baru)", memindahkan semua aset UMNO ke parti "UMNO (Baru)".Atas kuasa yg ada Mahathir membuang perkataan BARU pada UMNO.Bila mahkamah rayuan setuju untuk mendengar rayuan kes ini oleh kumpulan Ku Li, kerajaan UMNO (BARU) Mahathir telah menggantung Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan 5 Hakim Mahkamah Persekutuan yg menimbulkan krisis kehakiman 1988. Hakim Mahkamah rayuan yg baru dilantik kemudian menolak kes ini ". UMNO tahun 1946 yg ditubuhkan oleh Onn Jaafar sebenarnya telah menjadi sejarah Malaysia. UMNO yg ada hari ini adalah UMNO (Baru) Mahathir yg ditubuhkan pd tahun 1988. Ini lah jahat dan hebatnya UMNO(baru) memutar sejarah..

    ReplyDelete
  35. Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

    Berita Harian
    2010/12/13
    NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

    Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.
    Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.
    Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

    Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

    Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

    Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
    Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

    Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

    Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

    Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

    “Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

    “Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

    ReplyDelete
  36. komunis tak ada tempat dalam Islam - ideologinya tak bantu langsung Islam, hancurkan masjid-masjid adalah. yang kemaruk sangat dengan komunis ni apahalnya?? Ada ape-apeke??

    ReplyDelete
  37. padanlah beriya-iya nak bawa chin peng masuk tapi tak lepas. sekarang dok kata komunis pejuang kemerdekaan. Boleh lepaskah?????

    ReplyDelete
  38. Nape la masih BeNgap dan BaNgang lagi puak2 UMNgOk Be-eNd ni...

    Yg dikatakan pejuang kemerdekaan ni... yg menentang penjajahan British, Mat Indera antaranya. Bukannya menyokong komunis dan fahaman komunis sebagai pejuang keMERDEKAan!

    Nape la melantun2 BiNgai dan BoNgok nye korang ni...
    Patut pun... spesis UMNgOk ropenye!

    ReplyDelete
  39. Macamanapun, alhamdullillah komunis-komunis itu sudah dapat kita perambat keluar dari negara kita. Kalau masuk lagi, kita belasah mereka habis-habi termasuk yang sewaktu dengan dia. Komunis ni nak menjajah tanah melayu dengan ideologi komunis, apakah itu dikatakan merdeka???

    ReplyDelete

PETA PELAYAR