FOLLOWERS

Tuesday 6 September 2011

SIAPA MAT INDERA , KAWAN MAT SABU DAN PAS TU !!!!!!!!!!



Dipetik dari : Blog Penghuni Gua .



Anonymous said...
SIAPA MAT INDERA?

Sebelum kita sibuk mempertikaikan adakah Mat Indera pejuang kemerdekaan atau tidak, rasa eloklah kita kenal siapa Mat Indera sebenarnya. Kita jangan jadi seperti Mat Sabu yang berkokok keliling kampung tentang Mat Indera tetapi tidak mengenali siapa Mat Indera.

Nama sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat, Johor. Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Ibunya Maimunah bt Daud berasal dari Batu Pahat. Selain itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar. Beliau mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat, Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.

Selepas British mengambil alih semula Malaya daripada Jepun, Mat Indera telah menubuhkan Malay Nationalist Party (MNP) pada tahun 1947 di Muar dan turut menjadi setiausaha Muar Malay Harbour Board Labour Union. Memandangkan modus operandi PKM merekrut kader-kader baru komunis melalui kesatuan sekerja, Mat Indera turut dijadikan sasaran apabila beliau mula direkrut oleh G.H Jasman, wakil Seksyen Melayu PKM bermula pada bulan Januari 1948 yang sering melawatnya dan berusaha mendoktrin Mat Indera dengan ideologi perjuangan komunis sehingga mendapat simpati Mat Indera.

G.H Jasman turut memberikan beberapa buah buku berkenaan komunis kepada Mat Indera yang antaranya bertajuk What is MCP yang ditulis oleh Komrad Wright@Lai Tek sendiri. dan buku bertajuk Dialectic Materialism. Walaupun teori tentang komunis yang cuba diketengahkan oleh buku-buku tersebut jelas bertentangan dengan Islam, G.H Jasman akhirnya dapat mempengaruhi dan memujuk Mat Indera menerima perjuangan komunis dan menyertai PKM dengan alasan komunisme berbeza dengan agama dan Mat Indera turut dibenarkan mengamalkan Islam selagi tidak menjejaskan aktiviti komunis. Mat Indera akhirnya menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM dan terus menjalankan aktiviti komunis dalam usaha meresapi dan menyusup dalam masyarakat orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat melalui surau dan masjid. Latar belakang sebagais eorang guru agama Mat Indera telah dieksploitasi komunis dalam usaha merekrut orang Melayu menyertai komunis dan memberi sokongan kepada perjuangan komunis yang telah banyak menzalimi orang Melayu terutama di era Bintang Tiga hingga mewujudkan kebangkitan orang Melayu melalui Perjuangan Pahlawan Parang Panjang. Akibat keganasan dan kezaliman komunis semasa Bintang Tiga terhadap orang-orang Melayu, PKM@Bintang Tiga telah dicop sebagai musuh utama orang Melayu pada waktu itu.

Mat Indera turut terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama menjadi orang tengah meminta polis menyerah diri kepada komunis. Pada 14 Oktober 1952 Mat Indera telah ditangkap oleh orang-orang kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Mat Indera telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 18 November 1952 kerana memiliki senjata api secara haram. Rayuan Mat Indera supaya hukumannya diringankan ditolak pada 2 Disember 1950 dan hukuman gantung terhadapnya telah dijalankan pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya telah dikebumikan di Kg. Jambu Air, Taiping. Untuk makluman juga, Mat Indera pernah dipenjarakan selama 2 bulan pada tahun 1946 kerana menjual beras secara haram.

PG, MINTA DILANJUTKAN KEPADA BEBUDAK SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA TU .... BIAR DIA TAHU SIAPA ORANG YANG BERIIA-RIA SANGAT MEREKA PERTAHANKAN!


5 September 2011 18:00

..........................................Anonymous said...
.....................................................................SAMBUNGAN ....

Pada masa pendudukan tentera Jepun, kedudukan PKM menjadi lebih kuat kerana permuafakatan mereka dengan pihak British untuk menentang Jepun. Ahli-ahli PKM berpeluang mendapat latihan dan kemahiran dari segi ketenteraan daripada pihak British. British menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura di bawah Kolonel Spencer Chapman untuk melatih beberapa pegawai dan anggota PKM bagi menjalankan kerja-kerja sabotaj dan penentangan terhadap tentera Jepun. PKM telah menghantar empat kumpulan mengandungi 165 orang anggota dengan setiap kumpulan menjadi teras kepada pasukan gerila di Selangor, Negeri Sembilan, Johor Utara dan Johor Selatan.

PKM mula mengatur strategi dengan menubuhkan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA). Dari empat kumpulan yang asal, tentera tersebut berkembang menjadi lapan unit dengan tiap-tiap satunya menjalankan gerakan di setiap negeri. Setiap unit ini berhubung dengan Jawatankuasa Tentera Pusat PKM. Orang-orang Cina pula sentiasa bersedia memberikan sokongan tenaga manusia, wang ringgit, makanan, bekalan dan maklumat kepada MPAJA kerana bencikan layanan kasar askar-askar Jepun.

SEAC (Southeast Asia Command) yang menubuhkan Force 136 juga telah bersetuju membekalkan alat-alat senjata, wang, bekalan dan pegawai-pegawai untuk melatih orang-orang PKM menggunakan senajata-senjata baru. Sebagai balasannya, MPAJA setuju memberikan kerjasama menentang Jepun. Pada Julai 1945, sebanyak 3,500 senjata kecil, peluru dan 500 pegawai dan anggota diberikan kepada MPAJA. Latihan juga dimulakan dengan bersungguh-sungguh tetapi gerakan tidak pernah dijalankan. Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1945. Apa tujuan MPAJA? Hendak lawan Jepun atau hendak perintah Malaya secara sendiri?

Dalam tempoh dua minggu di antara masa Jepun menyerah kalah dan pihak Tentera Berikat mendarat untuk menduduki semula Tanah Melayu, Bintang Tiga /MPAJA mengambil kesempatan keluar dari hutan dan merampas senjata-senjata Jepun dan Tentera Kebangsaan India. Mereka menguasai Tanah Melayu seolah-olah rejim komunis telah berkuasa sepenuhnya. Mereka menubuhkan 'Mahkamah Rakyat' dan menjatuhkan hukuman bunuh sewenang-wenangnya. Pentadbiran Tentera British (BMA) yang ditubuhkan pada 12 Disember 1945 terpaksa bertindak segera menghentikan aktiviti MPAJA dan memaksa pasukan tentera tersebut dibubarkan. Komunis membunuh dengan sewenang-wenangnya seperti apa yang berlaku di Kemboja.

Namun begitu, semasa pemerintahan BMA, PKM tidak diharamkan. Kedudukannya yang agak bebas berbanding masa sebelum perang, menggalakkan PKM bergerak secara terbuka sebagai sebuah parti politik. Di antara tahun 1946 hingga awal 1948, PKM cuba memperkukuhkan kedudukannya dari segi politik meskipun masih memberi perhatian utama kepada pergerakan buruh.

PKM cuba mempergunakan parti-parti radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union, Malayan Indian Congress (MIC), Hizbul Muslimin dan Saberkas (Kedah). PKM juga memainkan peranan penting dalam perjuangan PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat – All Malaya Council of Joint Action) untuk mengagalkan gagasan politik yang diperjuangkan oleh Raja-raja Melayu-UMNO-British. Kini ada parti yang menyokong sama tindakan radikal komunis. Apa yang berlaku dahulu berulang kembali antara DAP dan PAS.

Fakta ini membuktikan bahawa komunis telah berpakat dengan pertubuhan radikal Melayu untuk melawan Raja-Raja Melayu pada waktu itu. Ini kerana perjuangan komunis adalah perjuangan yang tidak mempercayai Tuhan dan mahu menghapuskan sistem beraja untuk wujudkan Republik Malaysia. Apakah ini yang dimahukan oleh orang-orang Melayu? Pengampunan telah diberikan kepada sebahagian besar anggota komunis pada 9 September 1955. Selepas 54 tahun merdeka, hari ini ada lagi komunis yang disanjung oleh orang Melayu sendiri yang lupa sejarah. Mereka lupa siapa komunis yang membunuh datuk nenek moyang mereka.

Posted by Azrinizam Ibrahim

Penghuni Gua
: Semuga semuanya faham. Inilah yang sebenarnya. Komunis tetap komunis dalam apa cara sekali pun. Mereka dah minum ramai darah pejuang kita . Kirim salam pada Mat Sabu dan PAS. Mungkin Mat Indera akan masuk syurga kot kalau ikut fatwa PAS. Mungkin sehari 2 lagi keluar lah fatwa tu kot !!!!!

12 comments:

  1. sebelum ini beriya-iya nak bawa chin peng masuk tapi tak lepas - kononnya dia rakyat Malaysia tapi prof khoo Kay Khim sangkal dakwaannya chin peng rakyat Malaysia kerana chin peng tak mohonpun kerakyatan. Mahkamah pun tak yakin dengan dakwaannya. Padan muka.

    Sekarang dok pusing kata komunis pejuang kemerdekaan supaya komunis dan chin peng boleh dapat rakyat Malaysia. Boleh lepaskah?????

    Ialah komunis dah hancur dan takde negara baik diChina atau diRussia. Ada hati nak jadikan Malaysialah ni sebagai negara komunis - ini jenis tak seriklah dah kena tibai dulu sampai lari ke Thai - kiranya nak balik kampung kerana dah bosan dudok Thai kot - Nak kena penyapu!!

    ReplyDelete
  2. Nape la masih BeNgap dan BaNgang lagi puak2 UMNgOk Be-eNd ni...

    Yg dikatakan pejuang kemerdekaan ni... yg menentang penjajahan British, Mat Indera antaranya. Bukannya menyokong komunis dan fahaman komunis sebagai pejuang keMERDEKAan!

    Nape la melantun2 BiNgai dan BoNgok nye korang ni...
    Patut pun... spesis UMNgOk ropenye!

    ReplyDelete
  3. komunis yang nak ambil kuasa Raja-Raja Melayu terhadap Tanah Melayu dikatakan pejuang kemerdekaan? Betul-betul lawak anatarabangsa Langsi Said. Sekiranya Komunis itu berjaya, habislah Islam dan Melayu. Komunis-komunis itu, kenapalah nak disayangkan sangat. Di Indonesiapun mereka tidak dapat sambutan termasuk negara tempat kelahiran ideologi komunis. Kita dah perambat dah komunis-komunis itu sampai mereka lari ke Thailand. Nak masuk lagi keMalaysia, memang nak kena titik.

    ReplyDelete
  4. Puak2 PAS-PR mesti terduduk kalo baca artikel ni!

    Perancang penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer pernah menyatakan di dalam bukunya 'Modern Egypt':"Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun"


    Saya tak ada cerita baru. Ulang cerita lama ja. Bukan cerita, tapi fakta. Fakta yang dah jadi lebih established dari established itu ialah; 10 perkara Umno cakap, 12 tak boleh percaya. Memang betul fakta itu bukan news. Bukan berita baru. Tapi, oleh kerana masih ramai lagi yang tak sedar benda tu walaupun dalam zaman informasi dan komunikasi di hujung jari ni, kita kena ratib benda tu tiap-tiap hari - 10 perkara Umno cakap, 12 tak boleh percaya.

    Dalam kes Mat Indera pun, nampak sangat semakin established bahawa 10 perkara Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya. Baca sendirilah berita di bawah. Cukup takat tu dulu. Mudah-mudahan ada seorang dua yang mula reti bahawa bahawa 10 perkara Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya.

    Saya juga berharap tidak ada yang menafikan bahawa pengganas komunis jahat dan bahaya. Tapi pada masa yang sama, jangan pula dinafikan bahawa alat perkakas British yang minum arak, main judi dan kacau anak dara kampung orang juga jahat dan bahaya (tak kiralah sama ada alat British tu sedar atau tidak atau semata-mata nak kerja kerana tak ada kerja atau kerana nak glamour makan gaji dengan Orang Putih jadi pegawai British dan sebagainya).

    Saya juga nak semua orang tahu bahawa pemimpin-pemimpin awal Umno terdiri dari pegawai-pegawai British. Datuk Onn Jaafar pernah jadi pegawai British, Tunku Abdul Rahman pernah jadi pegawai British, Tun Abdul Razak Hussein pernah jadi pegawai British. Memang sukar dinafikian apa yang Lee Kuan Yew pernah kata bahawa British mengambil keputusan untuk melepaskan Malaya dari cengkamannya sebab tak tahan sangat dah dengan ancaman komunis. Tapi British lepaskan kepada siapa? Bacalah sendiri apa Cromer tulis seperti yang saya petik di atas.

    Memang, ketika mereka mengganas dan jahat mengalahkan iblis dan syaitan, puak komunis di negara ini sama bahaya dengan Umno yang menjarah negara ini sejak sebelum merdeka lagi ketika menjadi pak yet Orang Putih. Memang, zaman tu komunis sama bahaya macam Umno.

    Tetapi, apabila komunis negara ini tidak lagi mengganas dan meletak senjata, darjat kejahatannya tidak sama lagi dengan Umno. Hari ini, komunis dah kalah teruk di tangan Umno dari segi kemerbahayaannya. Hari ini, Umno yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata parti perasuah jauh lebih bahaya dari komunis.

    Teringat pula kata orang bahawa komunis bangsa Melayu bila nak kahwin dengan komunis bangsa Cina, depa tak murtad. Komunis bangsa Cina tu memeluk agama Islam dulu sebelum kahwin dengan komunis bangsa Melayu tu. Contohnya perkahwinan Abdullah CD dan Suriani Abdullah. Tetapi, di bawah pemerintahan Umno, bersepah-sepah yang murtad. Walaupun ada kawan-kawan yang berfahaman komunis, saya tak akan bermuka-muka dan tetap menyatakan bahawa komunis bahaya. Tetapi, Umno lebih bahaya dari komunis!

    Terduduk mengenangkan nasib puak2 UMNgOk meratapi kebenaran FAKTA, menyesal tak sudah...

    Terduduk...melayan puak2 UMNgOk isi borang masuk PAS

    ReplyDelete
  5. Tapi awat buku keluaran Yayasan Warisan Johor (YWJ) kata Mat Indera tu salah sorang pejuang kemerdekaan sebenarnya? Awat cerita hangpa sikit sangat tak sedetail cerita dalam buku YWJ tu? Bapak Muhyiddin mengajar agama pd Mat Indera awat jadi lagu tu?

    ReplyDelete
  6. Kalau komunis yang menyerang Bukit Kepong itu pejuang kemerdekaan. Bapa pejuang kemerdekaan itu Chin Penglah? macam nak pecah perut aku ketawa badut-badut ini ibarat nak menegakkan benang basah.

    Orang-orang melayu sendiripun dah tolak komunis ini sebagai penyangak kemerdekaan. Sebab apa orang-orang Melayu tak suka komunis? Adakah kerana komunis-komunis itu baik, adil, pejuang untuk Islam dan penyokong Raja-Raja melayu dan adat istiadat orang-orang Melayu????

    ReplyDelete
  7. mat indera mula mula tentang penjajahan inggeris melalui Patri Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) maka ia dianggap pejuang...tetapi selepas 1948 ia masuk hutan dan menyertai gerila Komunis..maka dia dianggap Petualang..

    pejuang dan petualang...

    mat SABU-TOH...merujuk kepada Buku pengukir nama Johor iaitu hasil nukilan Ismail Adam berkaitan dgn mat indera...Mat SABU-TOH ni, ahli politik...biasa lah ahli politik...dia bukan ahli sejarah...apa yg dia tau sgt...dia baca 10 halaman dari buku itu berkaitan mat indera...dia sudah diclare mat indera seorang pejuang yg mewakili KOMINIS ni menyerang bukit Kepong...biasalah mat sabu-toh...bini orang pun dia #@%*#&...Org mcm ni kita nak layan ke...Boleh jalan le,,,DENGAR KATA PI KAT WARIS MANGSA BUKIT KEPONG NAK MINTA MAAF...apasal pulak nak minta maaf...takut undi hilang...hahahahahahha MAT SABU-TOH...MAT SABU-TOH...mcm mcm la dia ni...

    KALAU NAK BERPOLITIK TU...POLITIK LAH...TAK SALAH...CAKAP SIANG PANDANG PANDANG...CAKAP MALAM DENGAR DENGAR...

    kalau kail panjang sejengkal ...jgn diduga laut dalam...

    BERKERAT ROTAN BERPATAH ARANG....ALANG ALANG MENYELUP PEKASAM ..BIAR SAMPAI KEPANGKAL LENGAN...KU GENGGAM BARA SAMPAI JADI ABU...

    KEPADA SEMUA RAKYAT JOHOR YANG DIHORMATI...KHUSUSNYA KEPADA ORANG ISLAM DAN MELAYU YANG SAYANGKAN UGAMA DAN BANGSA NYA...

    MARILAH KITA MENOLAK PARTI PAS DAN PASTIKAN PARTI INI DI BUNGKUSKAN PADA PRU 13...AMIN

    ReplyDelete
  8. cukuplah sekali komunis cuba (tapi gagal) ambil Tanah Melayu. Janganlah kita agungkan komunis ini sebab falsafahnya sememangnya tidak menguntungkan Islam dan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan negara Malaysia kita yang tercinta ini. Kepada waris-waris Polis yang mempertahankan wilayah/ daerah itu ketika itu, kami bersama atuk, moyang kamu akan menentang komunis atau apa-apapun usaha nak angkat mereka sebagai pejuang kemerdekaan. Polis-polis yang terkorban itulah wira dan pejuang kemerdekaan dan bukti kekentalan pejuang dan jati diri orang-orang Melayu sama seperti almarhum leftenan Adnan yang terkorban mempertahankan Bukit Chandu di Singapura dari serangan Jepun. Marah sangat Jepun pada almarhum kerena dia dan anak buahnya telah dapat membunuhnya ramai askar jepun walaupun akhirnya semua kecuali satu yang hidup setelah pura-pura mati yang menceritakan bahawa Jepun masukkan almarhum dalam guni dan gantungkan dan tikam dengan bayonet. Anehnya dia tak keluarkan suara pun. Kalau ada 10 orang macam ini pun cukup seperti Hang tuah kata Takkan Melayu hilang didunia. Alhamdullillah, Jepun sudahpun iktiraf keperwiraan almarhum leftenan Adnan. Komunis mahukah iktiraf keperwiraan polis-polis yang terkorban mempertahankan Bukit Kepong??? jangannak kata alfatihah!!

    ReplyDelete
  9. anon 8.42

    ITU KAU KATA UMNO LEBIH BAHAYA DARI KOMUNIS...INI PULAK AKU NAK KATA...TAK PAYAH LAH AKU HUJAH PANJANG PANJANG...PAS LAH YG LEBIH BAHAYA DARI KOMUNIS...LEBIH BAHAYA DARI UMNO DAN LEBIH BAHAYA DARI SETAN.....

    ReplyDelete
  10. wah !
    bahayanya PAS?
    apa yg bahaya?
    cam na ngan UMNO?
    xbahaya?

    ReplyDelete
  11. UMNO ke PAS ke PKR ke tunggu aja PRU 13 siapa lebih bahaya. Yang pasti Melayu lebih bahaya sebab kebodohan dan ketololannya...kah kah kah
    Hidup DAP

    ReplyDelete
  12. UMNO KAPLA BENGONG14 September 2011 at 11:20

    Tu la makin lama makin bengong. Zainal Kling yang kununnya Profesor Negara, dengan sekor Hanip Omar, bekas Ketua Pengganas Negara, bagitau dalam forum yang Tanah Melayu tak dijajah British?!!!!! Kalau tak dijajah buat pa sambut medeka!!! BengongX3.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR