FOLLOWERS

Sunday 4 September 2011

UNTUK MAT SABU DAN GENGNYA YANG MASIH BUTA !!!!!

Yang yang Mat Sabu dan PAS amat sayangi









Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay KimKENYATAAN kontroversi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengenai kes serangan komunis di Bukit Kepong pantas mengundang kritikan dan kecaman majoriti. Gerombolan komunis diangkat sebagai pejuang sebenar, bukan anggota polis dan ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam insiden 23 Februari 1950 itu. Wartawan Berita Minggu, SYUHADA CHOO ABDULLAH mendapatkan pemerhati politik dan tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim untuk mengupas polemik berkenaan

APA pendapat Tan Sri mengenai kenyataan kontroversi Mat Sabu dan boleh Tan Sri huraikan berdasarkan hakikat sejarah, apa matlamat sebenar komunis, muslihat serta tindakan untuk mencapai matlamat mereka.

Berdasarkan dakwaan itu, saya pasti Mat Sabu tidak faham apakah perjuangan komunis. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan atas arahan Komunis Antarabangsa (Soviet Union). Apa yang diharapkan oleh Komunis Antarabangsa? Berdasarkan sejarah, pihak komunis waktu itu berpecah dua. Satu terikat kepada Parti Komunis China dan satu kepada Komunis Antarabangsa. Komunis Antarabangsa mahu mewujudkan Orde Komunis Dunia, maka seluruh dunia harus menerima ideologi komunis. Komunis Antarabangsa juga berpegang kepada slogan ‘Workers of the World Unite’ mahu dunia diperintah oleh pekerja. Bagi Komunis Antarabangsa, yang dimaksudkan pekerja ialah golongan marhain, iaitu pada dasarnya pekerja dalam industri, tidak termasuk petani. Waktu itu di negara ini, istilah marhain belum digunakan.

Mat Sabu juga mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka pegawai British.

Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan, iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja. Kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja setiap kerajaan. Pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada Raja. Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai ‘Tanah Jajahan Mahkota British.’ Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai ‘High Commissioner’ (Pesuruhjaya Tinggi). Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government”.

Dalam undang-undang memang ada dua keadaan, satu ‘de jure’ (selaras dengan undang-undang) dan satu lagi ‘de facto’ (apa sebenarnya berlaku atau boleh juga dikatakan melanggar undang-undang). Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu, iaitu Raja masih ada banyak autonomi. Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden UMNO yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu (iaitu mereka yang dianggap ‘rakyat Raja’). Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga UMNO untuk menentukan sistem lebih sesuai.

Akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan. Pihak British sejak 1943 sudah membuat keputusan menubuhkan Tanah Melayu sebagai negara bangsa, tetapi butirannya belum jelas. Selanjutnya British cuba mencari sistem paling sesuai kerana ada ramai bukan Melayu yang sudah lama tinggal di Tanah Melayu, mula menganggap Tanah Melayu negara mereka. Sejak 1949 apabila Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan, British cuba mencari jalan menyatupadukan penduduk Tanah Melayu, tapi penduduk negara ini lebih suka duduk secara berasingan. British tidak mengamalkan dasar ‘pecah perintah’. Apabila Datuk Onn berundur daripada UMNO, British tidak lagi menganggap beliau wakil orang Melayu. Tunku mengambil tempat Datuk Onn, kemudian Tunku dan Parti Perikatan dianggap wakil rakyat Tanah Melayu kerana menang (51-1 undi) pada pilihan raya persekutuan 1955.

Bagaimana pula dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilaporkan sebuah portal berita online (www.malaysiakini.com.my) bahawa sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu peristiwa adalah berlainan dari satu era ke satu era.

Dalam sejarah, yang terpenting ialah menentukan apakah hakikatnya. Siapa wira siapa pengkhianat kadang-kadang susah ditentukan kerana banyak bergantung kepada siapa yang menulis sejarah. Bagi ahli sejarah profesional, yang penting ialah menjawab soalan ‘apa sudah terjadi?’ Ini hanya dapat dijawab kalau dia dapat maklumat yang boleh dipertanggungjawabkan. Dalam kes Mat Indera, yang penting ialah apakah niat komunis? Kalau British dianggap penjajah, selepas British diusir apa akan terjadi kepada Tanah Melayu? Apakah perjuangan Komunis Antarabangsa? Mat Sabu perlu menjawab soalan-soalan seperti yang saya sebutkan. Bukan semua tulisan sejarah diputarbelitkan. Mereka yang menulis berasaskan penyelidikan dan sesudah mendapat latihan akademik biasanya tidak berbuat demikian. Mereka yang terpengaruh oleh ideologi, sudah tentu tidak dapat menulis dengan tidak berat sebelah kerana bagi mereka, hanya ideologi mereka yang dapat dianggap betul. Maka apabila ada tulisan sejarah, pembaca harus juga mengetahui latar belakang ahli sejarah untuk menentukan dia memang seorang yang tidak berat sebelah.

Semakin ramai pemimpin dan penyokong pembangkang mendesak tafsiran baru dibuat terhadap sejarah negara. Adakah Tan Sri melihat timbul sebarang keperluan untuk menilai, menyusun dan menulis semula sejarah.

Ramai yang minta supaya sejarah Malaysia ditulis kembali pun sebenarnya kurang faham mengenai sejarah Malaysia kerana mereka kurang membuat penyelidikan. Kritikan saya sendiri mengenai buku Sejarah sekolah yang ada sekarang ialah konsep sejarah hanya tertumpu kepada politik, padahal sejarah meliputi segala yang pernah wujud atau berlaku sebelum sekarang. Misalnya dalam sejarah Malaysia di sekolah, perkara seperti ketibaan percetakan, ketibaan teknologi, pembinaan infrastruktur, proses pembandaran, hubungan dengan negara luar, kegawatan ekonomi dan langkah diambil untuk mengatasinya dan sebagainya tidak dibincangkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga memaklumkan beliau difahamkan kini ada anasir mengajar kanak-kanak di sekolah bahawa Allahyarham Tunku Abdul Rahman ialah pengkhianat bangsa. Bagaimana Tan Sri melihat perkara ini, terutama dari segi kesan atau risiko jangka panjang sekiranya perkara itu tidak dibendung.

Saya tidak pernah membaca buku sekolah yang mengatakan Tunku adalah pengkhianat bangsa. Kalau ada, bagaimanakah kenyataan itu dapat dipertanggungjawabkan? Sejarah yang berasaskan fakta memang dapat disampaikan kalau dikehendaki oleh rakyat yang sepatutnya memahami bahawa mulai 31 Ogos 1957, Raja sudah pindahkan kedaulatan (sovereignity) kepada rakyat. Kini Malaysia (dulu Tanah Melayu) memang mengamalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi ialah ‘government of the people, by the people, for the people’. Pihak pemerintah mesti sentiasa patuh kepada rakyat.

Apa penilaian dan perasaan Tan Sri sebagai ilmuwan dan sejarawan terhadap tindakan pemimpin pembangkang mengheret fakta sejarah dalam permainan atau provokasi politik sehingga boleh mengelirukan generasi muda. Apa tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba memesongkan pemahaman dan penghayatan rakyat terhadap sejarah.

Dalam politik, bukan saja di negara ini, memang selalu ada ahli politik yang cuba mendapat sokongan pengundi dengan jalan yang berbagai-bagai. Kalau pengundi kurang berpengetahuan, mereka akan berjaya. Hanya ada satu cara untuk menjamin agar ini tidak berlaku. Golongan muda mesti diberi pendidikan yang boleh menjamin mereka dapat menerima sesuatu dengan sikap kritis. Nasihat saya kepada rakyat, setiap kali ada orang membuat kenyataan mengenai sejarah, tanya dia dari mana dia dapat maklumat.

Penghuni Gua
: Semuga Mat Sabu dan gengnya baca pandangan Khoo Kay Kim ini. Kalau masih buta juga , tak tahu nak cakap apalah......... Biarkan dengan kebutaannya.

33 comments:

  1. I am very frustrated with things that I've read in local newspaper. On contrary to most Malaysian's beliefs, Malaysia's 54 years of independence is actually a very short period of time compared to the 446 years of living under the colonial rule of Portugese, Dutch, Japan and British. How naive we are to think that we have endured too much freedom in this country for too long that we can ignorantly say anything reckless and irresponsible about our past. A past that we are very fortunate enough not being born or raised in.

    How would we justify the loss of more than 4000 souls lost during the bloody Malayan Emergency who fought hard to ensure that this country shall not fall to anti-God communist faction? How shall we justify the lost 23 Muslim men, women and children of Bukit Kepong burned by the Communist Terrorist to the glorification of this one man, Mat Indera whose ideology betray his faith to God and his fellow Muslim?

    Does the loss soul of 155 fellow Muslim during the second insurgency seems small and cheap to our eyes that their ultimate sacrifice to God, Islam and this country seems insignificant thus can be ridiculed? How sad to think that Malaysian would fall into such thinking. What would happened to this country if some of us remains ignorant, irresponsible and self centered? Is this the new Malaysia we are striving towards to?

    Sukarno may say what ever he wants about our indepence through his Indonesian independence struggle perspective. Regardless of whether our indepence was half cook or whatever. It is true that only a handful people died during Malaysia's struggle towards independence when compared to Indonesia's 100,000 loss soul during the National Revolution. Having said that however, a quote made by Malaysia's first Prime Minister best describes the Malaysians in our own perspective.

    "Our policy shall concentrates food over bullets, resident but not barracks and clothing but not uniform."

    ReplyDelete
  2. SUDAH2 LA TU UMNO...KOMUNIS DAH LENYAP DAH KAT MESIA...TAK UJUD LAGI DAH..APA HERAN AKU PASAL KOMUNIS? TAK LOGIK LANGSUNG BICARA PASAL KOMUNIS SEBAB DAH 54 TAHUN MERDEKA..

    CUMA SKANG NI PENJAJAH BARU SEBENAR ADALAH UMNO SENDIRI YG MENAJAJH MINDA RAKYAT SELAAM MERDEKA...

    UMNO SEOLAH2 MENDAPAT TONIK ISU MOMUNIS NI..DIA SPIN GILA2 PUNYA...DEMI UNTUK MENUTUP RAPAT2 PENIPUAN SPR, DAFTAR PEMILIH YG TUNGGANG LANGGANG, BERSIH, EKONOMI, INFLASI, HARGA BARANG, KESUSAHAN RAKYAT MENGAHDAPI EKONOMI, POPULARITI PM ROSMAH, LALU DIA MAINKAN ISU KOMUNIS YG RATA2 RAKYAT TAK MAU NAK AMBIL PUSING PUN...

    ISU KOMUNIS NI BOLEH SETLE KER HARGA BARANG NAIK, KECUKUPAN KEWANGAN RAKYAT, INFLASI DLL...?

    ....

    APA2 BISING2 PASAL KOMUNIS? KALU UMNO RASA MAT SABU BENAR2 TERBUKTI BERSALAH, TANGKAP JER LA..BARU GENTLEMENT, BUKAN TAKAT CAKAP JER DEGAR2 TAPI PENGECUT...

    BILA MAT SABU JAWAB ISU INI, SEMUA PUAS HATI...SEMUA JELAS DAN CLEAR, TAK ADA PUN DIA MENGAGUNNGKAN KOMUNIS..UMNO JER CEPAT MELATAH MACAM ORG TUA NYAYOK...BUKAN MCM UMNO SPIN GILA BABI ISU INI...

    DAH 54 TAHUN MERDEKA TAPI UMNO MASIH MENJAJAH MINDA KITA...MEREKA PASUNG MINDA RAKYAT BERABAD2 LAMANYA..

    ReplyDelete
  3. nak suruh sapa tangkap???menteri kdn??? kui..kui...kui..

    ReplyDelete
  4. umno jadi penjajah tak apa...ini menunjukkan melayu umno dah advance dah setaraf dengan bangsa lain di atas muka bumi ini yang menjajah melayu...yang membimbangkan ialah, takut pas dan pkr jadi penjajah, kerana pas dan pkr telah dijajah oleh ejen asing dan minda melayu pas/pkr di jajah oleh kaum cina serta india menyebabkan minda melayu pas/pkr bercelaru macam orang tidak siuman

    ReplyDelete
  5. Anon 17:11,

    Sokongan terhadap PAS nampaknya sudah menurun di kalangan masyarakat Melayu sejak timbulnya isu komunis ini oleh Mat Sabu.

    Terimalah kenyataan bahawa apa yang dimulai oleh Timbalan Presiden PAS sendiri yang melemahkan sokongan Melayu terhadap parti yang lebih suka merendah-rendah bangsanya sendiri.

    Dan rasanya impak yang sama turut berlaku kepada kaum Cina dan India kerana mereka juga sudah jelak dengan komunis yang banyak menindas mereka dahulu.

    Tahniah Anon kerana sudah menggali lubang kubur kamu sendiri.

    ReplyDelete
  6. Kesian budak pencacai PAS nih ... tak habis-habis dengan Rosmah. kau takut sangat dengan Makcik Rosmah ni ke, dik?

    UMNO nak spin macam-macam hal? Bukan ke Mat Sabu yang kaki spin, dik?

    Dah dekat sebulan ni, PAS macam takut-takut nak cerita soal MURTAD. Pasal kafirkan UMNO, bukan main lagi. Tapi bila DAP pertahankan tindakan DUMC, PAS jadi kecut perut.

    Takut dengan DAP ekk? Hihihihi ....

    ReplyDelete
  7. Aku tak peduli la isu pasal Mat Sabu nih, pejuang untuk MERDEKA tetap pemimpin-pemimpin UMNO.

    Kalau PAS ada fakta lain yang boleh dibincangkan, sila la ke depan. Jangan sampai sudah, haram satu haram dokumen pun yang PAS kemukakan. Baik aku ingatkan, PAS dulu sibuk dengan berkotak-kotak dokumen yang dilarikan, KONON NAK KEMUKAKAN PADA SEMUA. Dah berbelas tahun, satu dokumen pun TAK ADA!

    DASAR PENIPU!

    ReplyDelete
  8. Bro Anon 17:17,

    nak tau siapa yang nak tangkap Mat Sabu? Bukan Menteri KDN tu, bro .. dia tu cuma tahu beri warning aje ...

    RASA AKU LA .... KANANG ANAK LANGKAU YANG AKAN KERJAKAN MAT SABU NIH ...

    ReplyDelete
  9. DARI WIKIPEDIA PAS :

    "However, the first Islamist party in Malaya (Hizbul Muslimin) was not destined to last long, as they were banned by the British authorities anxious to retain control of the territories, alleging that Hizbul Muslimin have ties with the Communist Party of Malaya."

    Ehmmm .... rupanya sejak dari dulu lagi, PAS ni dah bertali barut dengan orang-orang komunis yang tiada agama ini.

    Tidak hairanlah, kepimpinan PAS hari ini begitu sayangkan Parti Komunis Malaya ini. Sampai sanggup menaikkan darjat "kekasih hati" jadi pejuang kemerdekaan.

    Lawak ... memang lawak!

    ReplyDelete
  10. KOMUNIS KAT MESIA NI HASIL DARAH DAGING DARI PERJUANGAN KOMUNIS YG TAK MENGAKU TUHAN TU WUJUD. MELAYU2 YG IKUT IDEOLOGI KOMUNIS TU MUNGKIN DAH MURTAD. TAPI BILA KOMUNIS KAT MALAYA DAH HANCOR BARU DIORANG NAK SUJUD MINTAK AMPUN DAN BARU NAK BERIMAN. SEBELUM TU TAK PIKIR PUN PASAL IMAN. TAU ASIK NAK MEMBUNUH JEK! HARKKK PTUIHHH!

    ReplyDelete
  11. kah kah kah!
    menyalaklah utusex,
    komunis tak percayakan Tuhan,
    PAS dirasuk candu Komunis,
    Mat Sabu penyokong tegar Komunis,
    salakan anjing pencacai disahut,
    bagai runtuh pantai barat semenanjung,
    terhakis sudah tebing pantai timur,
    namun langgit tidak menyambutnya,
    bumi tidak menerimanya,
    angin tidak membodohkan diri,
    sungai sudah tahu tipu dayanya,
    si UMNO akan ditelanjang lagi,
    gila! bengong! bangang!

    Sejarah rakyat riwayat suci,
    cerita indah turun temurun,
    namun sudah punah rosak binasa,
    angkara hodoh si barua,
    gila! bengong! bangang!

    ingin menyuci menjernih diri,
    UMNO lahir dari mani British,
    diiqamah British penjajah laknat,
    nama diberi dengan serasi,
    disusu UMNO bapanya British,
    berkiblat dada ke arah barat,
    reda suka kepada Queen,
    menuduh pejuang komunis laknat,
    pengkhianat pemecah umat,
    senjata tajam kini sudah berkarat.
    gila! bengong! bangang!

    ReplyDelete
  12. UMNO Komunis!!
    PAS Yahudi!!
    Sama padan tak??
    Anggota Keselamatan dan warganya ingat jangan sekali-kali beri undi kepada PAS dan PR.
    Jasa anda ditahap tapak kaki dia orang aja.

    ReplyDelete
  13. betul tu anon 2106

    baghal mereka ini. jika tak kerana poli bukit kepoing tu, mat abu ni jadi gelandangan aje pun dah kira baik. tidak jadi tukang bauh berak cina komuni aje

    ReplyDelete
  14. jahatnya PAS nih ek?
    org2 UMNO jahat gak ka?
    najib n rosmah baik kah?
    pelik dpt 1 link rosmah baca quran xtutup auratnya ngan sempurana...xdak ka ulamak2 umno nk bising2?
    tuan punya blog xmau bising?ka xmau amek tau pasal hal dosa pahala bini PM nih?dosa pahala PAS mau amek tau lak noh,perihatin sguh :) sayangkan PAS lebih dr UMNO npknya tuan blog yea?

    ReplyDelete
  15. Sejarah kadangkala melalui interpretasi semula, tapi hanya oleh kumpulan pakar-pakar (bukan seorang) dan itupun hanya jika terjumpa bahan bukti baru. Mat Sabu ini bukan re-interpretasi tapi manipulasi, dan untuk politik - memanjakan diri kepada DAP.

    Komunis dulu tu sikit-sebanyak mungkin ada kait 'kemerdekaan' TAPI kita tahu perjuangannya untuk komunisme, bukan untuk negara merdeka demokrasi berlatarkan keIslaman seperti yang kita nikmati sejak Merdeka.

    Rosak le Mat Sabu nih, dan habih Pah pun dirosakkannya... :-(

    ReplyDelete
  16. Pas dan komunis memang serasi. Mereka anti british konon, sedangkan britishlah yg melahirkan kedua-dua puak ini. Siapalah pas dan komunis tanpa british. Mereka bersekongkol untuk menjayakan malayan union dengan harapan ketamadunan melayu akan ditamatkan. Nasib baik ada melayu2 yang cerdik dan bergabung utk menentang british secara aman spt umno sehingga british terpaksa berundur dengan baik tanpa sebarang pertumpahan darah. Pas sehingga hari ini masih bermentaliti kolonial dan takut akan bayangan sendiri. Yang sedihnya ialah apabila umno berusaha mencapai kemerdekaan, pas mencucuk jarum untuk menggagalkannya secara hasutan manakala komunis pula menggunakan kekerasan dan ancaman. Sehingga hari ini walaupun sudah 54 tahun, pas masih lagi menjadi duri dalam daging bagi tamadun melayu islam.

    ReplyDelete
  17. saya setuju bahawa anggota komunis itu adalah wira di negara asal fahaman ini, misalnya china, russia dan korea utara.

    kita sudah memilih demokrasi sebagai sistem pemerintahan negara dan menolak komunis.

    jadi, mat sabu tidak layak membuat kenyataan sedemikian. komunis banyak mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini, khasnya orang cina. itu sebabnya british terpaksa memindahkan orang-orang cina ke perkampungan baru di dalam bandar di atas 2 sebab : melindungi mereka dari jadi mangsa komunis dan kedua, menyekat bekalan logistik kepada komunis (pun dilakukan secara paksaan).

    jika mereka meletak senjata dan menyertai kita apabila negara merdeka, sudah tentulah kita mengiktiraf perjuangan anti-british mereka sebagai perjuangan keperwiraan tetapi mereka ingin merampas kuasa di malaysia dan menjadikan komunisme sebagai satu fahaman.

    komunisme juga ditolak oleh islam!

    yang menghairankan di sini, parti yang mengangkat diri sendiri sebagai pejuang agama islam sudah mendakap erat ideologi komunis yang tidak mempercayai wujudnya ALLAH.

    ReplyDelete
  18. woi bebudak pas ...

    aku rasa kau orang janganlah sibuk-sibuk pertahankan pemimpin kau yang sudah tersilap langkah.

    nama baik PAS semakin membusuk, bukan sahaja di kalangan masyarakat melayu, tetapi juga cina dan india. harus diingatkan cina-cina komunis yang diimport dari tanah besar china yg menjadi tonggak pengganas komunis dulu, dan mereka ini jugalah yg menindas cina-cina dan india yg menetap dan bekerja di ladang-ladang pinggir hutan.

    ingat, lebih banyak cina yang bencikan ideologi komunis ini dan menolak mentah-mentah yang menindas saudara mara mereka di tanah besar china.

    percayalah, populariti PAS akan merundum selepas ini ...

    ReplyDelete
  19. setelah mat sabu menyebarkan politik kebencian terhadap kerajaan di dalam ceramah politiknya – malah dia berkata bukan kali pertama dia bicara soal sejarah versinya itu di dalam ceramahnya — kini mat labu sendiri terjerat di dalam perangkap politik kebenciannya sendiri.

    apa yang terang lagi bersuluh ialah apa dikatakan sebagai perbalahan pendapat tentang sejarah ini adalah jauh panggang dari api. mat labu bukanlah bentangkan fakta sejarah baru, padahal hanyalah analisis separuh masak sejarah yang dipetik daripada separuh kejadian sejarah.

    mat labu hingga sekarang, lansung tidak kemukakan sejarah versinya secara lengkap. walaupun sudah muncul dalam beberapa temubual dengan wartawan. maka usaha pemuda umno untuk memperbetulkan pesongan sejarah yang dibuat oleh mat labu adalah bukan sesuatu yang tak betul.

    ReplyDelete
  20. mat sabu tampil berani dengan menabalkan komunis perut hijau sebagai pejuang kemerdekaan. walaupun tuduhan itu bersifat tak masuk akal, tak tepat dan tak cerdik, mat sabu tetap mahu menipu melayu-melayu.

    malangnya melayu-melayu masih ingat lagi perihal sejarah tanah mereka. bagaimana dan mengapa komunis mengangkat senjata. bukan seperti bohongan mat sabu yang menyatakan kononnya si komunis nak tentang penjajah.

    itu adalah separuh daripada sejarah yang mat sabu labelkan sebagai ‘sejarah sebenar’ dan ianya sama sekali tidak logik.

    mengapa hanya di tanah melayu ini sahaja komunis nak tentang british? kalau benar mengapa mengikut si british ke tanah melayu? mengapa tak tentang british di tanah mereka sendiri, di tanah besar china?

    umum tahu penglibatan komunis di tanah melayu diketahui umum apabila melibatkan diri dalam mpaja. mahu melawan jepun. tapi bukan kerena mahu mempertahankan tanah melayu. bodohlah siapa berkata demikian.

    komunis bekerjasama dengan british dalam memberi tentangan kepada jepun adalah kerana kebencian mereka terhadap jepun yang menakluki tanah besar china. di tanah besar china, masyarakat cina diseksa dengan kejam. dengan ketakukan yang terlampau — memikirkan adakah cina di tanah melayu juga akan menerima nasib yang sama — maka mereka bekerjasama dengan british dalam mpaja.

    maka, keterlibatan komunis dalam mpaja lebih kepada menjaga kepentingan diri sendiri, bukanlah kepentingan tanah melayu. nama pun tanah melayu, tanah orang.. si mata sepet ni nak gadai nyawa pertahankan? phuii!

    even sekarang pun berapa kerat sangat yang sertai askar dan polis dalam pertahan keamanan malaysia? tambah pulak masa nama tanah ini tanah melayu. warganegara pun tak!

    bayangkanlah wahai cerdik-cerdik pandai pas dan pkr.. mengapa lepas kemerdekaan komunis masih mengangkat senjata? walaupun telah diberikan kebenaran menduduki tanah melayu dengan sah.

    jelas bukan mereka mahu pertahan tanah melayu daripada british.. tetapi mereka mahu tanah ini untuk mereka sendiri.

    mahu perintah tanah ini.. apa akan jadi terhadap institusi kesultanan melayu jika mereka ini perintah? jika institusi kesultanan melayu tak pertahan kedaulatan melayu.. apa akan jadi terhadap hak keistimewaan melayu?

    adakah komunis akan pertahan hak keistimewaan melayu untuk nik aziz? adakah komunis akan keluarkan bajet nak bina surau di kota bharu? phuii!

    kenapa si komunis ini mahu tentang british yang membawa mereka ke tanah melayu in the first place? baru sedarkah mereka ini yang british itu penjajah? kalau dah sedar mengapa ikut mereka ke tanah melayu? semasa di mpaja tak sedarkah? mengapa tak angkat senjata dan tentang mereka di tanah sendiri?

    tindakan komunis yang mengikut british datang ke tanah melayu, kemudian mahu merampas tanah melayu ini daripada tangan british kerena mahu menjajah tanah ini untuk mereka sendiri. bagi aku ini adalah parasit paling celaka dan makhluk yang paling tak berperikemanusiaan.

    menyelar satu penjajah dan menyanjung satu lagi penjajah yang lain. itulah yang dibuat mat sabu yang menabalkan mat indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi tak tahu yang si mat indera adalah komunis dan tak kenal goh peng tun adalah kenyataan paling bodoh aku pernah dengar.

    keluar mulut buaya, masuk mulut singa.

    aku tak lagi marah kepada mat sabu.. tapi merasa jijik. kerana tak kaji tapi sanggup menghukum saudara sebangsa dan seagama sebagai penderhaka. bagi aku, dia tak mengkaji, hanya dengar cerita tuan komunisnya. itu yang itu tak kenal, ini tak tahu. kalau mat sabu mahu terus jilat telor tuan komunisnya, biarlah mat sabu.. mat sabu nak terjun dengan labunya.. terjunlah.

    *tidak semua cina menyokong komunis. ini terbukti dengan banyak mangsa dera, bunuh komunis yang dijumpai. maka aku tidak melabelkan komunis sebagai kesemua cina atau kesemua cina adalah komunis

    ReplyDelete
  21. PM Malaysia silih berganti tapi ayat PAS sama aja tak ubah-ubah kutuk setiap Pemimpin Negara. Haprakkkk punya Parti PAS (Parti Asuhan Syaitan).
    Hasrat PAS dari Negara Islam ke Negara Kebajikan dan tak sampai beberapa hari tukar ke Negara Komunis.
    Awas!! rakyat Malaysia bahawa Fahaman Komunis memang tiada beragama. Pengikut PAS ada faham ke??? Ingin ke kamu mati tanpa pegangan agama?? Fikir-fikirkan Bro!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  22. Mat Syabu dah lalok. Mula2 kena tangkap baxah. Lepas tu jatuh motor , sekarang pulak menyokong kominis. Betul2 dah kena syabu mat ni.Hotak dia dah mereng pasal kena syabu banyak sangat. Mat syabu ooh mat syabu..

    ReplyDelete
  23. Dulu kata UMNO kapir!!
    Sekarang PAS yang kapir!!

    Mat Sabu oh Mat Sabu!! Setakat berani berceramah di atas pentas politik kutip duit derma ibarat Pengemis Jalanan untuk membesarkan anak bini nak buat apa?? Setakat ini Mat Sabu dan Pencacai-Pencacai PAS terkaung jihat dan takbir nak buat apa kalau bukti tak ada. Berjuang atas pentas tak ada peluru Bro!! Kalau berani dan bertelor pergilah berjihat bantu rakyat Palastin ke Libia ke negara Afrika ke? Di sana ramai umat Islam yang tertindas dan kebuluran.
    Mat Sabu ni kalau nak menipu dengan menjadikan Komunis sebagai hero tunggulah genarasi baru yang memang tidak tahu sejarah negara ini. Mat Sabu kena tunggu 20 atau 30 tahun lagi...itu pun kalau nyawa Mat Sabu masih berada dijasad.
    Setakat nak terpekik terlolong macam Berok Tua nak buat apa Mat Sabu.
    Tahniah kerana terpekik terlolong Mat Sabu mewar-warkan keturunan Mat Sabu adalah Komunis. Pengikut-pengikut PAS juga Melayu Komunis. Komunis mesti ditentang sehabis-habisnya di negara ini.
    Bangkit dan bangkitlah rakayat Malaysia dan golongan muda. Kita tentang habis-habisan kaum Komunis di negara ini. Komunis memang zalim dan jahat serta lebih jahat dari binatang buas yang kelaparan.

    ReplyDelete
  24. Jejantas atau flat over kegunaan masih digunakan untuk menghubungi diantara satu dengan yang lain... Ini jejantas berlainan dengan kemahuan sesebuah parti politik. Parti politik dulu mengkafrkan pemimpin, sekarang ni mereka terang2 dah jadi kafir kerana menyokong orang kafir untuk menjadikan mereka kafir... Fikirlah siapa mereka itu...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  25. PAS itu Komunis dan Kapir
    Komunis dan Kapir itu PAS

    ReplyDelete
  26. PG Hindu anak Omar...

    Tolong betulkan fakta Prof. Kho Kang Kung ni... Mat Indera bukan lahir kat seberang, dia orang msia lahir kat Johor.

    Betul ke... British tak jajah Malaysia/Tanah Melayu!
    Kalau tak dijajah kenape pulak declare kemerdekaan pada 1957... siap turunkan bendera Union Jack dan naikkan bendera Malaysia!?

    Nape plak Tunku dok teriak MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Baik teriak mase Jepun serah diri....

    Kenape plak siap bergolok-bergadai menghadap Queen kononnya menuntut kemerdekaan. Kalo tak dijajah tak perlu la ke England tuntut kemerdekaan.... Tak perlu lah dok teriak merdeka...merdeka...
    Mahathirka?

    Prof Kho Kang Kung aka Kho Koo Kang! Jgn lupa suruh Ass-so-chirit Pro-PISSer Shame-r-yu plak bagi komen kat sini!

    ReplyDelete
  27. Apa yg telah terjadi pada orang Melayu dan Agama Islam hari ini adalah hasil dari pemerentahan 54 tahun PUAKA UMNO dan 500 tahun pemerentahan Bapak PUAKA UMNO iaitu PUAKA BRITISH.Jangan nak salahkan orang lain yg baru 2 tahun lebih memerentah. Kuasa yg ada di tangan kerajaan negeri pun tak sampai 20% aje.SISTEM pendidikan dan Sistem Ajaran Islam PUAKA UMNO ini lah yg melahirkan beribu-ribu anak luar nikah.. Murtad.. Anak bunuh bapak, bunuh mak, rogol, rempit, bohsia, bohjan...DAH BERPULUH tahun perkara ni berlaku bukan setahun dua ini... jangan jadikan 2 tahun lebih pemerentahan PR di Selangor dan Pulau Pinang sebagai Kambing Hitam..Hasil didikan PUAKA UMNO inilah lahirnya mazhab bini tak betudung,perempuan tudung tapi berjambul.. Melayu merempat kat Pulau Piang adalah hasil BERPULUH TAHUN pemerentahan GERAKAN yang menunggang PUAKA UMNO. PUAKA UMNO P Pinang di kuasai oleh kumpulan Mamak dan Mami.. mana Melayu nya..

    ReplyDelete
  28. Komunis dah jadi sejarah.. masih ada lagi penempatan bekas komunis di Selatan Thai. Pemimpin UMNO telah mengikhtiraf Komunis ini. Pemimpin UMNO dah buat perjanjian dengan komunis ini dan kerajaan Thai. Bukan Mat Sabu atau PAS atau PKR atau DAP yg buat perjanjian dengan komunis ini tapi UMNO serta menteri menteri UMNO... Komunis ini telah menjadi sejarah.. UMNO juga akan menjadi sejarah.. sejarah baru akan bermula..

    ReplyDelete
  29. "Kem Mahathir's memenangi kes mahkamah apabila mahkamah mengishtiharkan UMNO haram dibawah akta pertubuhan kerana ada cawangan UMNO yg tidak didaftar.Kes yg dibawa oleh tengku razaleigh adalah tidak sah dan mahkamah juga mengishtiharkan tidak pelu diadakan pemilihan semula. Mahathir dengan seta merta menubuhkan "UMNO (Baru)", memindahkan semua aset UMNO ke parti "UMNO (Baru)".Atas kuasa yg ada Mahathir membuang perkataan BARU pada UMNO.Bila mahkamah rayuan setuju untuk mendengar rayuan kes ini oleh kumpulan Ku Li, kerajaan UMNO (BARU) Mahathir telah menggantung Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan 5 Hakim Mahkamah Persekutuan yg menimbulkan krisis kehakiman 1988. Hakim Mahkamah rayuan yg baru dilantik kemudian menolak kes ini ". UMNO tahun 1946 yg ditubuhkan oleh Onn Jaafar sebenarnya telah menjadi sejarah Malaysia. UMNO yg ada hari ini adalah UMNO (Baru) Mahathir yg ditubuhkan pd tahun 1988. Ini lah jahat dan hebatnya UMNO(baru) memutar sejarah..

    ReplyDelete
  30. Komunis UMNO "Abdullah Ahmad pernah merengkok di penjara selama lima tahun di bawah ISA (Julai 1976- 22 Julai 1981) di zaman pentadbiran Tun Hussein Onn kerana dipercayai terbabit dengan anasir subversif - komunis. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau ditahan di bawah ISA bersama Kassim Ahmad (7 tahun), Syed Hussein Ali (7 tahun) dan [Abdullah Majid]] (4 tahun) dan Tan Sri Abdul Samad Ismail . Ketika itu terdapat 900 tahanan ISA yang terbabit dengan komunis. Beberapa pemimpin UMNO cuba menyelamatkan beliau dari ditahan di bawah ISA seperti Dr Mahathir Mohamad , Ghafar Baba,Musa Hitam,Abdul Rahman Yaakob dan Syed Nasir Ismail.Pada Februari 1977 sepatutnya Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid mengadakan sesi pengakuan di televisyen berhubung pembabitan mereka dengan komunis.Ramai yang dibebaskan ketika Dr Mahathir Mohamad mula dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada Julai 1981.Selepas dibebaskan dari tahanan politik, beliau menulis artikel dan buku termasuk yang 'menghentam balas' terhadap Ghazali Shafie." Alahai UMNO..Sejarah tidak pernah lupa..

    ReplyDelete
  31. http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

    ReplyDelete
  32. umno bodoh,sama dgn penyokong2 depa !
    bebai !!?
    kes murtad yg tersebar skg xmau amek tau ka?
    penting sgt kah isu mat sabu nih dr kes murtad?
    kerajaan yg bkuasa ptot amek tindakan !
    ka ampa xtau apa yg sedang blaku,dok lam gua ka apa?
    bsing sgt psai bnda mat sabu nih,dpt apa haa?
    dpt pingat?datuk?
    pahala x mau ka?

    ReplyDelete
  33. http://tukartiub.blogspot.com/2011/09/fakta-sejarah-hingga-hari-kiamat.html?zx=e77eb4cf822457d8

    nih pon fakta sejarah !
    baca lah anon !
    xmau baca?jd lah kuli umno smpai mati :D

    ReplyDelete

PETA PELAYAR