[1994] 1 MLJ 337
Goh Hooi Yin v See Geok Heoh & Anor
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CIVIL SUIT
NO 22–359–79
Judges SELVENTHIRANATHAN JC
Date 29 NOVEMBER 1993
Citation
[1994] 1 MLJ 337
Catchwords:
Partnership — Dissolution — Retiring partner assessed to
income tax on income prior to dissolution — Whether continuing partner should
indemnify retiring partner
Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif dan seorang bernama Chew Ming Tow, si mati, adalah
pekongsi bersama di dalam suatu perniagaan. Perkongsian itu telah dibubarkan
mulai daripada 16 April 1973 melalui suatu surat ikatan pembubaran yang telah
disempurnakan pada 16 Jun 1973. Plaintif merupakan pekongsi yang telah bersara,
sementara si mati adalah pekongsi yang meneruskan perniagaan itu. Terma-terma
surat ikatan pembubaran adalah, antara lain, bahawa pekongsi yang meneruskan
perniagaan akan menyelesaikan semua hutang, tanggungan dan obligasi perkongsian
itu dan melindungi plaintif yang bersara itu daripada semua kos, tuntutan dan
perbelanjaan yang berkenaan dengan perkongsian itu. Selepas pembubaran
perkongsian itu, plaintif telah ditaksir untuk cukai berkenaan dengan
pendapatan perkongsian itu untuk 91Ú2 bulan sebelum pembubaran itu. Beliau
telah membayar cukai itu kepada pihak berkuasa dengan bantahan dan kemudiannya
cuba mendapat balik jumlah itu daripada harta pusaka si mati.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan tuntutan plaintif itu:
(1) Dengan mentafsirkan surat ikatan pembubaran itu, adalah
menjadi tujuan pihak-pihak yang berkenaan untuk mengadakan suatu penyelesaian
yang lengkap bagi perkongsian itu mulai daripada tarikh pembubaran itu.
Sebarang hutang, tanggungan atau obligasi perkongsian yang terakru sebelum
pembubaran itu menjadi tanggungjawab si mati sebagai pekongsi yang meneruskan
perniagaan di bawah fasal 4 surat ikatan itu.
(2) Adalah menjadi tujuan pihak-pihak itu bahawa pendapatan
perkongsian itu untuk 91Ú2 bulan sejurus sebelum pembubaran itu akan terakru
kepada pekongsi yang meneruskan perniagaan. Dalam cara yang sama, pekongsi yang
meneruskan perniagaan itu akan bertanggungan untuk sebarang cukai yang kena
dibayar berkenaan dengan pendapatan itu dan beliau mesti melindungi plaintif
dan terus melindunginya berkenaan dengan cukai yang ditaksir dan dibayar atas
pendapatan itu.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
No comments:
Post a Comment