Penghuni Gua : Baru aje balik dari menyelam dengan kawan-kawan dari Pulau Sipadan Semporna Sabah. Pergi 27 orang. Pergi pada 29 jan 2012 jam 0900 pagi berlepas dengan MAS dari KLIA. Merata tempat menyelam di Sipadan dan Pulau mabul. Amat indah sekali. Selaman sekitar 20 ke 32 meter sahaja. Arus kuat sedikit. Kami tinggal di Resort Uncle Chang.
2. Kami menyelam 2 ke 3 selaman sehari. Macam-macam jumpa. Kawan-kawan yang pergi ada Melayu, India, Cina, Sabahan dan Orang Sarawak. Separuh darinya mempunyai lesen menyelam open water dan setengah lagi lesen advance. 1 Malaysia. Macam-macam kerenah ada. Amat lucu dan seronok sekali.
3. Pada 2 feb 2012 jam 4 petang, kami semua berlepas balik dari Pulau Mabul dan sebahagaiannya menginap di hotel Sea Fest. Sebahagian lagi menetap dan menginap di Bandar Tawau.
4. Esoknya pada 3 feb kami semua bershopping di bandar Tawau. Apa lagi kalau tak membeli udang kering, ikan segar dan ikan masin. Amat murah. Teramat murah.
5. Jam 320 petang kami berlepas dengan MAS dari lapangan Terbang Tawau dan sampai di KLIA jam 7 petang.
6. Hari ini 4 feb baru nak kemaskankan dan bersihkan peralatan menyelam. Mungkin bulan mac nanti akan menyelam diPulau Tioman atau Pulau Tenggol Terengganu atau Pulau Aur di Johor.
7. Menyelamlah. Alamnya amat menakjubkan sekali. Tak ada perkataan untuk mengambarkannya.
No comments:
Post a Comment