FOLLOWERS

Tuesday 20 March 2012

BILA YANG TAK BERAKAL BERCAKAP !!!! KAH KAH KAH KAH !!!!


(  Ikan Nemo bertelur )

Agenda Daily

Dewan Rakyat luluskan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas...pembangkang terus 'buat perangai'

Kerana matlamat politik pembangkang boleh tukar warna jadi macam-macam.Laporan pakar antarabangsa kata kilang Lynas di Gebeng,Kuantan OK...mereka tak setuju.Laporan pakar luar negara kata video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim 99.9 patus tulen...mereka kata bohong.

Yang melucukan bila orang mereka sendiri,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat ,seorang pakar nuklear kata kilang Lynas selamat....mereka kata itu pandangan peribadi beliau.Dewan Rakyat Selasa menyaksikan tindakan tanduk pembangkang yang meloyakan itu  - tanpa sokongan laporan pakar antarabangsa, mereka menolak usul untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas.

Namun atas sokongan majoriti ahli parlimen BN penubuhan jawatankuasa itu diluluskan.Usul berkenaan dibentang oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Usul berkenaan hangat dibahskan kerana gelagat ahli parlimen pembangkang yang bagai kanak-kanak menangis minta ais krim....tetap meluahkan kata-kata kosong dakwa kilang itu tidak selamat.

Entah kenapa Dr Rosli tidak hadir semasa perbahasan berkenaan.Ahli Parlimen PAS Shah Alam ,Khaled Nordin bagi alasan beliau ada urusan di luar.Alasanya ini telah disambut oleh sorakan sindiran dari para ahli parlimen BN yang cukup tahu pendirian ahli parlimen PAS Hulu Langat itu tidak selari dengan ahli parlimen pakatan pembangkang lain.

Dr Rosli ialah  seorang pakar  sedangkan ahli parlimen pakatan pembangkang lain  satu benda habuk pun tak tahu pasal soal nuklear.Ramai para  pemerhati perbahasan itu menerusi CCTV hanya golek kepala lucu melihat gelagat mereka yang kemudiannya bertindak keluar bila usul itu diluluskan.

Mereka kemdianya buat sidang akhbar di luar dewan kata hendak boikot jawatankuasa khas itu.DAP sebelum ini sudah menyatakan tidak mahu sertai jawatankuasa yang sepatutnya dianggotai oleh empat ahli parlimen BN,tiga pembangkang dan seorang Bebas.Ia akan diketuai oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.

Pembangkang marah kerana menuntut agar jawatankuasa diberi kuasa membuat keputusan keatas nasib kilang itu.Mereka dakwa jawatankuasa itu tidak ada apa-apa makna jika tidak ada kuasa penentu itu.-20/3/2012-OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Penghuni Gua : Inilah jadinya bila yang tiada akal bercakap. YB Dr Rosli MP PAS Hulu Langat di bawa lari oleh PAS untuk tutup mulutnya dari bercakap bab lynas . Ini kerana Dr Rosli kata selamat. Mangkok hayun lain yang tak tahu apa bab nuklear boleh kata tak selamat. Itulah jadinya jika yang tak berakal bercakap dan buka mulut. Tak ke lawak ? KAH KAH KAH KAH KAH !!!!!!

5 comments:

  1. mereka tak tau apa pun, setakat menghambur air liur je! Ibarat jurulatih takraw diminta bercakap dan melatih pasukan bola real madrid!

    ReplyDelete
  2. Inilah stail kepimpinan pembangkang. Orang yang ada kepakaran bila berhujah didapati tidak selari dengan maksud politik mereka ditolak mentah-mentah manakala yang tidak pakar atau kaki kelentong disokong sebulat suara asalkan ada persamaan dengan maksud politik mereka. Itupun masih angkuh kata rakyat sokong mereka semakin ramai. Minta |Allah tunjuk kat puak-puak ini yang menggadai agama supaya jadi macam kat serawak, cakap berdegar-degar tapi abok saja ada..

    ReplyDelete
  3. depa tau lynas tidak bahaya tapi dah nama pun pembangkang kat malaysia ni takdak kualiti (biseksual, rasis, konon nabi, imam mahdi, anugerah tuhan ntah apa lg)
    depa main isu ni mcm 'milking the cow til dry'...baca akhbar cina. Yg aku gelak, org tua ngaku hidup dia tak sihat tapi tak mampuih2 pun! tua ganyut lagi...

    ReplyDelete
  4. YG AKUI LYNAS SLMT PAKAR PAS JUGAK. YG BANGKANG PUN PAS JUGAK. LAST2 DIORANG NK DGR CKP SAPE KLU SESAMA SENDIRI PUN BANGKANG SATU SAMA LAIN?..BENGAP BTOL LER PASRAEL NIH HUHUHUHU

    ReplyDelete
  5. Tumpang ketawa, keh! keh! keh! keh!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR