FOLLOWERS

Sunday 11 March 2012

HOI RAFIZI !!!! INI UNTUK ANDA JAWAB !!!!


Agenda Daily

Bayangkan...Rafizi desak Anwar tunjuk bukti PENAFIAN KOSONG video seks 99.9 % tulen


anwar-lif513


Tidak salah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli nak korek lagi pasal dakwaannya Datuk Seri Najib Tun Razak biaya majlis pertunangan anaknya guna wang rakyat sekalipun pejabat Perdana Menteri sudah buat kenyataan menafikannya.

Soalnya apa lagi pilihan yang dia ada setelah terbelit dengan fitnah itu.

Sekirang-kurangnya dia dapat beli masa untuk pusing sana...pusing sini sebelum tembelangnya pecah.Dalam satu kenyataan Sabtu dia dakwa kenyataan pejabat Perdana Menteri cuma 'penafian kosong'.Dia tuntut bukti rasmi untuk menyokong penafian itu.

Rafizi berkata, untuk membersihkan namanya, Najib perlu jawab lapan perkara dengan  mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anaknya, tidak dibayar oleh rakyat.Antara lapan perkara itu dia mahu Najib mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.

Dia nampak cukup terperinci sekali menyenaraikan lapan perkara itu.Ada yang bertanya apakah perlu dilayan tuntutan mamat ni?Ini kerana mamat ini memang tidak ada class.Kalau setakat berlagak berani pada Najib sahaja...itu memang Standard Operation Procedures (SOP) dia.Rasanya suara Rafizi akan lebih ada kredibiliti dan menyengat jika dia tidak bacul nak usik bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pernah kita dengar Rafizi menjerit melalak menyenaraikan sebilangan perkara yang perlu dijawab oleh Anwar untuk membuktikan 'penafian kosong' tentang video seks yang disahkan tulen 99.9 peratus oleh pakar luar negara.

Bayangkan...mamat ini tiba-tiba buat sidang akhbar desak Anwar bagi bukti terperinci dan tidak nafi kosong begitu saja.

anwar-wajah513



Kemungkinannya...pasti tidak.Selain video aksi 'berhempas puas' dalam bilik apartmen dengan China Doll...bagaimana pula tentang rakaman CCTV di lif Anwar sedang naik turun apartmen dengan Datuk Sharzly Eskay Abdullah.

Satu lagi hal jam Omeganya.Banyak lagi kalau nak disenaraikan satu per satu.Ramai berpendapat isu video seks ini belum selesai selagi tidak ada satu siasatan rasmi yang mengesahkan lelaki itu bukan Anwar.Beranikah Rafizi menuntut sebuah suruhanjaya diraja menyiasatnya?Bukankah ini cara terbaik untuk bersihkan imej dan maruahnya bos sendiri kalau dakwaan skandal video seks itu tidak betul.

Jangan kata Rafizi,semua pemimpin PKR jadi macam orang deman tak kebah bila bercakap bab ini.Paling tidak Ahli Parlimen Sungai Petani ada buat lawak bodoh terbang ke Bangkok cari makeup artis untuk merubah wajahnya jadi P Ramlee kerana nak tunjuk watak dalam video itu boleh dilakonkan oleh orang lain.
Lebih melucukan di zaman sains dan teknoloji ini ,mereka semua kena pura-pura telan kenyataan bodoh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang kata video itu besi tidak boleh jadi bukti.

Rafizi juga jangan lupa,kecuali 'penafian kosong',Anwar sendiri tidak pernah telus dalam memberi jawapan bila ditanya wartawan tentang isu video seks. Siapa yang buka mulut nak korek lebih-lebih cukup masak...ada saja sindiran akan keluar.Paling tidak agen UMNO.

Apakah Rafizi sebagai agen PKR  tidak hairan mengapa bosnya sendiri tidak mahu satu siasatan rasmi dibuat untuk membersihkan namanya atas dakwaan itu.Juga kenapa bosnya 'buat bodoh' takut sangat nak saman Eskay sampai ke hari ini sekalipun dicabar berkali-kali.

Siapa tahu...kalau masuk mahkamah nanti macam-macam lagi terbarai.
Pelik...menang pelik.Tak gitu Rafizi?- 10/3/2012

Penghuni Gua : Berani ke rafizi senaraikan 8 perkara yang lelaki Y bosnya itu perlu jawab? Berani ke ? Bosnya pun main nafi kosong aje ???? Kah kah kah kah !!!!




3 comments:

  1. gambar diateh tak nampak langsung macam DSAI mungkin org bingai kut. Rafizi cakap betul altantunya kena tunjuk bukti bukan hanya nafi saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaluu bukan DSAI mungkin gambar kaum kerabat mu yg giat menutoh......mungkin...

      Anti Nuar Liwat....

      Delete
  2. Ekau pengikut three stooges kot hero old timer cerita lawak bak kata orang bawah umur.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR