
MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh semalam. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PG memang setuju dengan pandangan TPM di atas. Baik juga dibuat peperiksaan hanya pada tahap SPM sahaja. Ada masa panjang untuk membentuk sahsiah dan kebolehan seseorang murid. Bukan hanya beroreintasikan peperiksaan sahaja.
2. Walau bagaimana pun, PG tak setuju jika setiap kali bertukar Menteri Pelajaran , maka dasar pelajaran negara berubah. Murid-murid hanya / dan dilihat seperti dijadikan bahan uji kaji bagi beberapa pendidik / pegawai pendidikan untuk mempraktikkan teori mereka atau kepercayaan mereka.
3. Yang jadi mangsa ialah anak-anak kami dan kami . Anak-anak kami itulah sahaja aset yang ada pada kami semua. Jadi jangan anak-anak kami dijadikan bahan uji kaji setiap kali Menteri bertukar. Pegawai-pegawai pendidikan yang bijak pandai dan beratus-ratus dari mereka memiliki Phd di kementerian berkenaan haruslah melihat ini dalam perpektif yang lebih luas. Dasar pendidikan ini bukan begitu senang nak diubah / atau boleh berubah jika Menterinya berubah. Satu-satu dasar itu terutamannya pendidikan , sekurangnya memerlukan 20 ke 25 tahun untuk kita melihat hasilnya!!!
4. Jadi kearah tuju mana murid-murid yang terdidik di bawah UPSR dan PMR ini akan di bawa?
5. Fikirkanlah ! Terutama pegawai pendidikan di Kementerian. Beri nasihat yang baik dan holostik kepada Menteri. satu-satu dasar dan perancangan jangan lah diubah begitu kerap. Pendidikan adalah aset bagi masa depan negara! Fikirkan.
