Penghuni Gua : Inilah 2 ekor spesis ygtelah disyakki membunuh anak mereka 2 hari lepas. Keduanya disahkan positih dadah metaphetemine / syabu.
2. Kalau benci anak sekali pun, tak perlulah membunuhnya atau mencederakannya atau membuangnya kedalam sungai dan di tempat pembuangan sampah. PG pun sanggup memliharanya tak kiralah anak cina ke, melayu ke atau india ke atau lain-lain bangsa pun. Kalau PG tak mampu pun , boleh diserahkan kepada PG dan PG akan uruskan penempatannya di tempat yang terbaik yang disediakan oleh kerajaan atau orang persendirian yang lain.
3. Anak-anak ini adalah harta yang tak ternilai pada kita. Ada orang tak bertuah untuk memiliki anak. Yang ini dan yang lain tu, boleh bunuh dan membuangkannya pula. Anak-anak inilah yang akan paling tidak pun, yang akan berbual semasa kita tua atau yang boleh memicik belakang kita bila sakitdan juga dapat memberikan dan menyuapkan kita air dan makanan ketika kita sudah tak berupaya. Ingat tu. Malas lah nak sebut bab agama. Itu aje analogi mudahnya.
4. Tak ada anak ini, bila tua , kita jadi macam orang bodoh. Tak ada orang pun nak mencakna kita selain dari anak-anak..................
