Cadangan Ubah Usul Judi Pemuda PAS Ditolak
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KOTA BARU: Dewan Pemuda PAS menolak cadangan supaya usul memansuhkan lesen perjudian sukan diubah kepada skop yang lebih luas iaitu melibatkan semua jenis perjudiaan yang ada di dalam negara.
Wakil Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malik ketika membahaskan usul yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS berkata, usul asal yang dikemukakan itu sepatutnya ditukar bagi mengelakkan PAS dilihat berat sebelah kerana hanya memfokuskan kepada judi sukan.
"Sepatutnya usul itu berbunyi agar PAS mendesak kerajaan mansuhkan judi sukan dan apa-apa sahaja lesen judi baru di sampingmemberhentikan semua perjudian yang sedia ada di semua peringkat. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Betul apa yang PG telahkan sebelum ini. Perjuangan dan desakan PAS mengenai Judi Bola hanyalah retorik politik dan tak lebih darim itu. Penentangan dan desakan mereka terhadap judi bola bukan atas sebab islam dan kesuciannya.
2. Ia tidak lebih dari untuk kepentingan politik sahaja. Hanya untuk mengambil kesempatan dari isu tersebut. Sebab itu, dalam muktamar di atas , apabila ada cadangan agar usul memansuhkan judi sukan kepada memansuhkan judi keseluruhannya di tolak oleh perwakilan dan pemimpinnya.
3. Kerana apa? Kerana memang mereka bersetuju judi ekor dijalankan di negeri pemerintahan mereka untuk dinikmati oleh orang bukan islam. Itu memang dah fatwa mereka sejak dulu. Jika PAS ikhlas berjuang atas landasan islam, mengapa tidak mahu terima usul agar memansuhkan bukan sahaja judi bola tetapi juga keseluruhan judi di negara ini termasuk di neri pemerintahan mereka.
4. Dah nampak jantan betina dan belang jubah serta serban mereka. Itulah , dari dulu lagi PG dah katakan, mereka hanyalah tak lebih dari mat-mat kopiah dan penjubah labuh yang bertopengkan pakaian islam untuk kepentingan mereka. Mereka hanya gunakan islam untuk kepentingan politik mereka.
5. Tak lebih dari itu. Fikirkanlah. Adakah mereka ikhlas perjuangkan islam? Lihat isu ini sudahlah. Itu pun takut nak pinda usul. Nak laksana hudud? Sudahlah!!! Nak pinda usul memansuhkan segala judi di Malaysia pun tak berani.
6. Cakap islam sana , islam sini. Tindakannya , HAMPAS semuanya.
7. Dalam PAS, Islam pun diperjudikan......................Fikirkanlah.

