FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / JUDI BOLA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / JUDI BOLA. Show all posts

Tuesday, 15 June 2010

BANTAH JUDI SUKAN HANYA POLITIK : TUN MAHATHIR !



Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan
Jimadie Shah Othman
Jun 14, 10
1:36pm



Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak,"
katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi.

"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

'Kalau Melayu berjudi, tangkaplah'

"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi.

"Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.

Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam"

"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi.

"Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Betul Tun ! Mereka ini bantah judi bola hanya sebab politik, bukan kerana agama. Judi dibenar di negeri pemerintahan mereka. Lesen premis dikeluarkan juga. Lihat komen PG sebelum ini. di KLIK

2. Hanya sebab politik . Bukan kerana sebab agama. Nak ubah usul dan tambah usul dalam muktamar bagi haramkan semua judi pun tak berani. Nak hudud konon! Sudahlah!!!

3. Kepada penduduk Bachok, kirim salam PG kepada Awang Adek, " Judi haram di sisi islam ".

Monday, 7 June 2010

JUDI BOLA : KAN DAH PG KATAKAN , LESEN BELUM LULUS !!!!





Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Alhamdulillah : Kan PG dah berkali-kali cakapkan bahawa lesen judi bola ini memang belum dikeluarkan oleh kerajaan. Ia hanya dalam kepala hotak Timbalan Menteri dan beberapa orang yang mempunyai kepentingan dengan Vincent Tan yang mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan / telah mengeluarkan lesen berkenaan.

2. Sebab itu PM dan TPM diam sahaja. Keduanya tahu hujung pangkal dan tidak perlu menari dan melompat seperti pembangkan dan Timbalan Menteri serta mereka yang berkepentingan. Memang akan ada yang akan belayar jauh dalam hujung tahun ini dari persada politik negara kerana hal ini. Wasslam le kepada mereka ini. PM akan nyahkan mereka yang bertindak bodoh dan menjadi liabiliti kepada PM dan kabinetnya.

3. Itu yang Vincent Tan boleh bergegar bercakap. Kerana apa, ada janji dari pak-pak menteri bodoh tersebut. Perkara sebenar , belum tentu hujung pangkalnya. Kepada Vincent Tan, tak perlulah memberi tekanan secara itu lagi kepada kerajaan. Mengumumkan dapat lesen mendahului kerajaan. Ini semua strategi perniagaan untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi mendapat lesen judi berkenaan. Rupanya silap strategi.

4. Kepada Awang Adek : Salam kepada anda. Judi itu haram di sisi islam. jangan bersubahat dengannnya. Kepada pembangkang , sudahlah. Jangan hipokrit. Mula dari sekarang baik diam. Uruskan masalah judi di negeri pemerintahan anda. Jangan beri dan jangan perbaharui lagi lesen premis perniagaan judi di negeri di bawah penguasaan anda. Itu pun jika anda jujur nak hapuskan perkara haram tersebut. PG cadangkan kepada Vincent Tan , sekiranya dah mencetak tiket judi bola ini, dan sekarang lesen tidak diluluskan: maka ada baiknya tiket-tiket perjudian bola ini di lambakkan di depan rumah Awang Adek kesemuanya. Boleh juga le, penduduk Bachok , ambil sebahagiannya untuk buat membakar kayu bagi memanaskan lembu dan kambing di kandang mereka!!! Ok apa !

5. Jangan pula seperti penghalalan penjualan arak di Kelantan atas alasan yang diberikan oleh TGNA iaitu arak boleh dijual kepada bukan islam bagi tujuan mereka menikmatinya. Jadi jangan guna fatwa ini di negeri pakatan lain bagi halalkan judi dan perlanjutan lesen perniagaan premis perjudian. Macam mana? Boleh ?

6. Boleh ke anda lakukan? PG berpendapat boleh , berdasarkan begitu bersungguh pemimpin mereka menentang judi bola ini. Boleh? Keh keh keh keh. Main politik aje. Harap serban aje menutup bumi. Tindakan dan perbuatannya hanyalah hampas aje puak-puak ini. Tahi mereka sendiri pun penuh di depan mata sendiri. Hanya buat tak nampak aje.!!!! Cakap aje lebih!!!!

PETA PELAYAR