
Gaza: Najib diberi 48 jam untuk bertindak
Jun 1, 10 12:36pm
Jun 1, 10 12:36pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Si Mahfuz melalak lagi. Siap dengan beri kata dua iaitu memberi tempoh 48 jam untuk PM bertindak jika tidak.......................................
2. Jika tidak apa Mahfuz? Mahfuz merepek lagi. Hanya berdemo untuk dapat kredit politik. Kalau dah pejuang dan nak bela sangat dengan Palestin mengapa tak ada pun wakil PAS atau Mahfuz sendiri berada dalam kapal berkenaan?
3. Pergilah kalau kita ikhlas nak membantu Palestin. Bertempik keluar anak tekak di Malaysia ini pun apa faedahnya. Dari melalak tak tentu pasal ini, ada baiknya jika dah Mahfuz ini pandai sangat, beri cadangan bagaimana cara nak selesaikan masalah ini. Bukan hanya pandai kritik dan beri tempoh 48 jam pada PM. Beri cadangan.
4. Sudah lah Mahfuz, anda hanya dan tak ubah seperti anjing menyalak bukit. Cakap tanpa ada cadangan konkrit. Takat nak beri kata dua siapa pun boleh....................Tak payah jadi MP pun. Budak sekolah menengah pun boleh beri kata dua kalau itu aje yang termampu.
5. Fikirkan. Itu je lah standard pemimpin PAS bermulut besar ini. Juga Mahfuz komplen , PM dan kerajaan lampat respon terhadap isu ini. Apa lambatnya. Sebelum respon kena tahu hujung pangkal dulu dan selidik dulu apa ceritanya. Kerajaan ini bukan kerajaan sampah. main bantai aje seperti kerajaan PR atau seperti Si mahfuz ini.
6. Kalau Mahfuz ini ikhlas sangat, kecam juga si DSAI tu. Beliau kawan baik dengan semua yahudi. Tapi sehingga kini sepatah haram pun tak ada kenyataan dari DSAI ini ( pemimpin agung PR ). Mengapa Mahfuz tak mengecam bakal PM Malaysia ini?!!!
7. Jawab le Mahfuz. Jangan berani tahi minyak aje!!!!!!!
Nota : Tak ada juga dengan kecaman dari sahabat Umar Ibn Aziz iaitu Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mengecam Yahudi. DSAI apa lagi!!!!!!!!!!!!!!Cuba fikirkan. Apa sebabnya semua mereka ini menikus? Pejuang hak asasi kah semua mereka ini? Pejuang keadilankah semua mereka ini? Jawab Mahfuz jangan tak jawab!!!!
