
Penghuni Gua mengikuti secara dekat dan secara penuh melalui akhbar yang berbagai termasuk Harakah Daily mengenai Muktamar Agung PAS ke 59. Ini kerana PG bercuti 4 hari dan ada masa mengikuti muktamar ini dengan lebih teliti.
2. Secara keseluruhannya , 80 dari muktamar ini hanyalah caci cerca dan mengkritik kerajaan pusat dan UMNO / BN . Tak lebih dan tak kurang dari itu. Selebihnya adalah 2 ke 3 cadangan untuk perkuatkan parti PAS seperti cadangan Mahfuz untuk tambah Naib Presiden secara lantikan oleh presiden parti tetapi di tentang perwakilan.
3. Mereka hanya mengkritik tetapi tiada langsung cadangan dan pandangan bernas bagi memperbaiki apa yang mereka cerca dan menghentam kerajaan.
4. Jadi kesimpulan yang PG boleh buat ialah muktamar ini hanyalah sesi buang masa dan tiada faedahnya. Lihat ajelah ucapan dasar presiden sendiri. Hanya menyalahkan BN atas kegagalan melaksanakan undang-undang islam / hudud . Itu ajelah yang mereka boleh dakwa. Bukti yang presiden katakan ada halangan dari kerajaan pusat untuk laksanakan nya tidak dikemukakan.
5. Itulah PAS. Fikirkanlah. Hanya pandai mengkritik tetapi tiada cadangan balas. Isu KOHILAL pun di diamkan sahaja kerana terkena batang hidung sendiri. Sapu bawah karpet semuanya.
6. Mereka ini cakap aje lebih. Hapah pun tak ada hasil dan tindakannnya.
