FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PELACUR AGAMA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PELACUR AGAMA. Show all posts

Tuesday, 1 June 2010

JUDI BOLA : 2 FATWA BERBEZA DARI PAS ! APA CERITA !


1. TINDAKAN Pas mempergunakan habis-habisan isu pemberian lesen judi untuk bola sepak Piala Dunia sudah dijangka. Pas sememangnya ingin ke hadapan kononnya bagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa mereka amat menentang kemungkaran apatah lagi dalam soal judi dan arak.
2. Tetapi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada 19/11/1992 dan 26/11/1994, pernah mengeluarkan fatwa bahawa seorang pemimpin Islam boleh memberi lesen untuk membenarkan aktiviti dosa (judi dan arak) asalkan ianya tidak dibenarkan atau diharamkan kepada orang-orang Islam.

3. Contohnya Tok Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu. TGNA pernah mengatakan :

“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992. Cukai arak boleh digunakan untuk perkara-perkara kebajikan.

4. Jadi apa ceritanya sekarang , yang PAS asyik melolong pasal judi bola sepak. Setiap jumaat buat demo. Kalau ikut fatwa TGNA, apa salahnya judi bola. Ia hanya untuk orang bukan islam menikmatinya ( meminjam kata-kata TGNA ) . Orang islam dilarang dalam judi bola sepak. Tak ke sama tu!!!

5. Arak atau judi keduanya haram dan tak ada agama samada Buddha, Hindu atau Kristian yang menghalalkannya. Tetapi mengapa PAS boleh halalkan arak di Kelantan tetapi haramkan judi bola. Pelik, pelik.

6. PG tetap dengan pendirian bahawa judi bola sepak adalah haram dan cukuplah dengan judi yang ada. Judi yang ada pun sepatutnya / wajib diharamkan beransur-ansur dan bukan menambahkan lagi. PG dah 2 kali memberikan pandangan ini. Satu yang malang jika judi bola sepak ini dibenarkan,

7. Yang hairannya , mengapa PAS, DAP dan PKR bernada lain dalam perkara ini? Politik ke? Semuanya kerana politik. Yang halal jadi haram dan haram jadi halal , jika menguntungkan PAS.

8. Jadi, jangan hipokritlah , baik PAS, PKR mahupun DAP. Menyampah..........Kepada PAS : Cukup-cukuplah melacurkan agama dan cukup-cukuplah nak tunjuk baik. Perbetul diri sendiri dulu. PG pun , makin hari, makin hilang penghormatan kepada mat-mat kopiah dan berserban ini. Pakaian mereka hanya hiasan untuk menunjukkan kelebaian mereka . Tak lebih dari itu........

9. Kepada YB Awang Adek, bertaubatlah sementara masa masih ada!!!!!!

PETA PELAYAR