

Penghuni Gua : PG sedang bercuti selama 5 hari ( sehingga ahad ) ke kampung di Kuantan dan Binjai Kemaman Terengganu. Melihat keluarga dan saudara mara. Hari ini PG jam 3 petang sehingga jam 6 petang , PG pergi mencuba nasib memancing udang galah di Sungai Kemaman berhampiran Pengkalan Binjai, Cukai, Kemaman.
2. Memancing lah 2 jam. Dapat le sikit rezeki. Ada le 13 ekor udang galah bersaiz sederhana. Alhamdullilah. Udang tu malam ini , PG nak masak tumis pedas ( masak sendiri aje ). Boleh le kedarah sekor seorang anak beranak. Kira ok le tu.
3. Esok pagi sambung memancing lagi sebab prestasi memancing hari ini kurang baik kerana air sungai keroh. Hujan di hulu . Udang yang dapat hari ini , udang yang baru dapat mykad aje. Besar-besar ibu jari kaki. King saiz tak ada. Mungkin esok agaknya yang king saiz akan makan mata pancing PG. InsyaAllah...............
