FOLLOWERS

Monday, 8 June 2009

MANEK URAI : ZULKEPLI KATA PILIHLAH SAYA !!


Malaysiakini

Beberapa nama pemimpin Umno bahagian Kuala Krai yang disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan, tidak disenangi ahli dan penyokong Umno, dakwa bekas ADUN BN, Zulkepli Omar.Beliau mendakwa, mereka termasuklah ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; naib ketua bahagian, Che Jalal Muda dan ketua Wanita, Rohani Abdul Majid. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Pilihlah saya. Saya yang terbaik dan disukai ramai. Calun lain semua tak baik dan tak disukai ramai. Saya di kenali ramai dan boleh buat kertas kerja dan saya disenangi oleh akar umbi. Rugi dan menyesal UMNO dan BN jika tak memilih saya.

2. Begitulah agaknya maksud bekas ADUN Manek Urai ( BN ) Zukepli Omar. Meluat PG membacanya. Petunjuk bahawa beliau pernah kalah pada PRU yang lalu sudah cukup untuk BN tidak memilihnya lagi. Tambahan pula jenis dari awal lagi dah memburukkan rakan seperjuangan yang lain termasuk ketua sendiri disamping mengangkat bakul sendiri.


3. Kalau jenis yang belum apa-apa dah memburukkan orang dan rakan sendiri dan cuba mempromosikan diri sendiri ini, UMNO/BN baik jangan pulih. Selalunya orang beginilah paling tak guna. Jenis ini selalunya sombong dan ada kepentingan sendiri. Rakan sendiri akan dimakan dan ditelannya apatah lagi pengundi dan rakyat di bawah.


4. Kalau yang ego begini dipilih alamatnya hayat UMNO tak lama lah tu untuk hidup. Lupakan Zulkepli ini. Buat semak aje.


5. UMNO / BN: pilihlah calun tempatan yang bersepah lagi diluar UMNO yang lebih berhemah dan merendah diri serta jujur untuk membela bangsa dan negara. Lupakan penyangak dan penyombong ini.


6. Kepada BN / UMNO selamat berjaya dalam PRK Manek Urai. Syaratnya , jangan pilieh yang ini. Menyampah membaca rungutannya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR