Dipetik dari Blog : WBHIM ( Dr Siddiq Azani )
June 8, 2009 • 11:05 am
June 8, 2009 • 11:05 am
1. Awang Selamat rasis? Kelakar! Apa yang rasisnya pada artikel Awang selamat minggu lalu? Langsung saya tidak nampak apa yang rasis. Berikut merupakan ucapan asal yang dibuat oleh Tun V.T Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin. Berikut merupakan petikan artikel Awang Selamat bertajuk “Melayu dikhianati?”....................................................................................................................
2. Rasis kah ucapan di atas? Jika benar, maka yang rasis adalah Sambanthan dan Siew Sin, bukan Awang. Bukanlah mahu membela Awang, tetapi hanya menegakkan kebenaran. Ini merupakan sebahagian daripada sejarah dan tidak boleh dipadam. Siapa yang kata Awang rasis, memang kelakar!
3. Ini cerita 50 tahun dulu. Bagaimanapun ia tetap sejarah dan akan menjadi sejarah sehingga bila-bila. Saya tidak hairan jika orang Cina dan India kata Awang rasis. Tetapi bila Melayu sendiri kata Awang rasis, itu memang kelakar lah bagi saya.
Penghuni Gua : PG setuju sangat pandangan Dr Sid ini. Memang kelakar mereka yang mengatakan Awang Selamat rasis. Kepala otak mereka yang menuduh Awang tersebut yang amat racist.
2. Semua mereka yang mengatakan Awang Selamat racist patut belajar dari sejarah. Seperti kata Dr Sid, kalau berdasarkan tulisan Awang tersebut dikatakan racist maka Tun Sambhantahna dan Tun Tan Siew Sin lah yang racist kerana mengeluarkan perkataan dan ungkapan tersebut 50 tahun lepas.
3. Dalam hal ini MCA, Gerakan, DAP, PKR patut pergi ke kubur kedua pemimpin di atas dan minta mereka minta maaf. Ini analogi mudah dan senang. Dengan lain perkataan , pemimpin yang mengatakan Awang Selamat rasis sebenarnya merekalah rasis kerana tidak berperasaan seperti mana kedua tokoh pemimpin di atas.
4.Mereka yang rasis ini yang jasanya hanya sejemput dan nak melihatnya pun susah berbanding dengan 2 tokoh pemimpin di atas sepatutnya meminta maaf dari kedua tokoh di atas.
5. Ini kerana jasa mereka berdua ini dalam menjalinkan perpaduan dan bertolak ansur dengan mengamalkan amalan memberi dan menerima serta tidak mengungkit apa yang telah dipersetujui dalam perlembagaan telah dirosakkan oleh mereka yang rasis dari parti MCA dan Gerakan apatah lagi mereka yang dari pembangkang.
6. Memang hati dan mata serta matahati mereka telah buta. Kerap lupa dan mungkir janji di atas apa yang dipersetujui.
7. Kepada TPM, beri amaran kepada mereka yang mengkhabarkan dan membisik maklumat yang salah ini kepadanya. Jika boleh , nyahkan terus dari mendengar dan berjumpa mereka. Ia akan merosakkan nama TPM di mata orang melayu.
PAKATAN LEBIH RASIS DRP PUAK APARTHEID. MEREKA SENGAJA MENUTUP MATA APABILA DGN BERANI MENUDUH ORG LAIN LEBIH RASIS. DAP DGN MALAYSIAN MALAYSIA, HINDRAF DGN INDIAN INDIA MEREKA, PKR DGN KETUANAN RAKYAT DAN PAS DGN PERKAUMAN SESAMA MELAYU PULA
ReplyDelete