Malaysiakini
Pemuda PAS: Tukar nama SIS jika mahu terus aktif
Jun 9, 09 1:26pm
Sisters in Islam (SIS) disaran menukar namanya kepada "Sisters in Malaysia" jika ingin meneruskan kegiatannya sekarang, termasuk memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia.
Dalam gesaannya sebagai menyokong usul muktamar parti itu hujung minggu lalu, Dewan Pemuda PAS berkata label "Islam" pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika "mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif.""Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai," kata ketuanya yang baru Nasrudin Hassan.
"Sebagai menghormati hak mereka, Dewan Pemuda menyarankan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis."Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Bab ini PG sokong 100%. Tukar aje nama islam pada NGO ini. Jangan merosakkan islam dan memalukan penganutnya dengan menjual nama islam.
2. YB Teresa pun sekali lagi jangan cuba campurtangan yang boleh dilihat cuba memesongkan akidah orang islam dan juga mungkin juga akan dianggap beliau cuba menjalankan dakyah .............................
3. Jadi kepada Pemuda PAS, PG dalam bab/ hal ini mengucapkan tahniah atas keberanian anda dan juga pandangan bernas anda tersebut. Mungkin usul anda semasa muktamar dan cadangan ini lahir keran keikhlasan anda dan tanpa dipengaruhi politik sempit dan jiwa anda yang merdeka berbanding pengikut anda yang lain.
4. Syabas. Sesekali jangan menjadikan hal-hal agama hatta agama sekalipun bagi kepentingan politik. Sebab itu kadangkala mereka di luar islam merasakan mereka boleh campurtangan dan bersuara mengenai islam kerana agama dan politik digabungkan. Inilah jadinya.
5. Apa pun tahniah Pemuda PAS yang baru atas usul dan cadangan ini.
SIS terlalu liberal. cadangan bagus untuk tukarkan nama SIS kepada SIM
ReplyDelete