FOLLOWERS

Monday, 6 September 2010

KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU ADALAH HAK : DR SHAMRAHAYU ABD AZIZ , PENSYARAH UNDANG-UNDANG UIAM !







Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak istimewa orang-orang Melayu. Ia hendaklah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya. Ini kerana peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Mereka mungkin berkata, perubahan masa dan keadaan menuntut perubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah Perlembagaan negara. Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya.

Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153 sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan "hak" orang Melayu. Atas apa alasan sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang Melayu.

Hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif. Mempersoalkan kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Perlembagaan secara perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai kaitan dengan Perkara 153. Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif. Walaupun pendakwaan jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat jelas wujud di dalam Akta Hasutan.

Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru. Ia adalah antara menu utama dalam pembentukan asal negara ini.

Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu. Ketika pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran British. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja Melayu.
Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut mendapat reaksi negatif banyak pihak. (lihat Perenggan 165)

Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa. Walaupun begitu, Suruhanjaya berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga kedudukan bangsa Melayu. Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah prinsip "common nationality" diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 (lihat Perenggan 165).

Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil masa yang agak panjang. Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan Melayu. Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan.

Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi agenda utama negara. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi isu sensitif. Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.
Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing. Seorang cendekiawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa seperti beberapa batang besi yang diikat bersama. Batang-batang besi tersebut akan terlerai sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus. Batang-batang besi tersebut tidak dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap. Batang-batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya terputus.

Walaupun bersetuju dengan cadangan Parti Perikatan mengenai kedudukan istimewa Melayu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya keistimewaan Melayu disemak semula selepas 15 tahun. Kenapa 15 tahun? Adakah jangkamasa 15 tahun ini satu jangkamasa yang substantial? Jawapan kepada persoalan ini tidak dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid.

Jangkamasa 15 tahun adalah andaian Suruhanjaya Reid. Hakikatnya, hanya masyarakat Malaysia selepas merdeka yang menentukan. Secara prinsipnya, kenyataan Suruhanjaya Reid ini bukanlah sesuatu yang mengikat. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid dapat menentukan integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh mencapai objektifnya hanya dalam masa 15 tahun. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini.

Pengajarannya ialah jangkamasa 15 tahun cuma jangkaan Suruhanjaya Reid. Ia tidak semestinya benar dalam realiti.

Walaupun mencadangkan jangka masa 15 tahun untuk disemak semula peruntukan ini, Laporan Suruhanjaya Reid juga menyebut bahawa, ia terpulanglah kepada keputusan kerajaan yang memerintah, sama ada untuk mengekal, atau mengurang atau melupus keistimewaan tersebut. Keputusan kerajaan tersebut tertakluk kepada keadaan masyarakat Melayu semasa semakan tersebut dilakukan (lihat Perenggan 167).
Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu. Sekiranya integrasi antara pelbagai kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas. Selain daripada itu, sekiranya kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan. Atau, selagi orang Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus dikekalkan di dalam Perlembagaan.

Perlembagaan

Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153. Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Selain daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri. Justice Abdul Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara. Baginda boleh menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri.

Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 adalah satu "hak" dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya.

Saya perlu nyatakan bahawa Pekara. 153 adalah sebahagian daripada hak asasi. Pengiktirafan sebegini juga diamalkan di negara-negara lain. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat dicapai dengan memberi peluang kepada semua. Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga dikenali sebagai affirmative action.
Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam Perlembagaan. Ia hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaannya. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih "istimewa" berbanding amalan di Amerika Syarikat.

Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ia bukan tongkat kepada Melayu. Ia merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini adalah "Tanah Melayu". Ia tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada dan menyumbang kepada negara ini.

Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di negara ini. Kaum bukan Melayu tidak harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di dalam Perlembagaan.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu dan penghormatan tersebut sebenarnya di iktiraf oleh Perlembagaan. Walauapa pun, saya tidak fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif. Ia adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini.
Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara 153 adalah satu hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini. Walaupun peruntukan telah wujud sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Perkara 153 tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu.

Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini. Malah, apa yang kita saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.


Penulis ialah pensyarah Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Penghuni Gua : Semalam PG ada baca satu tulisan dari seorang peguam muda Melayu di satu blog, yang mempersoalkan keistimewaan orang Melayu dalam Perkara 153 adalah hanya keistimewaan dan dalam perkara 153 beliau mengatakan tak ada ditulis perkataan " Hak ".

2. Tulisan Prof Dr Shamrahayu ini dapat menjelaskan kedudukan sebenar Perkara 153 tersebut agar tindakan dan pandangan peguam melayu yang otak nya telah diliberalkan ini dapat ditangkis.

3. Keistimewaan di bawah Perkara 153 tersebut adalah sebenarnya " Hak ". Ia hak orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak !!!

7 comments:

  1. itu le yg menarik pasal negara ku malaysia. kedaulatan bangsa melayu sebagai pribumi dan tuan ditanah air sendiri di pelihara dalam perlembagaan negara. fuhhh hebat tu. mana ada dlm perlembagaan negara2 lain yg sebut perkara ni.

    melayu tu islam dan islam tu melayu. satu association yg hebat.

    tapi perkara2 ni cuba dinafikan pejuang2 yg kununnya lebih islam dari yg lain. iaitu PAS. ahaksss..

    parti kacukan siam iaitu PAS, muka tak tau malu. sebab tu amat benci dengan melayu dan islam.

    dulu kata umno anytime boleh ubah perlembagaan kalau mau hudud. sebab umno kuasai 2/3 parlimen. tapi skrg umno ada 80 kerusi parlimen , PAS ada 30 kerusi parlimen kalau campun dah lebih 2/3. tapi pas lagi rela nyorok blakang DAP.

    lagi celako sbb skrg dah buang negara islam dan hudud. siap sign perjanjian dgn kjaan PR. sudah ada perjanjian bertulis tak mau hudud dan islam. harkkktuihhh....ke muka nik aziz.

    50thn temberang org melayu dan islam.

    nik adli

    ReplyDelete
  2. Hak Melayu tetap terpelihara dalam Perlembagaan. Itu yang indahnya Tanah Melayu. Yang tak indahnya dan telah menjadi hakikat orang Melayu tak boleh maju ke depan, sentiasa dibelakang walaupun haknye dipertahankan. Sampai bila. Dah 53 tahun merdeka...

    Sialan...

    ReplyDelete
  3. Disebabkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan orang Melayu masih ada tempat di Malaysia. Kalau tidak entah la.....

    Mat Jerontot

    ReplyDelete
  4. Salam tuan PG & Sema2…,

    KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU ADALAH HAK : DR SHAMRAHAYU ABD AZIZ , PENSYARAH UNDANG-UNDANG UIAM !

    Sedarilah Melayu yang bermastautin dan menjadi hamba kepada bumi Malaysia telah dilindungi oleh perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sepatutnya sedia mengerti. Melayu yang bermaksud dan mempertikaikan sebagai “hak” adalah melaayuu yang telah termakan dan dipermaian2kan dengan polek2taik gulungan yang Melayu Islam tapi tak mengaku Melayu...!!! Gulungan ini turut tertelan bara perkauman yang cuba dicetuskan sebilangan kaum kafir yang di sokong oleh gulungan tersebut.

    Dari kehendak dan pendapat pemimpin2 yang dinamakan polek2taik yang telah banyak meracuni pemikiran2 Melayu yang seperti inilah menjadikan Pagar Negara (Perlembagaan Persekutaun) dibedah pecah dikorek rebah dihapus lenyap dari menjaga kepentingan Negara tempat tumpah darah dari keturunan datuk nenek moyang monyeng suatu hari kelak...!!!.

    Lihat melalui gambaran2 pencetus perasaan mengguris hati Melayu Islam telah dilakukan oleh melaayuu sendiri. Banyak paparan melalui media seperti bencana terhadap masjid, menafikan hak/kepentingan Melayu, merosakan imej Melayu, merosakkan imej Islam ini adalah paduan bersama gulungan yang gilakan kuasa melalui rampasan yang terang2 bersekongkol dengan gulungan yang telah menolak Islam dan Melayu.

    Awas...!!! jangan biarkan fuckatan mendarat di mana-mana jua di bumi yang pemimpin mereka sendiri nafikan “hak” melalui Benteng Negara ini. Gulungan ini bukan sahaja menolak perlembagaan yang diguna pakai, tapi perkara yang mereka idamkan dan persalahkan orang lain sanggup mereka ketepikan apatah lagi sesuci “Islam” mereka laung2kan selama ini mereka sanggup ketepikan dengan mudah. Apatah lagi “hudud” yang merupakan rekaan semata-mata hanya diletakan dicelah kelangkang pemimpin2 fuckatan semata2. Sekali terjurumus terlau sukar untuk diperbaiki walupun berjaya kecok dengkut dan parutnya pasti ada.

    Pang5 Beliung mohon ampun maaf berbahasa kasar, mejelng hari lebaran kepada semua masyarakat Malaysia khususnya Melayu Islam...

    ReplyDelete
  5. Alahamdulillah, kefahaman Dr Shamrahayu berkenaan falsafah Artikel 153 kini semakin matang. Artikel 153 adalah suatu pengendosan akan hak Melayu sebelum wujudnya Persekutuan Malaysia kerana orang-orang Melayu sudahpun merupakan rakyat Yang diPertuan Negeri (iaitu Sultan) masing-masing. Keistimewaan itu sudah pun wujud dan artikel 153 mempertahankan hak tersebut bagi orang melayu dan natif-natif tanpa mengetepikan hak legitimate kaum yang lain yang bebas berniaga dan sebagainya. Persoalan ekuiti 30% itu adalah minimum benchmark, sepatutnya 100%. Bahawa Penjaga keistimewaan orang melayu dan natif-natif termasuk hak legitimate kaum yang lain adalah YDPA dan bukannya mana-mana parti politik, parlimen dan sebagainya.

    Bagi memahami artikel 153, perbincangan suruhanjaya Reid tidak boleh dijadikan suatu kayu pengukur yang kuat akan skopnya kerana dalam perbincangan apapun boleh dibincang namun penghujungnya tetap sekadar pandangan bukannya ketetapan. Artikel 153 hendaklah dilihat dengan memahami sejarah orang Melayu dan Negeri-negeri Tanah Melayu itu sendiri. Sejarah lebih mengikat berbanding Reid commission.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taksubsainspuncasejarahdipinggir/Article/index_html

    Taksub sains punca sejarah dipinggir
    Oleh Zanariah Abd Mutalib

    2010/08/25

    Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

    Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    1Malaysia bukan minta Perlembagaan dipinda secepat mungkin. Dari dulu keistimewaan orang Melayu sudah diperakui iaitu sejak dari zaman British kerana mereka adalah rakyat Raja Melayu.

    Bagaimanapun, pada masa ini, ada orang nak timbulkan kekacauan yang bukan-bukan termasuk mempersoalkan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang tidak ada kaitan dengan logik dan undang-undang, katanya.

    ReplyDelete
  6. Laksamana Hang Tuah ada menyebut "Tidak Melayu Hilang diDunia". Apa yang disebut beliau kini diendoskan didalam artikel 153 perlembagaan Malaysia. Kasyaf Hang Tuah ternyata betul 500 tahun kemudian dan bukti keunggulannya dulu kini dan selamanya. al fatihah pada Hang Tuah.

    ReplyDelete
  7. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

    Jangan persoal kontrak sosial
    KUALA LUMPUR 7 Sept. - Rakyat Malaysia yang mempersoal atau mempertikaikan kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan demi perjuangan politik boleh dianggap sebagai buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan Negara.

    Pakar Sejarah Negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, kontrak sosial yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan satu ikatan sosial antara kaum dan ia tidak boleh dipersoalkan rakyat negara ini terutama dalam perjuangan politik.

    "Seluruh masyarakat perlu patuh Perlembagaan tersebut dan perlu menghayati segala aspek mengenai kontrak sosial supaya keamanan negara terus terjamin.

    "Jangan jadikan perkara tersebut sebagai modal untuk kepentingan peribadi. Kita perlu fikir kesejahteraan dan sensiviti semua kaum," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan -perkara yang sudah disepakati pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan.

    Najib juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan daripada mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum lain.

    Kay Kim berkata, kontrak sosial tidak boleh dipersoal dan dimanipulasikan untuk tujuan politik.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan -perkara yang sudah disepakati pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan.
    Najib juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan daripada mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum lain.

    Kay Kim berkata, kontrak sosial tidak boleh dipersoal dan dimanipulasikan untuk tujuan politik.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR