FOLLOWERS

Sunday, 26 September 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BUANG KERJA / CONSTRUCTIVE DISMISSAL !




[1992] 1 MLJ 230
Holiday Inn, Kuching v Lee Chai Siok Elizabeth
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — ORIGINATING MOTION NO KG 21
OF 1990

Judges HAIDAR J

Date 18 OCTOBER 1991
Citation [1992] 1 MLJ 230


Catchwords:

Labour Law — Constructive dismissal — Test applicable — Jurisdiction of Industrial Court — Industrial Court committing error of law in applying wrong test — Industrial Relations Act 1967 s 20(1) & 3

Labour Law — Dismissal — Compensation — Award of compensation in lieu of reinstatement — Whether Industrial Court can award compensation when claim for reinstatement had been abandoned — Industrial Relations Act 1967 s 20(1) & (3)

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon memohon mendapatkan perintah certiorari untuk memaward Mahkamah Perusahaan bagi pampasan dan gaji tersebagai ganti penempatan semula penentang. Mahkamah Perusahaan telah mendapati bahawa penentang telah dibuang kerja tanpa sebab atau alasan yang berpatutan daripada pemohon. Penentang berhujah bahawa pembuangan kerja konstruktif telah berlaku dalam kesnya. Pada mulanya semasa membuat perwakilan beliau mahu pesemula di bawah s 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (‘Akta itu’) tetapi semasa pembicaraan di hadapan Mahkamah Perusahaan beliau telah meminta ganti rugi sebagai ganti penempatan semula.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Mahkamah Perusahaan telah menerima ujian kontrak sebagai ujian yang sepatutnya bagi ‘perbuangan kerja konstruktif’ dan telah mendapati bahawa pemohon tidak mengingkari kontrak itu. Keputusan Mahkamah Perusahaan yang kelakuan majikan petidak adil dan munasabah menunjukkan bahawa ‘ujian ketakmunasabahan’ menjadi asas keputusannya. Mahkamah Pe, dalam membuat keputusan yang salah bahawa pemkerja telah berlaku berasaskan ‘ujian ketakmunasabahan’, telah melakukan satu kesilapan undang-undang yang menyentuh bidang kuasa mahkamah. Jikalau ia menggunakan ujian kontrak yang betul, sudah tentu tiada ‘pembuangan kerja konstruktif’ berdan Mahkamah Perusahaan tidak akan mempunyai bidang kuasa untuk bertindak.

(2) Penentang tidak termasuk di dalam lingkungan peruntukan s 20(1) dan (3) Akta itu kerana badan perundangan bermaksud supaya permohonan dibuat kepada Mahkamah Perusahaan cuma berkenaan dengan penempatan semula dan apabila penempatan semula tidak lagi dipohon, Mahkamah Perusahaan tidak lagi mempunyai bidang kuasa. Hak untuk mendapt pampasan harus menjadi isu dalam perwakilan bagi penempatan semula dan semestinya timbul di mana mahkamah enggan memerintahkan penempatan semula. Dalam kes ini penentang tidak mahukan penemsemula dan tiada asas untuk memberi ganti rugi atau pampasan sebagai ganti penempatan semula. Mahkamah Perutelah membuat kesilapan undang-undang yang menjejas bidang kuasanya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

5 comments:

  1. En Arif sila buang gambar yang encik gunakan....itu gambar saya.........
    http://arifomar.blogspot.com/2010/08/merdeka-merdeka-merdeka.html

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum.. tuan,saya telah dibuang dengan sebab serta alasan tidak munasabah oleh majikan sy ini kerana sy telah bercuti kerana membuat rawatan denggi yang dihadapi anak saya. sy telah bertindak sewajarnya dengan memberitahu kepada pihak atasan akan masalah yang dihadapi ketika itu dan pihak atasan membenarkan permohonan saya tetapi bila pihak JTK minta penjelasan lain pula cerita saya cuti tampa kebenaran. masalah sy timbul apa bila sy telah menandatangani perintah borang C baki gaji rm700 sebagai penyelesaian penuh tuntutan saya. Untuk pengetahuan tuan sewaktu menandatangani peritah itu saya bertanyakan jika saya mahu miminta kerja disyarikat itu bolehkah saya berbuat demikian penolong pengarah berkata boleh di mahkamah perusahaan. Keesokkan hari saya mohon penjelsan ketuan pengarah mengenai bayaran penyelesaian hanya menyebut bayaran baki gaji sedangkan dlm tuntutan saya 1)faedah ganti notis 2 minggu 2) baki gaji 2 minggu adalah tuntutan saya kepada majikan, ketua pengarah tidak melayan rayuan saya. Timbul masalah dimana mtuc tidak mahu mewakili saya disebabkan saya menyebut dalam tuntutan saya faedah ganti notis. kini saya ada buat tuntutan secara sendirian diperusahaan soalan saya apakah saya akan menghadapi nasib yang sama seperti diatas sekiranya keadaan atau keputusan mahkamah perusahan nnti menyatakan saya tidak kembali ke majikan? perkara ini terjadi sbb saya tidak arif tentang perundangan ini,mohon pencerahan..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR