FOLLOWERS

Monday, 13 September 2010

PEMASYHURAN DYMM TENGKU MOHAMMAD FARIS PETRA : DAULAT TUANKU !!!!


Penghuni Gua : Junjung Kaseh Tuanku. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. PG memanjat doa ke hadrat Ilahi , semuga Allah menyatukan semua kerabat DYMM Al Sultan Kelantan. Terima lah Pemashyuran DYMM Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai DYMM Al Sultan Kelantan yang baru.

2. Kehadapan DYMM Tuanku Ismail Petra, PG memanjat doa ke hadrat Ilahi, semuga DYMM cepat sembuh dari kegeringan dan sejahtera senantiasa. Amin.

3. Semuga Allah memelihara dan merahmati ke semua Institusi dan tahta kerajaan naugan DYMM Raja - Raja Melayu di Malaysia . Amin. DYMM Raja-Raja Melayu dan institusinya adalah pelindung agama dan rakyat. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Nota : Kepada semua kerabat : Ingat ! Banyak pihak amat berminat dan cuba mengambil kesempatan dari isu ini dengan berbagai agenda yang mana akhirnya tujuan mereka hanya satu, iaitu untuk melemahkan isntitusi ini dalam jangka panjang. Itulah agenda akhir mereka. daulat Tuanku!!!!

5 comments:

  1. Daulat Tuanku!

    Tetapi kenapa bekas Sultan beriya-ria mahu menyaman..
    Bukan kah lebih baik dipanggil mengadap kenapa anakanda berbuat demikian atau tanay kenapa perlu nak rampas kuasa .
    Jangan lah tahu diri tidak mampu masih mahu memegang jawatan sedarlah semua ujian tuhan untuk kita bertaubat selagi masih ada nyawa.
    Jawatan , pangkat , gelaran hanya lah mainan dunia.. dan satu lagi mungkin kah takut kepada orang sebelah.??

    Apa pun Daulat Tuanku semoga pemerintahan dibawah payungan dan naungan tuanku dapat mengembalikan kegemilangan Kelantan dibawah pimpinan Menteri Bersa sekarang

    ReplyDelete
  2. ORANG LAIN YANG NAK SAMAN. GUNA NAMA DYMM TUANKU YANG SEDANG GERING/ ITU AJE.

    KATAK PURU

    ReplyDelete
  3. Daulat Tuanku....Daulat Tuanku......Daulat Tuanku...

    PG, kawan setuju amat dengan pandangan tuan bahawa banyak pihak berminat mengambil kesempatan dari isu ini untuk melemahkan isntitusi Raja...kerana itulah iulah agenda sebenar mereka......

    ReplyDelete
  4. Salam,

    1 Sebab itu, memuhasabah diri itu merupakan satu tuntutan dlm beragama, selain yakin kpd qada' & qadar Allah SWT.

    2 Srahkanlah hak kpd yg berhak & layak utknya supaya dapat dilaksanakan tangungjawab, apatah lagi yg ada kaitan dgn tuntutan syara', sebaik mungkin.

    3 Mengejar2 & meminta2 yg bukan utk kita, apatah lagi dlm kaadaan diri tidak layak & tdak berdaya upaya lagi memikulnya, tidak lain hanya menempuh jalan lebar ke arah menumpuk2kan dosa saja. Dunia memang amat2 sedap, tapi pasti ada tuntutan & hisabnya yg sangat teliti di akhirat kelak.

    4 Sebab itu lslam mengajarkan agar umatnya beringat2, iaitu bertaubat, selagi nafas belum putus.

    5 Ya Allah, Ya Rabb, Engkau jadikanlah para pemimpin kami tergolong dlm kalangan hamba2-Mu yg berjuang ke arah menegakkan sistm hukum2-Mu, iaitu sistem syari'at kaffah sebagai peraturan hidup, bagi menggantikan sistem sivil-thahgut yg sedang dipaksakan ke atas kami sekarang demi meraih kehidupan yg Engkau janjikan - baldatun thayiibatun wa Rabbun ghaffur, di dlm pelukan syariat, di bawah naungan Daulah Khilafah. AAmiin..

    abu faiq

    ReplyDelete
  5. Salam tuan PG & Sema2...,

    Daulat tuanku, daulat tuanku, daulat tuanku... Sememangnya setuju dan dalam erti kata lain, patek merafak sembah ke bawah DYMM tuanku...!!!.

    Malang juga kalau nak dipekatakan. Rakyat tidak dinyatakan sebelum ini, apakah boleh dilakukan sedemikian. Batang tubuh DYMM ayahnda masih boleh melihat telatah suku sakat rakyat yang memimpin negeri yang jika keadaan timbul perasaan tegang terhadap rakyat yang dipimpin...

    Permasyurahan pemerintahan baru negeri itu apakah ada jalan penyelesaian yang sebaik2nya.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR