Walaupun sudah dua kali didapati bersalah oleh
mahkamah kerana menyiarkan laporan-laporan yang berunsur fitnah terhadap ketua
menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, akhbar
Utusan Malaysia tampaknya masih tidak serik.
Dengan tajuk
sensasi, "Haram sokong DAP" pada muka hadapan serta laporan susulan di muka
surat dalaman, Utusan Malaysia telah menyiarkan beberapa tuduhan liar
seperti yang dipetik di bawah:
Adalah haram dan berdosa untuk umat
Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam
serta pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata, agenda perjuangan
DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan
sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam
dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan
negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu
sama rata..."
(Dipetik daripada "Haram, berdosa undi DAP",
mukas urat 5, Utusan Malaysia 8 Ogos 2012.)
Adalah jelas di sini
bahawa laporan tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menabur fitnah dan
implikasi bahawa:
- DAP merupakan parti yang haram.
- DAP tidak menerima Perlembagaan Persekutuan.
- DAP merupakan parti kafir harbi.
Tuduhan bawa implikasi DAP kafir
harbi
Umum mengetahui bahawa DAP merupakan sebuah parti
pelbagai bangsa yang sah atau "halal" dari segi undang-undang.
Perjuangan DAP pula berteraskan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan,
kebenaran, kesaksamaan dan demokrasi, sepertimana yang diperjuangkan parti-parti
rakan dalam Pakatan Rakyat yakni PAS dan PKR.
Selama 46 tahun sejarahnya,
tidak sesekali pun DAP diharamkan atau dibatalkan pendaftarannya. Tambahan juga,
sekian lama ini DAP telah berjuang di bawah kerangka kenegaraan Malaysia sebagai
sebuah demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem Raja
Berperlembagaan.
Prinsip perjuangan DAP bukan sahaja terpahat dalam
perlembagaan parti, tetapi juga diulangi dalam Deklarasi Shah Alam, iaitu suatu
ketetapan yang telah dipersetujui dalam persidangan kebangsaan parti awal tahun
ini.
Antara lainnya, wakil-wakil kebangsaan DAP telah menegaskan
"komitmen untuk mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua
negara.
DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia
sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat
merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963."
Oleh itu, dakwaan bahawa DAP
merupakan sebuah parti haram yang menolak Perlembagaan Persekutuan itu jelas
merupakan fitnah dan tohmah semata-mata.
Laporan Utusan Malaysia
tersebut juga membawa implikasi bahawa DAP adalah parti kafir harbi, hatta
menjadi musuh yang ingin memerangi Islam.
Tidak musuhi mana-mana agama
Ini merupakan
satu tuduhan yang sangat berbahaya dan jelas dilakukan dengan niat untuk
mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama.
Apakah asas untuk tuduhan
sedemikian memandangkan DAP tidak pernah memusuhi mana-mana agama?
Malah, DAP jelas mendukung agama Islam sebagai agama Persekutuan dan
pada masa yang sama ingin memelihara kebebasan rakyat untuk mengamalkan
agama-agama lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan.
Justeru, tuduhan sedemikian tidak mempunyai asas langsung serta berunsur
hasutan.
Untuk mengelak daripada sebarang kekeliruan dan ancaman yang
mungkin timbul akibat tuduhan-tuduhan palsu yang tidak bertanggungjawab oleh
Utusan Malaysia, saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat
Daerah, Jalan Patani, Pulau Pinang pagi tadi.
Walaupun kecewa dengan
tindakan lidah rasmi Umno, khususnya dalam bulan Ramahan yang mulia ini, saya
pasti bahawa rakyat Malaysia tidak senang termakan dengan umpan hasutan yang
cuba dimainkan oleh Utusan Malaysia.
Lagipun, suratkhabar milik
Umno ini sudah pun beberapa kali dibuktikan memfitnah oleh mahkamah.
ZAIRIL KHIR JOHARI setiausaha politik kepada setiausaha agung
DAP. A
Penghuni Gua : Kah kah kah kah !!!!! Bila lembu Melayu yang dapat upah seringgit dua dari kafir harbi DAP bercakap, kita naik gelak membacanya.
2. Lebih-lebih lagi lembu Melayu ini tak hidup semasa 13 mei dan tak tahu perangai DAP semasa kejadian tersebut.
3. Lembu Melayu ini masih belum sedar dan tak akan sedar langsung , bahawa mereka telah dilembukan oleh DAP. Kesian. Kah kah kah kah kah !!!!!!!
Kenapa si Zairil ni beriaia sangat mempertahankan DAP.....ada ke dia ni tak ada sifat Kemelayuan langsung dan tak faham apa yang telah menjadi sejarah semasa 13 Mei 1969.Mungkin kah dia ni masih berada dalam perut ibunya semasa peristiwa 13 Mei 6 berlaku? Orang yang macam inilah patut diberi pendidikan agama oleh puak2 dalam sendiri.
ReplyDeletedia bukan melayu. khir johari bukan bpak kandung dia. dia 100% cina bukit. entah kenapa berbinkan khir J
ReplyDeleteBetul tu. Dia bukan anak kandung khir johari. Ngaku nya bagai nak rak lah. Emak dia bini khir johari, tu saja.
Deletedia anak lembu khir johari la weiiii.. bapak lembu tuh minat dgan nama khir johari..omak lembu ngikut saje..
ReplyDeleteSusah betul puak2 UMNgOk Be-eNd ni nak terima kenyataan yg keluar dari anak kepada pemimpin UMNgOk be-eNd...
ReplyDeleteSian...sian... nyawa dah kat hujung halkom pun masih tak percaya UMNgOk Be-eNd bakal KARAM!
Ayuh sume Pengundi... JOM BERUBAH, cukup la 54 tahun digula-gulakan dgn HIDUP MELAYU sedangkan yg dihidupkan hanya pemimpin UMNgOk Be-eNd... rakyat pulak diHIRUP darahnya sampai kurus kering.
ABU - Asalkan Bukan UMNgOk Be-eNd...