Agenda Daily
Apa bezanya Datuk T, tukang dedah video seks Anwar dengan kes Rafizi NFC...?
Akhir-akhir ini wujud pemikiran baru dikalangan pembangkang seolah
mereka ada lesen besar untuk langgar undang-undang.Senang cakap berani buat..tak
berani tanggung. Makanya bila kerajaan bertindak 'lambat siang' riuh tuduh zalim
dan menindas mereka dengan akta-akta yang draconian.
Macam kes terbaru membabitkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang didakwa
di mahkamah kerana membocorkan maklumat sulit perbankan milik individu lain
kepada umum.Itu sah-sah salah sekalipun beliau dabik dada sebagai hero yang bongkar
skandal NFC.
Riuh-rendah penyokong pembangkang bangkitkan soal
whistleblowers kononnya Rafizi masuk kategori tersebut dan tidak boleh
didakwa.
Beliau dituduh di mahkamah pada Rabu di bawah Seksyen 97(1) BAFIA bersama
seorang lagi bekas kerani bank yang berperanan menyerahkan dokumen-dokumen sulit
tersebut kepada Rafizi.Rafizi pula tidak membuat sebarang laporan polis sebelum dokumen tersebut
didedahkan sebaliknya mengadakan sidang akhbar dan memberitahu umum kewujudan
akaun bank itu.
Hasrat Rafizi bongkar skandal NFC itu satu isu lain, sedangkan mendedahkan
maklumat bank orang lain itu isu berasingan.Jadi ada dua hal yang berbeza di
sini. Rafizi kata Ahli Parlimen Kota Belut Abdul Rahman Dahalan "telah gigit apa
yang tidak mampu dikunyahnya," atau dalam kata lain terlebih aksi.
Kes Rafizi ini sama dengan kes video seks yang 99.99 peratus didakwa
membabitkan bos Rafizi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Apabila geng Datuk Trio membongkarkan salah laku dan skandal membabitkan
ketua pembangkang, dalam sistem demokrasi ia tidak salah.Apatah lagi terang-terang dalam video tersebut mukanya, ada tarikh dan ada
individu lain yang nampak dalam rakaman tersebut.
Keutuhan pendedahan itu
diperkuatkan lagi dengan kajian pakar luar negara yang mengesahkan video seks
itu 99.9 tulen.Tetapi ketiga-tiga mereka, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Tamhby
Chik dan Datuk Shuib Lazim di dakwa di mahkamah dan mengaku salah. Apa kes?Kes mereka bertiga adalah tayang video lucah tersebut kepada umum (wartawan)
di Hotel Carcosa di ibu negara.
Mendedahkan skandal Anwar itu tidak
salah, tetapi menayangkan video lucah kepada umum itu salah.Mereka
bertiga didakwa dan mengaku salah di mahkamah.Tidak ada siapa pun dikalangan penyokong kerajaan yang menjulang mereka
sebagai hero atau desak mere
Sebab semua faham, dalam hendak membongkarnya ketiga-tiga mereka telah
'melanggar garisan' dan di Malaysia atau mana-mana negara berdaulat yang langgar
garisan kena hukum.Tidak perlulah hendak jadikan Rafizi sebagai hero dan gunakan wang rakyat
Selangor untuk tanggong khidmat guaman membelanya.
Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, pembangkang tidak
seharusnya membiarkan orang bersalah menjadi hero dalam masyarakat.Katanya, orang bersalah akan tetap bersalah dan menerima hukuman yang
sepatutnya dan bukan diletakkan sebagai penyelamat.
"Kalau Rafizi atau sesiapa pun bersalah memang patut terima hukuman dan tak
boleh lepaskan diri. Jangan jadikan dia sebagai hero pula, itu tak wajar," kata
beliau.Mudah cerita, jangan ingat bila kita jadi pembangkang kita dapat tiket untuk
buat apa sahaja ikut suka hati dan apabila kerajaan bertindak maka itu bermakna
kerajaan menindas pembangkang.
Rafizi bukanlah kes pertama bagi perkara yang melibatkan BAFIA. Terdapat
beberapa kes lain yang melibatkan kesalahan yang tidak disengajakan.
Bagaimanapun, segalanya jatuh kepada undang-undang.Beberapa tahun lalu, terdapat kes dimana seorang lelaki telah berjaya
menyaman sebuah bank di Malaysia kerana membocorkan maklumat.
Pada April 1997, lelaki ini membuka akaun semasa, akaun simpanan dan akaun
deposit tetap dibawah nama beliau dan anak-anak dan telah memberikan pihak bank
alamat-alamat tertentu.Pada 17 Mac 2007, tanpa kebenaran daripada lelaki berkenaan, pihak bank
tersebut telah menghantar kenyataan akaun kepada alamat yang salah. Daripada
itu, isteri plaintif mendapat tahu bahawa perkara ini telah memberi masalah
antara mereka.
PIhak bank mengaku bahawa lelaki ini tidak pernah diberitahu akan pertukaran
alamat tersebut dan tidak pernah memberitahu pihak bank agar menukar alamat.Hakim kemudiannya menyatakan bahawa pihak bank telah menyalahguna maklumat
terhadap akaun lelaki ini yang kemudiannya membolehkan beliau mendapat kadar
faedah sebanyak 8% setahun.
Tidak ramai yang tahu bahawa maklumat sulit adalah antara perkara yang
terpenting bagi sistem perbankan. Sebabnya adalah mudah - ini adalah kerana
hubungan antara pihak bank dan pelanggan sepatutnya sentiasa sulit.Pihak bank tidak dibenarkan untuk mendedahkan sebarang maklumat pelanggan
kepada pihak berkuasa, melainkan terjadinya perkara-perkara seperti kes jenayah
yang telah difailkan.
Rahsia bank banyak digunapakai di negara-negara seperti Switzerland,
Singapura dan Luxembourg serta bank-bank 'offshore' dan kawasan yang
dilindungi daripada cukai dan lain-lain.Malaysia menggunakan undang-undang British bagi maklumat sulit bank dan
negara ini telah meluluskan Akta Perbankan dan Insitusi Kewangan (BAFIA) pada
tahun 1989.
Di bawah BAFIA, terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti sebelum
sebarang maklumat pelanggan boleh dikeluarkan.Akta ini memastikan agar pegawai-pegawai bank tidak mendedahkan sebarang
maklumat pelanggan. Perkara ini juga diaplikasikan kepada mereka yang telah
meninggalkan sektor perbankan.
Sebab itu bagi Abdul Rahman Dahlan, Rafizi sepatutnya meneliti undang-undang
di negara ini sebelum terlalu ghairah membuat mana-mana pendedahan bersabit
maklumat dan hak individu di setiap perbankan.
"Dalam cubaan kita untuk menguruskan negara, kita tidak boleh melanggar
undang-undang walaupun tujuan kita itu baik tetapi melanggar undang-undang
adalah satu perkara yang tidak betul.
"BAFIA dibuat supaya kita mempunyai sistem di mana tidak ada orang boleh
menyebarkan maklumat perbankan seorang individu yang lain, jadi di situ sudah
berlaku satu kesalahan," katanya.
Menurut Rahman, apa yang jadi pada Rafizi semalam turut boleh dikenakan
kepada sesiapa sahaja yang tersilap catur dalam meneliti sebarang kekebalan
undang-undang di negara ini.
"Kalau pihak polis menggunakan kekerasan dan didapati betul, dan pihak
mahkamah mendapati ia salah, mereka juga patut mengikut peraturan.
"Perkaranya ialah cara mendapatkan maklumat itu, jika didapati daripada cara
yang tidak betul, maka ia tidak boleh digunapakai dalam sistem kehakiman,
beginilah juga kes Rafizi.
Walaupun mungkin, dia hendak beri tahu orang ramai atas isu NFC tetapi
menggunakan platform parti untuk membawa satu maklumat mengenai perbankan orang
lain dan itu salah, jadi kita perlu hormati undang-undang," katanya lagi.
Rafizi didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank
Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn
Bhd dan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau
mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat
PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac
lalu.
Beliau didakwa mengikut BAFIA, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1)
(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda
maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan
Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.
Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) BAFIA, dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 103 akta yang sama.- 3/8/2012 - OLEH HELME HANAFI
Penghuni Gua : Itulah perbezaannya antara Rafizi Lembu ini dengan Trio Dato T. Kah kah kah kah kah !!!!! Padan muka ko Rafizi. Ada pulak , Kerajaan Selangor guna duit rakyat bela penjenayah ini dengan duit rakyat Selangor yang tak ada kena mengena dengan rakyat Selangor dan kerajaan. SPRM.... apa tunggu lagi !!!! Buta ke ????
PG Hindu anak Omar... hang salah quote! Yang LEMBU tu bukannya Rafizi tapi Kak Ijat sekeluarga. Dan yg diLEMBUkan plak...Menteri Pertanian masa dgn TPM dan PM masa tu! Yg dok angguk je mcm lembu...sbb dah disogok rumput kering adalah puaka2 UMNgOk Be-eNd (opss...silap lagi tertambah huruf a plak, hiish! memang layak pun).
ReplyDeleteYg hidup mcm LEMBU... sape lagi kalo bukan PG Hindu anak Omar. Hidup kan anak-bini dgn hasil menfitnah dan mengumpat dlm blog!