FOLLOWERS

Tuesday 28 January 2014

POLIS SYARIAH : TAK PERLULAH !!!!!!!!

 
KOH LIPE THAILAND
 
 
MSTAR
 
Bidang Kuasa Polis Syariah Jadi Persoalan
 
 
 
 
PETALING JAYA: Sebuah unit polis baru akan ditubuhkan dan berpusat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membantu menguatkuasakan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah Islam.
 
Pelan ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan di kalangan pakar perlembagaan dan peguam syariah mengenai keperluan penubuhannya serta bidang biasa yang ada akan diberikan.
 
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha pada Ahad mengesahkan bahawa unit itu akan ditugaskan untuk menguatkuasakan semua kesalahan jenayah Syariah dan bukan hanya berkaitan isu Syiah dan ajaran sesat sahaja seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Disember lalu.
 
Hingga kini pakar perundangan masih lagi tertanya-tanya mengenai kuasa pasukan polis dalam menguatkuasakan undang-undang Syariah yang hanya terpakai kepada orang Islam.Kumpulan berkenaan menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Jakim supaya memberikan butiran lanjut mengenai penubuhannya dengan segera.
 
Menurut mereka hal ehwal agama berada di bawah bidang kuasa negeri manakala pasukan polis terletak di bawah kuasa Persekutuan.Bagaimanapun Othman berkata kajian mendalam mengenai penubuhan unit itu masih dilaksanakan dan memberi jaminan bahawa Jakim dan KDN memberi perhatian khusus mengenai bidang kuasa agama negeri.
 
Ditanya sama ada unit baru itu hanya terhad kepada tugas membantu pihak berkuasa agama negeri untuk menangani ajaran sesat atau bagi membantu untuk menguatkuasakan semua undang-undang syariah, Othman berkata: "Semua kesalahan jenayah Syariah."...............................................................................................

Penghuni Gua : Pada pandangan PG , tak perlulah ada polis Syariah. Semua nak dibebankan pada polis. Jabatan Agama negeri dah ada penguatkuasa sendiri. Gaji dapat. Buatlah kerja. Jangan dok nak cekik darah polis. Yang susah dan sendiri tak tegas kemudian nak lumur tahi pada polis.

2. Polis baik kekal dalam keadaan sekarang. Hanya mengiringi penguatkuasa Jabatan Agama semasa serbuan.  Cukup.

3. Jabatan  Agama ini tak isu sebenarnya. Hnaya tak tegas dalam perlaksanaan kerja. Undang-undang dah cukup untuk melindungi mereka dan untuk kerja mereka.

4. Dah tak tegas... itu yang orang hilang hormat.

5. Kepada PDRM, baik bantah idea ini. Buat busuk nama polis aja. Buat kerja yang merupakan tahi orang lain....... Saya tetap tak setuju.
 

2 comments:

  1. WAJIB adalah POLIS Syariah..klu betul2 nk jd negara Islam.. kenapa ko ni ngok sgt skrg ni bykl kes maksiat.. bidang kuasa pencegah maksiat tahap mana jer.. ko takut ke dgn Polis Syariah? kantoi??

    ReplyDelete
  2. Dlm pdrm dah ada bhg maksiat,judi aka D7...cuma AG kena bg lebih kuasa pd polis utk mendakwa mcm dulu2 dan tidak sekadar buat tangkapan saja dan lps.polis kita mencukupi utk membantu jbtan ugama negeri dlm hal2 berkaitan keugamaan.dari dulu lg pdrm bekerjasama dgn pjbt ugama dlm membenteras maksiat dan segalanya cuma ianya tidak di hebohkan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR