FOLLOWERS

Saturday, 25 January 2014

UNTUK KHALID GEREJA, MAHFUZ, MUJAHID, MAT SABUN DAN ALJUBURI !!!!!!!

UTUSAN MALAYSIA

Minta Vatican isytihar Allah tuhan dahulu

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Pihak gereja Roman Katolik di Malaysia sepatutnya meminta Vatican mengisytiharkan Allah adalah tuhan bagi mazhab itu sekiranya mereka ikhlas ingin menggunakan kalimah tersebut.Bekas Ketua Hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, apa yang menimbulkan persoalan kepada umat Islam dan Kristian sekarang ialah pihak gereja Roman Katolik tidak berbuat demikian, sebaliknya hanya mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu di sini.

"Jika mereka betul telah insaf bahawa Allah itu tuhan mereka, mengapa mereka tidak meminta Pope di Vatican mengisytiharkan bahawa tuhan Roman Katolik adalah Allah?"Takkanlah ini pun orang Melayu dan Islam termasuk ulama tidak boleh nampak (tujuan sebenar)?" katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan bertajuk Hak Asasi: Peranan dan Perspektif Perlembagaan Malaysia dan Islam di dalam Forum Kebangsaan Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini hari ini.

Forum tersebut anjuran bersama Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.Menurut Abdul Hamid, tujuan sebenar pihak berkenaan membangkitkan isu kalimah Allah sekarang adalah untuk mengkristiankan orang Melayu dan memecah-belahkan mereka dengan pribumi Sabah dan Sarawak.

Katanya, ini kerana selama 500 tahun agama Kristian Roman Katolik bertapak di negara ini, pihak gereja dan penganut mazhab itu tidak pernah mengatakan Allah adalah nama tuhan mereka.Malah, katanya, mereka mempersendakan Allah sebagai nama tuhan orang Islam.

"Sekarang pun, mereka hanya hendak menggunakannya (kalimah Allah) semasa menggunakan bahasa Melayu."Apa tujuannya? Untuk meyakinkan orang Melayu bahawa dengan mengikut cara hidup dan sembahyang mereka yang lebih mudah dan seronok, orang Melayu tetap beriman kepada Allah," katanya.

Di samping itu, beliau meminta umat Islam di Malaysia supaya menyedari bahaya ungkapan 'Abrahamic religions' (agama-agama Ibrahim) oleh kalangan mereka sendiri kerana dikhuatiri boleh memakan diri sama seperti kalimah Allah."

Soalan saya, Nabi Ibrahim as menyebarkan berapa agama? Mungkin ungkapan itu sesuai digunakan di Amerika Syarikat," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid menyatakan bahawa undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis yang diperjuangkan oleh aktivis hak asasi manusia tidak boleh dilaksanakan ke atas orang Islam kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Beliau berkata, sekiranya diperkenalkan, undang-undang tersebut tidak sah dan terbatal kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan undang-undang keluarga bagi orang Islam adalah hukum syarak.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140125/dn_12/Minta-Vatican-isytihar-Allah-tuhan-dahulu#ixzz2rM6wkmKr © Utusan Melayu (M) Bhd 

3 comments:

  1. Puak-puak liberalisme dalam PAS memang tak boleh berfikir dengan waras. Cakap mangkuk general degree yang jadi rujukan, cakap ulama dan ilmuwan diketepikan..

    ReplyDelete
  2. Soalan aku senang je...kalu aku kata pendirian kjaan BN adalah org bukan Islam dibenarkan menggunakan perkataan Allah betul atau tidak? cai2 diminta jwb betul atau tidak je...jgn spin2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engko ni bengong ke apa?

      Delete

PETA PELAYAR