
KUALA LUMPUR 16 Jun - DAP Perak akan menguatkuasakan perjanjian yang mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta jika bertindak keluar daripada parti itu.
Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, semua wakil rakyat DAP sebelum ini telah menandatangani perjanjian tersebut selepas Pilihan Raya Umum 2008 bagaimanapun ia tidak dikuatkuasakan.
"Kita telah memutuskan perjanjian itu perlu ditandatangani setiap calon yang dipilih mewakili DAP pada ketika itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Rupanya PR khasnya DAP tak lah sekuat mana. Rupanya MPs dan ADUNs DAP juga bukan setia sangat dengan DAP. Semuanya kerana perjanjian syaitan yang dibuat untuk mengikat mereka ( peras ugut namanya ) agar tidak melompat parti.
2. Rupanya juga DAP sendiri tidak percaya kepada pemimpin mereka sendiri. Apa erti semua ini? Parti sebegini kah yang berhasrat nak ke Putra Jaya? Parti yang tidak ada keyakinan kepada pemimpin sendiri?
3. DAP sama seperti PAS dan PKR yang membuat perjanjian syaitan bagi mengikat pemimpin mereka. Pakatan ini tidak kuat sebenarnya. Mereka amat rapuh. Kekuatan yang nampak dari luar sebenarnya hanyalah kerana perjanjian-perjanjian syaitan yang dibuat bagi menggerunkan pemimpin / MPs dan ADUNs mereka. PAS dengan Baiahnya ( isteri dicagarkan seperti barangan dagangan ) dan PKR juga dengan perjanjian tanpa tarikhnya iaitu jika keluar PKR maka kerusi dikira kosong.
4. Inikah kebebasan yang dilaungkan oleh DAP dan PR setiap hari di dalam ceramah, parlimen dan diserata demo yang mereka buat?
5. Kebebasan cara mereka. Inilah wajah mereka. PG dah banyak kali nyatakan sebelum ini,sekiranya mereka ini memerintah, akta yang lebih kejam dari ISA akan digubal oleh mereka bagi mempertahankan kuasa mereka kalau dilihat dan dibaca dari tindakan mereka ini. Lihat ajelah dengan perjanjian syaitan ini pun sudah memadai.
6. Fikirkanlah pengundi muda! Fikirkan! Jangan mengharapkan kerdipan cahaya yang belum pasti. Jaga dan belai apa yang telah kita miliki dan perbaikinya. Bukan merosak dan menjahanamkan nya hanya kerana mengharapkan dan nampak cahaya yang belum pasti terangnya.....Fikirkan!!!!!
7. Lihat juga kes Nordin salleh mengenai hak warga Malaysia berpesatuan yang telah dipaparkan oleh PG sebelum ini. KLIK. Jadi kalau dilihat dari kes Nordin Salleh ini, perjanjian syaitan DAP ini dan juga baiah DAP atau surat hantu tanpa tarikh PKR itu tiada makna dari segi undang-undang dan perlembagaan negara. Ngeh ni ada baca undang-undang ke? Katanya dia ini lawyer. Lawyer macam Zaid kot!!!
