FOLLOWERS

Wednesday, 18 February 2009

ISU BOGEL: JAWAPAN LANJUT PR





UTUSAN MALAYSIA
Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 17 Feb. - Pas menyifatkan pendedahan salah laku pemimpin pakatan pembangkang seperti berlaku terhadap Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong sebagai tindakan yang baik.
Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, pendedahan-pendedahan tersebut akan memudahkan pakatan pembangkang dan parti-parti berkaitan melakukan pembetulan di peringkat awal.
"Dari satu segi, beberapa pendedahan salah laku moral pemimpin pakatan pembangkang adalah bagus untuk kita buat pembetulan.
"Perjuangan kita masih di peringkat baru. Ia akan menjadikan kita lebih sihat," katanya.


Penghuni Gua : Inilah satu-satunya komen yang sedap telinga mendengarnya yang datang dari seorang pemimpin tertinggi PAS. Tahniah kerana masih boleh membezakan politik dan agama. Jangan budayakan dan menyokong kehidupan muda mudi hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan. Jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak menangani isu ini dengan baik, dalam jangka panjang ia akan dianggap satu budaya yang diterima secara meluas di kalangan muda mudi kita ( terutama Islam ) sebagai kehidupan yang sah dan normal.


Berhenti lah berpolitik sejenak. Dalam isu bogel exco Selangor, ia jangan dipandang sebagai isu pribadi, politik, sabotaj, niat jahat, dan berbagai alasan lagi. Lihat secara holistik untuk keselamatan generasi muda kita di masa depan. Moral isunya. Tidak kira ianya terjadi kepada pemimpin pembangkang, pemimpin kerajaan, orang awam, artis dan sebagainya. Jika ada , kita patut mendedahkannya terutama yang melibatkan mereka yang menjadi ikon masyarakat. Dengan kekuatan media maya serta teknologi digital Handphone dll, maka tugas kita semua lebih mudah dalam menegur dan memberi kegerunan kepada pemimpin dan ikon kita yang cuba melakukan perkara di atas atau sebarang penyelewengan lain. Ingat ! Jika ada bukti bukan fitnah. Menjadi Kewajipan kita untuk mendedahkan. Kita ada kekuatan untuk mendedahkannya seperti suruhan Allah iaitu dengan fikiran dan tangan kita ( melalui media.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR