FOLLOWERS

Wednesday 11 February 2009

Rekod hak asasi M'sia dipersoal di PBB

Feb 11, 09 11:32am

Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin politik dan layanan buruk terhadap pendatang asing harus menjadi isu utama mempersoalkan rekod hak asasi manusia Malaysia.Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara.Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama "keamanan, keselamatan dan kestabilan" menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson.
Penghuni Gua : Ya ke dipersoalkan? Persetankan PBB. Kalau dah PBB prihatin sangat hal Hak asasi ini minta PBB buat le sesuatu terhadap Zionis tu. Kedua , pada masyarakat Malaysia terutama kepada penentang ISA., cermin lah muka anda sendiri dulu. Hak asasi ini ada dua bahagian. Pertama dipanggil hak asasi persendirian dan yang kedua hak asasi awam. Berita di atas hanya bising hal hak asasi persendirian atau minoriti ( pengacau ) . Dalam kita membincangkan berkaitan hak asasi, Hak ASASI AWAM mengatasi hak asasi persendirian. Apa yang dihairankan kepada hak segelintir ini berbanding hak asasi lebih 20 juta rakyat Malaysia yang lain yang sering terganggu dengan berbagi rusuhan dan tunjuk perasaan. Kepada kerajaan, lupakan mereka. tanggung jawab kepada rakyat terbanyak lebih utama.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR