FOLLOWERS

Sunday, 22 February 2009

Kontraktor mati ditetak dalam rompakan di Klang : Mana Ahli-ahli politik dan pejuang hak asasi Manusia ?






Berita TV 3 jam 8 malam ini 22 Feb 2009 memaparkan berita kematian seorang kontraktor di Kelang awal pagi tadi. Dari gambar yang dipaparkan di dalam berita berkenaan tidak ada seorang pun pembela-pembela penjenayah dan pejuang hak-hak asasi manusia serta peguam-peguam yang mahir undang-undang hadir dirumah mangsa. Sekiranya pihak PDRM menembak mati penjenayah dalam tempoh 30 minit , berbondong-bondong lah mereka ini datang menunjukkan muka kononnya begitu prihatin kepada penjenayah ini. Tetapi jika orang awam dan pihak polis yang menjadi mangsa / terbunuh, kelibat mereka langsung tidak kelihatan.

Kita semua tunggu sehingga esok. Adakah :
1. Ada atau tidak semua pejuang ini melawat atau datang ke rumah mangsa ini.
2. Dan apa bantuan yang diberikan.
3. Adakah mereka akan diiring dan diarak beramai-ramai ke tanah perkuburan India seperti yang mereka berikan kepada penjenayah Kugan.
4. Juga adakah mereka akan berikan sebuah kereta Mercerdes Benz untuk mangsa ini seperti yang diberikan kepada penjenayah Kugan ?( Lihat ganbar diatas semasa penjenayah Kugan di bawa ke tanah perkuburan ).
5. Juga adakah mereka ini akan berdemontrasi mengutuk penjenayah yang merompak dan membunuh kontraktor ini.
6. Ada atau tidak 2 Tim. Menteri semasa penjenayah Kugan mati ada di rumah mayat atau di rumah mangsa esok.
Kita sama-sama lihatnya nanti


Tetapi jawapan yang pasti. Kosongggggggggggggggggggg. Apa yang diberi dan apa yang VIP Kugan dapat semasa pengkebumiannya tidak akan diperolehi oleh mendiang kontraktor ini. Lihatlah nanti kalau tak percaya. Semua mereka ini hipokrit belaka dan perosak negara. Bagi PDRM Kontinjen Selangor , terus bunyikan sangkakala anda. teruskan tembakan bagi menghapuskan semua penjenayah ini. Jangan takut kepada pengkritik-pengkriti bacul dan perosak bangsa ini. Teruskan tembakan....

6 comments:

  1. memang bodoh dalam kes kugan tu.nah bersuara la ...pergi jumpa diaorang tu..dasar berpolitik memang la untuk menagih simpati pada rakyat...orang bodoh boleh..la

    ReplyDelete
  2. SALAM BRO...
    TU LAH PASAL...NI MATI KENA TETAP SENYAP PULAK..
    SI PENJENAYAH MATI DOK KECOH BELA SANA SINI.

    EMMM NI SEMUA ANWAR BRAHIM PUNYA PASAL....
    MEMANG SENTIASA CUBA MELIWAT RAKYAT DENGAN PELBAGAI ISU.

    ReplyDelete
  3. Betoi tu, jangan bagi muka kepada yang membela penjenayah.

    ReplyDelete
  4. Malang nye nasib kontraktor tu..
    Nasib saye pun belum tentu..

    ReplyDelete
  5. sabar, sembahyang hajat. nanti PM baru naik bulan 3 ni dapat le projek baru tu.Orang melaka. Hang Tuah dah pesan takkan melayu hilang di dunia.arifomar

    ReplyDelete

PETA PELAYAR