17/02/2009 6:49pm
PETALING JAYA 17 Feb. — Niat dua penjenayah untuk melakukan jenayah samun kereta mewah berkubur apabila polis menembak mati kedua-duanya yang merupakan ketua dan ahli kumpulan yang dikenali sebagai Geng Jack hari ini. Berita Lanjut : .....
Penghuni Gua :
Berita di atas adalah kejayaan PDRM ( PDRM ) kontinjen Selangor bagi kali ke 5 dari bulan Jan - Feb 2009. Ini adalah kejayaan terbaru Polis Selangor dalam membenteras penjenayah yang begitu bermaharaja lela. Teruskan tembakan. Keselamatan awam lebih utama dari keselamatan penjenayah. Pedulikan pejuang-penjuang hak asasi penjenayah ini. Mereka sanggup mengelar PDRM dengan berbagai gelaran. TRIGGER HAPPY dll. Tanggung jawab anda kepada masyarakat awam lebih utama. Pihak anda hanya mempunyai masa kurang dari 3 saat untuk bertindak antara tembak atau tidak atau anda ditembak. Gunakan perlindungan undang-undang yang diberi . Allah bersama dengan orang yang benar.
Biasalah, bila pihak polis terkorban ditembak penjenayah, tiada seorang pun pejuang-pejuang hak asasi manusia termasuk pensyarah undang-undang yang selalu mengaku mereka pakar : tak pernah bercakap sekali pun jika ini terjadi kepada pihak polis. Mereka jadi bisu segalanya. Mungkin mereka telah ditakdir tuhan menjadi bisu selamanya. Insyaallah. Teruskan perjuangan anda walaupun menerima berbagai tekanan. Masyarakat awam terbanyak seperti kami senantiasa berdiri teguh dibelakang anda. Cuma kami kurang bersuara. Tak bersuara tak bermakna kami tidak menyokong. Terus bunyikan suara senjata anda. Ini sahaja cara untuk menggerunkan mereka..
No comments:
Post a Comment