Penghuni Gua : Oh! Rupanya masih ada dan ujud lagi DBP ni. Ingatkan dah tak ada dan dibuburkan Dewan bahasa dan Pustaka ini. Lama tak dengar berita dan kerja-kerja yang dibuatnya. Ingatkan kerajaan dan padamkan Dewan ini yang bertanggungjawab kepada perkembangan, penguatkuasaan Bahasa Melayu.
2. Baguslah kalau masih ada.
3. Bab-bab boleh hukum pesalah Bahasa Melayu oleh DBP ini, PG dah mual dah mendengarnya. Nak pinda apa lagi aktanya. Buat letih dan buat menyampah kita mendengar dan melihatnya. Akta yang ada pun, tak pernah diguna pakai oleh DBP bagi menghukum mereka yang melakukan kesalahan contohnya papan iklan. Apa DBP buat. Nasihat dan tidor.
4. Nak pinda lagi untuk tambah kuasa? Cuba tanya diri DBP. Mampu ke nak kuatkuasakannnya. Jangan hanya kuasa dalam akta sahaja. Kemudian tidor tanpa ada apa-apa penguatkuasaan. Pelacur bahasa pun semakin naik tocang dan semakin berleluasa.
5. Contoh terbaru, bulan lepas pun dalam rancangan Malaysia Hari ini , TV3 pun dilihat menemubual penyanyi Rossa dari Indonesia menggunakan dalam bahasa Indonesia. Inilah pelacurnya. Apa DBP buat.
6. Tidor. Teruskan tidor anda. Semuga anda memperolehi mimpi-mimpi yang indah. Amin.
7. Nak tahu berapa tindakan yang diambil oleh DBP mengenai kesalahan bahasa? Kosong! Cuma PBT aje yang ambil tindakan( bolehlah DBP kan tak ada kakitangan ! ). Tapi itu pun sejak 10 tahun lalu, lebih 212 premis dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kesalahan bahasa dalam iklan daripada segi ejaan atau penterjemahan, saiz huruf bahasa Melayu lebih kecil, tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan menggunakannya di bahagian atas papan iklan.
No comments:
Post a Comment