Penghuni Gua : Harakah menyiarkan apa yang dikatakan testimoni anak seorang bekas tahanan ISA.
2. Bahasa mudahnya ialah, PG cadangkan Harakah atau keluarga kanak-kanak ini pergi bertanya bekas tahanan ini. Apa sebab beliau di tahan di bawah ISA selama 7 tahun. Apa dia buat. Pemberitahuan sebab-sebab ditangkap ada di berikan kepada tahanan ini apabila ia ditangkap dan di tahan di Kemunting. Jika tiada tahanan ini , boleh kemukakan representasi kepada mahkamah untuk memohon Habeas Corpus di mahkamah bagi pembebasannya.
3. Tak sebodoh dan sekejam itu , pihak polis menahan seseorang tanpa sebab di bawah ISA dari sejumlah 26 juta rakyat Malaysia. Tak sampai 0.0001 % pun mereka yang ditahan di bawah ISA. Mengapa yang lain seperti kami seramai 26 juta lagi tidak ditahan. Analogi mudah.
4. ISA tak pernah menganggu kami pun. Sudah 48 tahun menjalani hidup di Malaysia. Tak pernah di tangkap apa lagi di saman atas kesalahan trafik pun. Dan juga kami tak terganggu pun hidup bersama ISA.
Kenapa selama mereka ditahan..tidak dibicarakan dimahkamah ? Kalau mereka didapati bersalah buktikan dimahkamah kan senang. Lojiknya tu kan? Tapi kenapa tidak bahkan disambung tahun demi tahun? Dimana Keadilan nya sekiranya saudara anda ditahan sedemikian rupa? Negara kita kan ada mahamah. Lagi pun seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah tak manjatuhkan hukuman bersalah keatasnya kan?
ReplyDeletetQ lana lulu atas respon. bagi pertanyaan anda itu jawapannya telah saya tulis dalam banyak posting. sila taip di petak search di pejuru kiri bolg saya dan taipkan ISA. ada lkurang 15 posting dan kertas kerja mengenai isa dan juga jawapan bagi pertanyaan anda. tq
ReplyDeleteISA adalah untuk pencegahan sebelum terjadinya sesuatu jenayah,keganasan dll.maksudnya macam dah ade niat dan rancangan nak buat,tapi sempat dihidu oleh pihak berkuasa..jadi kenala tahan dulu.kalau dh bawa ke mahkamah maksudnya orang tu dah buat jenyah,keganasan,pembunuhan dll..masa tu dah terlewat n negara dah huru hara..kesimpulannya ISA masih relevan..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteorang yang paling lama di tahan di bawah ISA ialah Ustaz Ashaari Muhammad, selama 10 tahun beliau di dalam tahanan ISA, 2 tahun di Kamunting dan selebihnya di Labuan Sabah (yg pada waktu itu masih belum wilayah lagi).
Beliau tidak pernah mempolitikkan ISA dan dikhabarkan bahawa beliau amat dihormati oleh SB dan KDN kerana memberi kerjasama yang baik.
Tidak pernah keluar dari mulutnya menyalahkan sesiapa, kerana beliau adalah seorg ulamak yg sgt berakhlak dan tidak pernah menyalahkan sesiapa walaupun musuhnya.
Tuduhan sesat ke atas beliau hanyalah satu kekhilafan kefahaman mazhab dan ia dilakukan di zaman Anwar Ibrahim yang sudah mula mendapat sentuhan "tangan-tangan ajaib" untuk memusnahkan gerakan Islam di malaysia.