Penghuni Gua : Pakatan Wartawan untuk Kebebasan Media ( WAMI ) mengatakan tindakan wartawan Majalah Al Islam menyamar sebagai penganut Kristian untuk mendedahkan kegiatan kristianiti di kalangan umat islam adalah salah.
2. Pengerusinya , Wong Chin Huat katakan bahawa ia tindakan tidak beretika.
3. Kepada PG, wartawan Al Islam adalah wartawan yang sebenar dan mendapatkan berita yang sebenar. Ia adalah berita hasil dari siasatan dan dedikasi wartawan ini. Ia tidak bergantung kepada sumber yang kadangkala mungkin silap. Jadi ini langkah berani wartawan ini untuk mengetahui kebenaran khabar angin bahawa ramai umat islam di baptiskan.
4. Siapa dia Wong ini. Siapa dia mengatakan wartawan Al Islam ini tidak beretika. PG menyarankan agar beliau dan WAMI memberikan didikan dan kursus kewartawanan semula kepada wartawan akhbar cina di Malaysia adalah lebih baik. Kalau dilihat dalam akhbar cina , lapurannya sudahlah rasis, lapurannya juga seperti mahkamah untuk menjatuh hukum. Semua saksi kes-kes bunuh dan sebagainya di temuduga sehingga ia menjadi seperti mahkamah dan mengganggu siasatan.
5. Itu belum lagi dengan gambar mangsa-mangsa bunuh dan sebagainya di siarkan tanpa tapisan yang kadang kala amat memilukan keluarga.
6. wartawan Al Islam adalah wartawan yang sebenar. Wartawan ini bertindak wajar kerana tindakan sebuah gereja ini yang menyebarkan islam di kalangan umat islam yang jelas satu kesalahan jenayah dalam perlembagaan: sanggu mengambil risiko bagi memperolehi fata sebenar sebelum menulisnya di majalah berkenaan. Adakah ini salah?
7. Atau salah disebabkan siasatan ini menyentuh tentang agama kristian. Kepada WAMI : jangan nak perbodohkan orang islam lah. Jangan nak jadikan kami semua ini lembu. Jaga wartawan cina di akhbar cina lebih baik untuk memperbaiki akhblak dan cara lapuran mereka.
8. Yang salah lapur salah. Kadangkala lapuran akhbar ini melapurkan seorang penjenayah itu seperti hero. Lihat sahaja lapuran mereka ini apabila penjenayah ( pembunuh dan perompak ) Botak Chin mati ditembak oleh polis pada sekitar 1980an . Apa yang akhbar cina ini tulis? Mereka menganggap Botak Chin seperti Robin Hood. Dapat duit samun dikatakan Botak Chin memberikannya kepada orang miskin. Hampir seminggu mereka memaparkan kebaikan Botak Chin ini.
9. Adakah ini beretika? Pergi ke Arkib Negara . Bersepah Arkib negara menyimpan keratan akhbar cina ini yang melapurkan Botak Chin seperti Robin Hood.
10. Sudahlah . Jangan hipokrit dan perkauman lagi. Lihat diri sendiri............
Sikap dan pendapat anda menggambarkan siapakah penganut Islam di Malaysia dan apakah Islam itu sebenar-benarnya !!!
ReplyDelete