FOLLOWERS

Wednesday, 29 July 2009

PERUNTUKKAN HAK ADUN : KELAB PENYOKONG KERAJAAN SELANGOR !





Penghuni Gua : PR mengatakan peruntukkan untuk ADUN adalah hak ADUN. Ia bebas membelanjakan peruntukkan tersebut bagi faedah rakyat.

2. Perbelanjaan untuk faedah rakyat adalah benar dan memang itulah tujuan peruntukkan tersebut. Persoalan nya , peruntukkan tersebut bukan hak, tetapi adalah satu keistimewaan yang diberikan kepada semua ADUNdan juga MP bagi perbelanjaan untuk faedah rakyat . Apabila keistimewaan ia perlu dibelanjakan dengan berhemah dan tidak berlaku sebarang penyelewengan sebagaimana istimewanya ia.

3. Dengan keistimewaan juga ia perlu dipantau dan diaudit setiap perbelanjaan contohnya menasabah atau tidak jumlah yang dibelanjakan dengan pembelian atau membiayai sesuatu majlis. Juga persoalan di Selangor, perbelanjaan nya dipersoalkan dari segi pemberian projek kepada hanya bebarapa orang, jumlah peruntukkan yang bernilai sama bagi majlis dan barangan berbeza dan ada sumbangan / sogokan kepada tabung parti DAP dari kontrakror yang mendapat projek.

4. Ke mana nak dibelanja dan berapa nak dibelanja dan sebab apa nak dibelanja itu adalah hak ADUN. Tetapi sebarang penyelewengan sebutan harga, sogokan, pemberian kepada kontraktor tertentu untuk memonopoli sesuatu projek bukan hak dan keistimewaan.

5. Lihat arahan perbendaharaan dan pekeliling kewangan kerajaan. Sama untuk satu Malaysia dan sama untuk semua jabatan kerajaan termasuk kepada ADUN, MP, Menteri dan sebagainya.

6. Pejabat Daerah hanya menerima arahan ADUN untuk membayar bagi perbelanjaan yang telah dikeluarkan dan diarahkan oleh ADUN. Tetapi tanggungjawab jika berlaku penyelewengan adalah tanggunjawab siapa yang mengeluarkan arahan dari segi pemberian projek, sebut harga projek dan peratusan sumbangan / rasuah kepada tabung parti. Inilah kebijaksanaan TBH ( SETPOL ) tersebut.

7.Beliau adalah pencatit akaun yang baik berdasarkan lapuran / pendedahan blog T4TBH tersebut. Sekiranya terbongkar penyelewengan ini, maka TBH akan selamat. Beliau mungkin menyedari penyelewenagan ini dan telah menasihati bos nya. Mungkin bosnya tak mendengar. Pilihan lain ialah bagi menyelamatkan dirinya di masa depan beliau membuat catitan setiap butir perbelanjaan.

7. Kepada kelab penyokong PR Selangor, fikir dulu sebelum bercakap. Nak menolong rakan pun biarlah bijak atau hanya menggunakan logik akal. Lihat dahulu semua arahan kewangan barulah anda boleh bercakap dan berkata sesuatu. Jika tidak.............................suka dik orang.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR